Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin yang tersekat dalam usus dan tidak berupaya untuk keluar. Ia bukanlah masalah asing yang ramai orang alami, berpunca daripada pemakanan dan juga sistem penghadaman.

Sesetengah orang mungkin senang untuk mengeluarkan angin dalam badan dengan sendawa, kentut dan sebagainya. Tetapi ada juga yang mempunyai masalah tidak kentut dan sendawa.

Sebelum kita ketahui cara-cara buang angin dalam badan, terlebih dahulu kita perlu ketahui punca-punca angin dalam badan terjadi:

Punca-punca Angin dalam Badan

Gas yang terhasil dalam badan kita iaitu karbon dioksida, oksigen, nitrogen adalah gas-gas yang boleh menyebabkan badan kita rasa tidak selesa. Antara punca-punca angin dalam badan ialah:

1. Sistem Penghadaman Terganggu: Ia berlaku apabila terdapat gangguan penghadaman makanan di dalam usus besar yang menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik.

2.Stress: Tekanan atau stress juga boleh menyebabkan badan berangin.

3. Merokok: Aktiviti merokok menyebabkan angin apabila asap disedut dan terus masuk ke dalam perut.

4. Makan produk tenusu: Produk tenusu boleh menyebabkan angin dalam badan apabila laktosa tidak dapat dicerna akibat kekurangan laktose. Asid akan terkumpul di dalam usus.

5. Makan makanan yang "sejuk" : seperti buah nangka, kacang, brokoli, buah pear, epal, bijiran seperti gandum dan sebagainya.

6. Makan banyak makanan berlemak dan bergas. Biasanya boleh di dapati dari fast food.

Tanda-tanda Angin dalam Badan
Anda juga boleh mengesan angin dalam badan melalui tanda-tanda seperti:
  • Rasa letih, lesu dan tidak bertengana
  • Selalu rasa sengal, lenguh dan kebas
  • Tapak tangan/kaki sejuk
  • Mudah menguap atau mengantuk
  • Sukar bernafas
  • Sakit pinggang atau beakang
  • Kulit kering
  • Perut berangin
  • Rasa loya atau sebu
  • Sakit kepala
  • Mudah marah
  • Nafsu seks berkurangan

6 Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan.

Antaranya ialah dengan:

1. Amalkan Vitamin C Setiap Hari


Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imuniti dan daya ketahanan dalam badan untuk badan lebih sihat dan berdaya tahan terhadap serangan virus. Sekaligus ia dapat menghalang badan supaya tidak mudah untuk mengalami gejala angin dalam badan. Berbagai jenis makanan yang mengandungi vitamin c yang boleh diambil seharian seperti buah oren, limau buah kiwi dan sebagainya.

2. Air Halia


Meminum air halia untuk membuang angin dalam badan adalah salah satu cara yang paling popular di kalangan masyarakat. Minum air halia dicampur dengan madu boleh mengatasi masalah angin dalam badan dan sistem penghadaman.

3. Bawang Putih

Bahan dalam bawang putih juga boleh mengeluarkan angin dalam badan. Caranya, bakar dalam 5 ulas bawang putih, tetapi jangan sampai hangus. Makan bawang tersebut dan perlahan-lahan angin akan keluar. Jika anda tidak tahan untuk makan bawang putih, anda juga boleh mengambil pil bawang putih.

4. Air Rebusan Daun Betik


Daun betik mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Salah satunya ialah dapat menghilangkan angin dalam badan. Caranya ialah, ambil 4 hingga 5 helai daun betik dan rebus. Anda boleh meminum air rebusan daun betik semasa suam.

5. Minum Sup Panas


Minum sup panas boleh memanaskan badan, badan rasa sedap dan tak sejuk. Anda boleh minum sup ayam panas jika rasa tak sedap badan.

6. Bersenam


Tahukah anda, bersenam juga boleh membuang angin dalam badan, melancarkan pengaliran darah, mengeluarkan peluh dan badan rasa lebih sihat?.

Cara Buang Angin dengan Vitamin Shaklee
Walaupun bahan-bahan yang telah tersedia ada di dapur, kadag-kadang dalam keadaan tertentu ia merumitkan. Bayangkan jika kita berada di luar kawasan, bermusafir dan sebagainya. Tentu amat susah bukan. Jadi, antara alternatif lain ialah dengan mengamalkan rangkaian vitamin shaklee yang mampu membuang angin dalam badan dengan mudah. Antaranya ialah:

1. Vitamin C: Vitamin bukan sahaja terkenal dengan vitamin kecantikan, malah ia juga diperlukan untuk meningkatkan sistem imun badan seseorang. Apabila daya tahan badan lebih kuat, badan juga dapat hindari dari serangan virus dan sebagainya.

2. Papermint Gingerplus: Papermint gingerplus shaklee mengandungi 4 bahan utama yang terkenal untuk membuang angin dan baik untuk sistem penghadaman. Halia bagus untuk memelihara sistem penghadaman, dan menyamankan perut. Begitu juga pudina menyokong kesihatan sistem usus dan memberi kelegaan.

3. ESP 
Esp merupakan protein tumbuhan yang boleh meneutralkan asid dalam perut seterusnya membantu membuang angin yang berlebihan dalam badan. Pengalaman sendiri selepas minum ESP angin senang keluar, sendawa tak berhenti. Badan rasa ringan sangat.

4. Garlic Kompleks
Ia adalah ekstrak bawang putih yang terkenal untuk membuang angin dalam badan, menguatkan imun dan sebagai antibiotik semulajadi. Saya percaya, tak semua orang "ok" untuk menelan bawang putih mentah-mentah. Dan ini adalah penyelamat untuk anda!

Jadi, mudah sahaja kan cara buang angin dalam badan paling berkesan?. Takkan nak selamanya mengalami badan berangin sampai sakit-sakit badan dan mengganggu aktiviti harian kita?. Jom nikmati setiap detik kehidupan dengan lebih bermakna. Hubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan set buang angin anda sekarang!. Konsultasi eksklusif akan diberikan jika anda membuat pesanan vitamin melalui saya. 

Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: www.wasap.my/0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE


Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.


Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.







No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...