Cara Meningkatkan Stamina Bagi Mereka yang Selalu Letih

Stamina memang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian bagi melancarkan segala kerja. Badan yang mempunyai banyak stamina akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian. Selain itu juga, ia memberikan lebihan tenaga untuk melakukan bermacam aktiviti, tak kiralah aktiviti bersama keluarga atau di pejabat. 

yang paling penting, ia memudahkan anda untuk melakukan aktiviti senaman atau bersukan. Jangan tunggu tua baru nak bersukan. Lakukan sekarang! Jadi, apakah cara untuk meningkatkan stamina ? Jom ikuti cara meningkatkan stamina bagi mereka yang selalu letih.

CARA MENINGKATKAN STAMINA
Antara cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan stamina ialah:

1. Berlari.

Kita selalu tengok para atlet yang sentiasa banyak tenaga macam tak pernah habis. Salah satu rahsia mereka ialah dengan berlari. Berlari dapat meningkatkan stamina seseorang. Dengan berlari setiap hari, jantung akan dilatih secara berterusan dan semakin kuat. Anda tak perlu lakukan larian seperti atlet. Latih berlari setiap hari dengan jarak tertentu. Jika anda lakukan secara konsisten setiap hari, tentu stamina badan anda akan meningkat.

2. Berbasikal


Melakukan aktiviti berbasikal juga boleh membantu meningkatkan stamina. Seperti juga berlari, anda perlu lakukan dengan jarak tertentu dan konsisten.

3. Jogging

Jogging adalah satu aktiviti yang sangat popular di kalangan masyarakat. Ia mempunyai berbagai manfaat kepada kesihatan badan. Antaranya ialah dapat membakar lemak, menguatkan tulang, otot dan juga meningkatkan stamina. 

4. Mengangkat Berat

Ramai yang berpendapat, aktiviti sukan angkat berat hanya untuk atlet sahaja. Sebenarnya, angkat berat juga boleh menguatkan otot dan meningkatkan stamina seseorang. Jangan terkejut apabila terlihat ada diantara wanita yang melakukan angkat berat ketika berada di gym.

4. Berenang


Berenang bukan sahaja dapat melatih fleksibliti pada bahagian tubuh tertentu seperti pada bahagian bahu, punggun dan juga leher, malah ia juga boleh meningkatkan stamina seseorang. 

5. Berlari di Tangga


Ramai juga yang melakukan aktiviti ini, dengan tuurn dan naik tangga untuk meningkatkan stamina dan dapat melatih otot kaki. Anda boleh lakukan secara konsisten.Stamina anda juga akan meningkat.

6. Berehat


Selepas melakukan aktiviti anda juga perlu berehat secukupnya untuk jana semula tenaga dan rehatkan otot. Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan banyak perkara sehinggakan lupa untuk berehat. Cukup dengan miliki tidur yang berkualiti 7 hingga 8 jam sehari untuk mendapat tubuh yang lebih segar dan bertenaga.

CARA MENINGKATKAN STAMINA DENGAN VITAMIN SHAKLEE
Selain melakukan aktiviti diatas, pengambilan vitamin juga penting untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang cukup untuk terus berfungsi dengan baik. Antara vitamin yang dicadangkan ialah Vivix, CoqTrol-Plus, ESP, B Kompleks, Vitalea dan juga Performance Drink.

1. Vivix Shaklee: Vivix memberikan tenaga kepada pusat janakuasa sel yang utama iaitu mitokondria. Apabila sel bertenaga, badan juga akan lebih sihat dan lebih bertenaga. Ia juga sesuai diamalkan untuk kesihatan yang menyeluruh.

2. CoqTrol Plus: Lebih banyak coq10 dalam badan, lebih banyak tenaga dihasilkan dan dibekalkan ke seluruh tubuh dengan cekap. Ia juga memberikan tenaga kepada jantung yang bekerja untuk mengepam darah kepada seluruh badan.

3. Energyzing Soy Protein (ESP): ESP adalah protein yang berkualiti tinggi. Tugas utama protein ialah memberikan tenaga kepada sel dan otot supaya lebih bertenaga dan tak letih. Ia juga memberikan rasa kenyang lebih lama untuk menukarkan makanan kepada tenaga secara perlahan-lahan. 

4. B Kompleks: Ia adalah dilengkapi dengan 8 vitamin B lengkap termasuk B6 dan juga B12 yang penting untuk kesihatan badan. Ia membantu untuk badan bertenaga, mengelakkan stress dan bersemnagat dalam membuat aktiviti harian.

5. Vitalea: Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dilengkapi dengan zat besi yang membantu menghasilkan seldarah merah, mengelakkan anemia dan meningkatkan hb. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium, fosforus, Vitamin D dan vitamin C yang sangat diperlukan untuk kesihatan tulang.

6. Performance Drink: Perforance Drink ialah minuman isotonik  bebas gula. Ia bersifat isotonik, iaitu mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya, ia mudah diserap dan dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah dan kesannya anda akan lebih bertenaga dan kurang penat!.

Jadi apa tunggu lagi?. Jom oder shaklee anda sekarang untuk jalani kehidupan yang lebih produktif dan sentiasa bersemangat!. Jom hubungi saya seperti di bawah:

Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: www.wasap.my/0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE


Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.




Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/kebaikan-performance-drink-shaklee-bebas-karbonat-kurang-gula/
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/kebaikan-performance-drink-shaklee-bebas-karbonat-kurang-gula/

No comments:

Post a Comment

Cara Meningkatkan Stamina Bagi Mereka yang Selalu Letih

Stamina memang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian bagi melancarkan segala kerja. Badan yang mempunyai banyak stamina akan terasa le...