Bisnes Part Time Untuk Wanita Berkerjaya Tanpa Ganggu Waktu Kerja

Gaji baru je masuk, tapi tak panas punggung lagi dah tinggal berapa je. Tak tahu nak 'cut' belanja kat mana dah!. Tak sampai tengah bulan dah sesak. Itu belum lagi masuk bab tiba-tiba kereta breakdown, kena balik kampung emergency!. Ramai yang alami situasi yang begitu menekan macam ni kan?. Sebenarnya, tahap kewangan anda dah berata pada tahap yang kritikal.

Anda perlu buat sesuatu sebelum keadaan lebih parah lagi!. Nak tahu tak bisness yang boleh mengeluarkan anda dari situasi di atas?. Bukan senang macam makan kacang, tidak. Tapi, inilah bisness "real money". Anda buat anda dapat. Dan anda berpeluang buat bisnes ni secara part time tanpa perlu berhenti kerja, tanpa kedai dan modal permulaan serendah RM79.50 sahaja!.


PUAN IDA FADLIZA, SEORANG PENSYARAH SEPENUH MASA, NIKMATI SIDE INCOME SEBANYAK 4 ANGKA SEJAK 4 TAHUN LALU.

Jom ikuti perkongsian Puan Ida Fadliza, seorang Pensyarah sepenuh masa yang menikmati income secara part time sebanyak 4 angka sebulan sejak 4 tahun lepas sehingga kini dan telah menikmati berbagai insentif menarik lain sepanjang menyertai Shaklee.  

“Saya tidak sempat untuk berbisnes, saya sibuk dengan kerja”.

Familiar dengan kata-kata ini? Ya, betul tu. Ia adalah dilema semua ibu-ibu. Sibuk dengan anak, sibuk dengan kerja. Namun, sebagai seorang yang juga sibuk, saya telah temui cara berbisnes tanpa menjejaskan aktiviti harian saya.

Saya Ida Fadliza, Seorang pensyarah sepenuh masa, seorang ibu kepada 5 orang anak lelaki. Saya telah menceburi bisnes Shaklee selama 5 tahun. Alhamdulillah, sejak 4 tahun lepas, bonus bulanan saya mencecah 4 angka dan stabil hingga kini dengan Shaklee. Saya juga salah seorang penerima Star Shaklee Award, layak ke Trip Percuma Shaklee beberapa kali dan berjaya langsaikan hutang PTPTN yang bernilai 5 angka dengan bonus Shaklee. Semua itu saya buat secara part time sahaja sambil menguruskan 5 hero tanpa pembantu rumah.  

 TAK SANGKA JOIN BISNES SECARA SUKA-SUKA TAPI DAPAT BONUS!
Saya mula join bisnes Shaklee hanya suka-suka. Saya mula makan Shaklee kerana ingin boost tenaga harian selepas bekerja. Ketika itu anak saya baru 3 orang. Walaupun suka-suka, saya terkejut saya Berjaya dapat bonus kerana share kebaikan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Mereka pun beli dengan saya, point yang dikumpul membolehkan saya dapat bonus.

“Kenapa tidak saya buat dengan lebih serius?” 

SALE MENCECAH 5 ANGKA HASIL SALE DARI BLOG
Saya bercadang untuk lebih serius dan mula membina blog www.tipsihatselalu.com dari zero. Saya memang dah ada blog ketika itu dengan view ratusan viewer sehari, tetapi saya tetap ingin cuba bina blog lain untuk bisnes. Setiap hari saya periksa bilangan viewer. Ada ketika viewer kosong, sale dari blog memang langsung tiada. Saya kecewa. Beberapa kali saya putus asa, tapi mujur saya tak berhenti ketika itu. Sejak dari 2015, viewer saya setiap hari tidak kurang 2000. Sale bulanan saya juga mencecah 5 angka, kebanyakannya datang dari blog.

Ramai orang lihat betapa seronoknya saya ‘mengutip hasil’ setiap hari dari blog hari ini, tetapi ramai yang tak tahu struggle saya mendapatkannya. Waktu untuk saya update blog biasanya selepas anak tidur. Selalu juga sehingga jam 3 pagi saya baru tidur. 

Untuk Berjaya mendapat sale dari blog, ia tidak cukup dengan sekadar update. Saya perlu belajar SEO, saya belajar cara tulis dengan baik, membaca buku berkaitan penulisan dan belajar analisa dengan Google Analysis. Ia perlukan pelaburan masa dan wang yang sangat banyak sedangkan saya juga sedang bekerja dan tiada pembantu di rumah. Saya sedar setiap kejayaan ada ‘harganya’.

Pada mulanya,saya betul-betul tertekan, tapi selepas Berjaya dapatkan hasil dari blog, ia kini menjadi passion saya. Bukan sahaja diri sendiri, saya juga dapat bantu downline untuk dapatkan sale melalui blog ini. 

TETAP DAPAT PELANGGAN WALAUPUN SEDANG BERCUTI. 
Cabaran saya tidak terhenti setakat itu sahaja. Cabaran kedua yang hampir buat saya putus asa adalah ketika perpindahan blog dari blogspot ke domain sendiri. Ketika itu, hampir 2 bulan tiada sale dari blog. Saya rasa sangat down ketika itu. Syukur, hujan dan gerimis tidak berpanjangan. Rupanya, Allah nak beri pelangi indah. Performance saya jauh lebih baik selepas transition itu. Saya bersyukur kesannya tidak lama. Kini, boleh dikatakan setiap hari masih ada orang yang bertanya dari blog walaupun saya sedang sibuk atau bercuti di kampung.

Saya diberi kepercayaan menjawat jawatan lebih tinggi di institusi sejak 2015, namun sale saya tetap tidak terjejas. Saya bersyukur susah lelah serta masa yang saya laburkan untuk blog berhasil dan dan dengannya saya dapat membantu downline juga. Kini, ada downline saya telah Berjaya capai income 4 dan 3 angka dari Shaklee. 

Berbisnes dengan Shaklee tidak susah kalau tahu caranya. Dengan syarikatnya yang stabil dan produknya yang terjamin selamat, saya bersyukur menjadi sebahagian darinya dan bantu orang lain untuk dapatkan kesihatan lebih baik dan income tambahan lebih banyak.

Siapa kata buat bisnes Shaklee secara part time tidak boleh Berjaya?

Jadi bagaimana.?. Hanya anda yang boleh mengubah hidup anda. Bukan orang lain. Jom hubungi saya sekarang untuk mulakan bisness anda hari ni juga.!!

BACA INI JUGA:

1. PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE
2. CARA SENANG JOIN SHAKLEE



Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE


Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.




No comments:

Post a Comment

Cara Meningkatkan Stamina Bagi Mereka yang Selalu Letih

Stamina memang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian bagi melancarkan segala kerja. Badan yang mempunyai banyak stamina akan terasa le...