Tips Sembuhkan Patah Tulang Peha dengan Cepat Selain Pembedahan.

Patah tulang peha biasanya disebabkan oleh banyak factor, seperti disebabkan oleh kemalangan atau keadaan tulang yang rapuh. Apabila seseorang itu mengalami patah tulang, biasanya doctor akan menasihatkan untuk membuat pembedahan. Selain daripada usaha penyembuhan patah tulang peha dari pasukan perubatan, anda juga boleh mencuba untuk mendapatkan zat yang tepat dan betul supaya tulang lebih cepat sembuh dan bebas melakukan aktiviti harian anda. Jom kita ketahui tips sembuhkan patah tulang peha dengan cepat selain pembedahan.


Menurut maklumat dari Dr Zubaidi Hj Ahmad, proses penyembuhan patah tulang ini terbahagi kepada 3 prose penyembuhan serentak.
Iaitu:

1) Pembengkakan.

2) Penyingkiran, tulang-tulang yang rosak.

3) Pembentukan semula tulang yang baru

Pembengkakan pada tulang yang patah akan mengambil masa beberapa hari, ia juga turut berlaku pembekuan darah pada tempat patah untuk menstabilkan struktur dan rangka tulang untuk membentuk tulang yang baru. Tempoh penyembuhan tulang mengambil kira beberapa factor iaitu usia, penyakit kencing manis, tempata patah dan juga pemakanan yang diambil oleh pesakit.

Tips Sembuhkan Patah Tulang Peha dengan Cepat.

Tahukah anda, salah satu tips untuk sembuhkan patah tulang peha dengan cepat selain pembedahan ialah dengan mengambil nutrisi atau makanan yang betul?. Kandungan zat di dalam sesetengah makanan sangat diperlukan untuk tulang cepat sembuh, dan lebih kuat supaya risiko terjadinya patah tulang berulang kembali. Jadi, apakah jenis-jenis nutrisi yang diperlukan oleh badan bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan patah tulang peha?

Antaranya ialah:

1) Protein.

Protein ialah zat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel baru yang lebih sihat dan kuat. Tentunya, anda tulang memerlukan nutrisi untuk menyokong tulang menjadi kembali normal. Selain itu juga, protein membantu tubuh untuk menyerap kalsium dengan lebih banyak, sehingga membolehkan tulang menjadi lebih kuat dan padat. Satu kajian yang dijalankan oleh Penyelidik dari Universiti Tufts, diet yang mengandungi protein yang tinggi akan mempercepatkan penyembuhan tulang yang patah. Anda boleh mendapatkan sumber protein dari daging, ayam, telur dan kekacang.

2) Kalsium.

Kalsium adalah nutrisi yang sinonim untuk menguatkan tulang supaya tidka mudah rapuh. Jika anda makan makanan yang tinggi kalsium, hamper semua kalsium akan tersimpan di dalam tulang. Dan menjadi tugas paling utama kalsium ialah untuk memelihara tulang yang sihat. Jadi, anda perlu amalkan makanan yang tinggi kalsium untuk memulihkan tulang yang patah supaya menjadi padat dan sembuh kembali. Antara makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi ialah ikan salmon, brokoli, bayam, susu dan sebagainya.

3) Vitamin D.

Vitamin D juga tak kurang penting untuk sembuhkan patah tulang peha dengan cepat. Ia adalah nutrisi yang sangat penting untuk memelihara kesihatan tulang secara keseluruhan. Bukan itu sahaja, vitamin larut lemak ini juga membantu penyerapan kalsium di dalam tubuh dengan lebih efisyen untuk memperbaiki tulang yang rosak. Antara makanan yang mengandungi vitamin D ialah, susu, telur dan juga ikan.

4) Vitamin K.

Vitamin K berperanan untuk mencegah pendaran dan mempercepatkan penyembuhkan luka. Namun, vitamin K juga mampu meningkatkan penyerapan kalsium dari makanan anda. Sama dengan Vitamin D yang bersifat larut lemak, vitamin K membantu tulang yang patah kembali pulih dan bersambung dengan sempurna. Anda boleh dapatkan sumber vitamin K dari makanan antaranya, brokoli, avocado, telur dan sebagainya.

5) Vitamin C.

Vitamin C terkenal dengan makanan yang tingi antioksidan, yang membantu meningkatkan daya pertahanan badan. Namun, bukan itu sahaja, Vitamin C berfungsi untuk membaikpulih tulang yang rosak dan membantu kalsium menyerap dengan lebih sempurna di dalam tubuh. Antara makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi ialah, oren, brokoli, tomato, manga, kiwi, betik dan sebagainya.

Suplement Untuk Merawat Patah Tulang Peha dengan Cepat Selain Pembedahan

Antara supplement yang dicadangkan untuk sembuhkan tulang peha yang patah ialah:

Vivix


Vivix berperanan untuk memperbaiki balik semua sel-sel yang rosak dan mati yang disebabkan oleh tulang patah. Jadi, vivix membantu pembaikan yang menyeluruh.

Ostematrix


Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. 3 mineral ini penting untuk pertumbuhan tulang yang lebih cepat dan sihat.

ESP


Esp berperanan untuk memperbaiki sel yang telah rosak dan mati disebabkan oleh patah tulang. Protein adalah makanan sel yang terbaik dan utama. Jadi, segala nutrisi yang diperlukan oleh tulang akan dapat diserap dengan baik.

Omega Guard


Dalam omega guard mengandungi omega 3. Ia berperanan sebagai antiradang atau inflamasi yang berlaku pada tulang yang patah.

Keempat-empat supplement diatas adalah sangat penting untuk menyembuhkan dan tulang kembali bercantum dengan lebih cepat dan sihat.

Jadi, jangan biarkan tulang yang patah menyebabkan anda cacat kekal seumur hidup. Jom hubungi saya untuk mendapatkan vitamin patah tulang peha atau retak supaya anda lebih sihat seperti sediakala. Jangan termenung lagi, bertindak sekarang!

Harisatun Nida Bt Abd Rashid












No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...