Tips Pulihkan Kulit Wajah Rosak Teruk Akibat Tersalah Pakai Produk Beracun dengan Berkesan

Mula-mula pakai, kulit cantik sangat. Licin dan halus. Lama kelamaan, kulit mula rasa gatal-gatal, pedih macam rasa terbakar, muncul jerawat atau ruam halus. Lebih-lebih lagi jika berhenti terus produk tersebut. Nak cantik, tapi lebih teruk pula dari wajah yang asal. Pernah tak anda alami pengalaman begini? Nak pulihkan kulit bukan ambil masa sehari dua. Tak kan nak berkurung dalam bilik 24 jam.
Anda harus teliti dan hati-hati dengan lambakan kosmetik yang ada di pasaran sekarang. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia sedia membuat pemantauan, tetapi tidak terlepas masih banyak lagi produk timbang kilo dan rebrand sedang berleluasa. Lebih parah, ramai yang tak sedar mereka tersalah pilih produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya sebenarnya.
Punca Kulit Rosak.
1. Kesan Dari Bahan Kimia Beracun, Merkuri.

Merkuri atau raksa adalah logam yang beracun dicampurkan ke dalam kebanyakan kosmetik untuk tujuan memutihkan wajah. Kesan pemakaian kosmetik yang mengandungi merkuri ialah:
  • Liang pori tiada, jerawat sukar untuk muncul
  • Biasanya jerawat akan muncul semasa kedatangan haid setiap bulan
  • Kulit kemerahan dan sensitive
  • Jerawat timbul dengan banyak dan wajah berminyak berlebihan
  • Kulit bertukar ruam dan kehitaman
  • Kulit makin nipis
  • Terjadi pigmentasi
  • Kulit lemah
  • Kelunturan warna kulit asal yang ketara
  • Kulit putih dengan cepat
Kesan merkuri pada jangkamasa panjang boleh menyebabkan buah pinggang rosak, kanser kulit dan risiko kerosakan organ yang lain. Ia sangat bahaya dengan menyerap ke dalam salur darah.
2. Hidrokinon
  • Hidrokinon berfungsi untuk menghalang pengeluaran melanin, dan kulit akan menjadi cerah.Tetapi lapisan kulit akan menjadi semakin menipis.
  • Muka akan menjadi merah dan pedih jika terdedah di bawah cahaya matahari secara langsung
  • Kesan buruk lain keatas kesihatan ialah boleh menyebabkan sukar bernafas, sakit kepala, mual, muntah dan sebagainya.
3. Kesan Buruk Tretinon.
Ia digunakan untuk merawat jerawat. Jika digunakan secara berlebihan akan membuatkan kulit menggelupas. Boleh menyebabkan kecacatan pada janin jika dipakai oleh ibu hamil.
Jadi, berhati-hatilah menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang bahaya seperti di atas.
Tanda Produk Kosmetik Yang Bahaya, Cuba ElakkanAntara tanda-tanda sesuatu kosmetik itu berbahaya atau tidak ialah:
Boleh putihkan kulit dengan singkat. Liang pori dan kulit juga licin dalam masa yang singkat.
  • Bersifat melekit jika di pakai
  • Apabila disapu pada tangan akan terasa panas/gatal
  • Bahagian luar kulit akan menggelupas
  • Bau yang kuat dan menyengat kesan dari bau merkuri
Petua Cantikkan Kulit Secara Semulajadi
Untuk memiliki kulit yang cantik, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang senang didapati, murah dan selamat. Antaranya ialah:
1. Tomato
Kandungan likopen di dalam tomato membantu memulihkan kembali kulit yang rosak
2. Lemon
Mengandungi vitamin C yang dapat menghilangkan parut hitam pada kulit
3. Lidah Buaya
Mengelakkan jeragat dan memutihkan kulit secara semulajadi
4. Soya
Isoflavon yang terkandung di dalam soya boleh melambatkan proses penuaan kulit wajah.
Langkah Memulihkan Kulit Wajah Rosak.
1. Jika kulit wajah anda rosak teruk akibat daripada tersalah memakai produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi, berhenti seketika dari terus memakai produk. Rehatkan kulit untuk meneutralkan dari bahan kimia secara semulajadi.
2. Berhenti dari mencuba produk lain pula. Seeloknya, beri kulit rehat dan sihat dari dalam. Amalkan makan makanan yang tinggi vitamin A, E, C , biotin dan zink mineral.
3. Elakkan memicit jerawat atau memegang bahagian wajah yang rosak, kerana bakteria boleh merebak pada kawasan lain pula.
4. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melancarkan proses penyingkiran toksin dalam badan.
5. Dapatkan sumber protein yang cukup untuk memulihkan sel kulit dan menggantikan sel kulit yang rosak kepada sel yang baru.
6. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan wajah. Seeloknya, dapatkan nasihat pakar atau membuat "skin test" untuk pastikan jenis kulit anda.
7. Elakkan menggunakan sabun mandi, kerana pH kulit wajah dan badan tidak sama.
8. Elakkan memakai pencuci muka yang mengandungi pengawet dan pewarna. Ia boleh menyebabkan alahan pada kulit.
9. Sebelum membeli sebarang jenama penjagaan wajah, teliti terlebih dahulu beberapa bahan yang terkandung di dalamnya, anda perlu elakkan dari memilih skincare yang mengandungi:
a) Paraben
b) Phenoxyethanol methylchloroisothiazolino
c) Quaternium-15
d) Formaldehyde
e) Imidazolidinyl urea
f) Sodium lauryl/laureth sulfate
g) Glycols
h) Synthetic colors
I) Phthalates
j) Hydroquinone
PULIHKAN KULIT WAJAH ROSAK DENGAN VITAMIN SHAKLEE.
Untuk memulihkan kulit wajah yang rosak, sokongan supplement amat diperlukan. Suplement atau vitamin bertindak menyediakan nutrisi yang cukup kepada kulit dan mempercepatkan proses membaik pulih kulit supaya kembali cantik dan berseri. Antara vitamin yang dicadangkan ialah:
1. Vivix
Vivix adalah supelemt yang mempunyai antioksidan yang paling tinggi di dunia. 10 Kali ganda tinggi dari makanan lain. Ia bertindak memulihkan kulit di peringkat sel dan melindungi kulit dari terus rosak. Pengambilan vivix sebagai antioksidan ialah 95% lebih baik dari vitamin C dan E.
2. Vitamin C SR
Vitamin C Shaklee berfungsi sebagai antioksidan, mempercepatkan pemulihan luka, dan menguatkan kulit dari dalam.
Pengambilan vitamin c secara konsisten dapat menghilangkan parut dan mencerahkan kulit.
3. Vitamin E
Mengandungi grape seed extract yang membantu mengetatkan liang pori kulit.
Pengambilan vitamin E secara konsisten dapat memudarkan parut serta memberi kesan glowing pada wajah
4. Kolagen Powder Shaklee
Semakin umur meningkat, kadar kolagen di dalam badan juga akan menurun. Kolagen berperanan untuk menganjalkan kulit dan mengelakkan kedutan berlaku dengan cepat.
5. ESP
  • ESP atau protein soya paling berkualiti.
  • Pengambilan protin sangat penting untuk memulihkan dan menggantikan sel kulit yang lemah, rosak dan mati kepada sel kulit yang baru.
  • Kekurangan protein akan merencatkan proses membaik pulih kulit dan kulit akan kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.
SET PENJAGAAN WAJAH YOUTH SHAKLEE


Selain suplemen untuk pemulihan dalaman, penjagaan luaran juga sangat penting untuk memulihkan kulit kembali cantik. Set Youth Shaklee adalah 100% bahan semulajadi, jaminan kulit kelihatan 10 tahun lebih muda. 100% bekesan tanpa compromise!.  Anda boleh lihat testimony youth .DI SINI
Jom ikuti kisah Puan Ain Kadel yang mengalami keracunan merkuri hingga hamper meragut nyawa.
MERANA KERACUNAN MERKURI HINGGA HAMPIR MERAGUT NYAWA
Kisah saya bermula pada penghujung tahun 2014. Waktu itu saya masih dalam peringkat awal pemulihan dari keracunan merkuri akibat salah memilih produk kosmetik dan supplemen.


Waktu itu (Oct 2014), walaupun internal organ (hati dan buah pinggang) saya survive dengan asbab ubatan hospital. Tetapi, tubuh badan saya sangat sakit dan kekeringan nutrisi yang teruk. Yang dapat di lihat dari luaran ialah kerosakan kulit, kuku dan rambut saya.
Kulit saya sangat kering, bersisik dan juga mempunyai 'chicken skin'. Eczema naik di setiap pelipat tubuh. Gatalnya, hanya Allah atau siapa yang pernah kena sahaja yang tahu. Kuku di jari kiri dan kanan pula terbelah dua dan patah-patah. Kuku kering sangat dan kusam warnanya. Tidak sihat langsung. *Tubuh badan sentiasa di dalam kesakitan.*
Rambut saya pula sangat kering. Umpama rumput yang sedang mati setelah di sembur racun rumput. Warna rambut menjadi perang yang tidak sihat. Pegang dengan jari pun, boleh luruh sendiri dan patah-patah. Bayangkanlah betapa merananya saya.
Itu belum masuk lagi penderitaan lain yang saya hadapi. Antaranya:
  • Bacaan kencing manis saya sentiasa tinggi. *Bacaan tertinggi saya selepas makan ialah 35pt dan bacaan terendah saya waktu pagi ialah 14pt.*
  • Gastrik dan pedih ulu hati yang kronik.
  • Hampir mengalami stroke di sebelah kiri badan (menurut doktor).
  • Cakap yang tergagap-gagap dek kerana nerve system yang terganggu.
Ya. Kondisi badan saya waktu itu sama seperti orang yang menjalani kemoterapi malah lebih teruk lagi.
Jadi pada waktu itu saya bertanya kawan-kawan saya, supplemen apa yang boleh di percayai selamat, semulajadi dan mohon ada orang yang boleh membantu saya makan supplemen dengan cara yang betul. Saya tak mahu orang hanya menjual tanpa menerangkan pada saya khasiat sesuatu supplement itu.
Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan oleh Allah. Seorang kawan saya menerangkan product Shaklee kepada saya. Selepas itu saya pun cari juga sendiri info berkenaan Landmark Study Shaklee untuk memuaskan hati sendiri.
Setelah yakin, maka saya pun belilah Vitamin C dan juga Vitamin E sebagai permulaan penjagaan kulit dan kesihatan saya.
Ini adalah budget yang termurah selain dari target pertama saya iaitu Vivix. Masa ni, belum mampu nak beli Vivix walau hebat sangat testimoni Vivix yang saya baca. Waktu ini budget saya ketat kerana bill-bill hospital yang perlu ditanggung. Sedih.
Selepas habis 2 botol Vitamin C dan E, saya dapat lihat kulit saya yang semakin sihat. Kuku saya yang semakin pulih dan tidak patah. Rambut saya juga nampak perubahan semakin kuat, kembali hitam dan bersinar.
Oleh kerana bertambah yakin dengan result yang ada pada diri sendiri. Maka, saya terus mohon menjadi ahli Shaklee kerana nak jimat dari beli harga runcit. Saya terus makan Vit C dan E dari tahun 2014 hinggalah tahun 2015. Walaupun tak berapa berdisiplin.
Setelah saya di sahkan mengandung, sakit saya datang kembali dek kerana hormon badan yang tidak menentu. Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati apabila 2 senior doktor yang pakar di bidang O&G beritahu saya bahawa risiko kehilangan nyawa kami (bayi dan saya) adalah sangat tinggi. Dan kecacatan organ dalaman bayi yg dilahirkan mungkin terjadi. Risau sangat saya.
Tapi Alhamdulillah. KuasaNya tiada siapa yang dapat mempertikaikan. Walaupun memang nyaris kehilangan nyawa pada waktu itu. Namun kami berdua selamat. Dan baby Zariff lahir sempurna walaupun lahirnya pramatang di minggu yang ke-32 pada penghujung March 2016.
Niat untuk mencuba Vivix masih belum dilupakan. Beberapa bulan setelah saya habis berpantang, pada bulan Ogos 2016, saya cuba pula ambil Vivix.
Dan sehingga hari ini, saya masih tidak berhenti jatuh cinta pada kesan Vivix dan vitamin shaklee terhadap kesihatan saya. Saya rasa seperti diberi peluang kedua selepas melalui detik detik sukar dan hampir meragut nyawa.

Terbukti pengambilan supplement telah menyelamatkan nyawa Puan Ain. Bukan beliau seorang, malah ribuan pengguna Shaklee yang lain.
TESTIMONI PENGGUNA VITAMIN SHAKLEE
1. Masalah kulit kronik yang sangat memalukan. Wajah kembali licin dengan set kecantikan Shaklee.

 2. Tiada lagi rasa rendah diri dan benci pada diri sendiri setelah wajah kembali licin dan berseri.


3. Testimoni youth skincare: Wajah lebih cerah dan tona sekata


4. Parut jerawat yang berlekuk makin pudar dalam masa 14 hari.


5. Sinar baru untuk miliki kulit yang jauh lebih baik. Beliau detox untuk bersihkan badan dari toksin dan gunakan youth skincare untuk luaran. Owesome kan?


Teruja bukan dengan rangkaian produk Shaklee?. Usah termenung lagi, dapatkan produk Shaklee sekarang untuk pulihkan wajah yang rosak dan kembali berseri semula. Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan Shaklee anda. Saya sedia membantu dan berikan konsultasi kepada anda. anda boleh hubungi saya seperti di bawah:

Harisatun Nida bt Abd Rashid

Call/Sms/Whasapp: www.wasap.my/60164225314

PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU BANGI. BANDAR SERI PUTRA. UKM BANGI. BANGI LAMA. TAMAN IMPIAN PUTRA. BUKIT MAHKOTA. NILAI 3. NILAI. BANGI AVENUE.




No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...