Tips Agar Patah Tulang Cepat Sembuh

Banyak sebab patah tulang, akibat dari kemalangan, terjatuh dan sebagainya. Walau apa sebab sekalipun, patah tulang akan menyebabkan banyak kegiatan akan terganggu. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anggota yang memainkain peranan besar dalam kehidupan seperti tangan atau kaki, peha, tulang belakang dan sebagainya. Pasti terbaring sahaja kerana ia mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.


Tetapi, tahukah anda, ada beberapa tips patah tulang cepat sembuh dari tempoh biasa?. Ya ada, jika kena pada caranya. Tak sabar nak tahu?. Jom saya kongsikan dengan anda.

Berapa Lama Biasanya Tulang Akan Sembuh?

Ia bergantung kepada tahap kecederaan, jenis tulang dan jenis patah itu sendiri. Jika ia melibatkan jari kaki, ia boleh sembuh dalam masa 3 minggu kebiasaannya. Jika melibatkan tulang lain seperti peha, ia mengambil masa yang lama sekurang-kurangnya 24 minggu dan ke atas. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, proses penyembuhan patah tulang melalui 3 proses serentak , iaitu pembengkakan, penyingkiran sel tulang yang rosak, dan pembentukan semula tulang yang baru.

Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Sebab itulah tahap penyembuhan berbeza-beza. ia juga mengambil kira faktor patah, usia, corak pemakanan, penyakit kronik yang lain dan sebagainya.

Ambil Nutrisi Yang Boleh Penting untuk Cepatkan Penyembuhan.

Walaupun patah tulang boleh sembuh dengan sendiri, tetapi ia tidak bermakna anda hanya perlu menunggu sahaja. Pengambilan nutrisi yang tepat akan mempercepatkan proses penyembuhan.

Berikut ialah nutrisi yang dapat menyokong patah tulang kembali sembuh dengan cepat, mengikut pembacaan saya. Antaranya ialah:

1. Kalsium.
Makanan tulang adalah kalsium. Ia menjadi nutrisi umum yang boleh memelihara dan menjaga kesihatan tulang. Jika ada tulang yang patah, segeralah untuk mengambil kalsium yang secukupnya untuk menyokong kekuatan tulang. Menurut pakar perubatan, Dr James Balch dan Mark Stengler, Penulis buku Prescription for Natural Cyres menyarankan pengambilan kalsium ialah 500-600mg sehari.

Selain itu, makanan lain yang kaya dengan kalsium seperti keju, pisang, oat juga boleh diambil untuk menyokong diet seharian.

2. Vitamin K.

Seorang pakar tulang dari Florida, dalam satu artikel pada tahun 2012, telah menjelaskan betapa pentingnya vitamin K untuk kesihatan tulang untuk kesihatan yang menyeluruh. Dan yang paling penting dalam penyembuhan patah tulang. Ini adalah kerana, vitamin K berperanan penting untuk menguatkan osteocalcin iaitu komponen protein penting untuk kesihatan tulang. Ia mengelakkan risiko patah tulang dan menyembuhkan tulang yang patah dengan segera.

Vitamin K boleh didapati daripada hati, brokoli, ikan, daging dan lain-lain.

3. Vitamin D.

Peranan Vitamin D ialah menyerap kalsium secara optimum ke dalam darah dan juga tulang. Tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap dengan sempurna ke dalam darah dan tulang dan ia akan mengganggu proses penyembuhan tulang. Oleh itu, penting untuk mengambil vitamin D yang cukup untuk membantu penyembuhan tulang yang patah dengan cepat. Vitamin D boleh didapati dari kuning telur, minyak ikan, daging dan sebagainya.

4. Nutrisi Lain.

Selain daripada nutrisi yang saya senaraikan di atas, ada beberapa nutrisi lain sebagai pelengkap proses penyembuhan tulang patahdengan cepat , iaitu boron dan juga silica. Kedua-dua nutrisi ini berperanan sebagai meningkatkan penyerap kalsium ke dalam darah dan tulang. Selain itu, vitamin C dan magnesium juga dapat mempertingkatkan penyerapan kalsium lebih optimum. Kombinasi nutrisi-nutrisi ini adalah melengkapkan jumlah nutrisi yang diperlukan untuk menyembuhkan patah tulang dengan lebih cepat.

SET SUPLEMEN PATAH TULANG YANG DICADANGKAN.

Sekiranya anda ingin cepat sembuh, terdapat beberapa supplement semulajadi dari Shaklee yang selamat dan berkesan untuk mengembalikan kekuatan tulang anda, sekaligus menyembuhkan tulang yang patah dengan lebih cepat supaya anda dapat menjalankan kembali aktiviti kegemaran anda tanpa menunggu terlalu lama!.

1. Ostematrix.


Ostematrix ialah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium adalah mineral utama dalam tulang manusia. Ia berperanan penting untuk menyembuhkan tulang yang patah. Vitamin D dan magnesium memberikan penyerapan kalsium yang maksimum ke dalam tubuh. Hanya dengan pengambilan beberapa tablet ostematrix cukup seperti yang disarankan oleh pakar untuk menyembuhkan tulang yang patah.

2. Energyzing Soy Protein (ESP).


ESP adalah di antara produk hot Shaklee setiap bulan. Bagaimana ESP boleh membantu dalam penyembuhan tulang yang patah?. ESP merupakan sumber protein soya yang terbaik. Ia adalah sumber protein yang terbaik yang diperlukan oleh tubuh untuk membina semula tulang yang patah atau retak. Bukan itu sahaja, ESP juga berperanan menggantikan sel-sel tulang yang rosak dan mati kepada pertumbuhan sel-sel yang baru dan lebih kuat.

3. Omega Guard.


Omega Guard merupakan supplement yang kaya dengan minyak ikan tulen. Satu hidangan Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak omega yang kaya DHA dan EPA. Omega Guard membantu tulang mencegah degradasi tulang rawan pada sendi, memulihara sendi yang tercederakerana patah. Ia juga berperanan sebagai pelincir kepada sendi.

4. Vitalea (Multivitamin Shaklee).


Vitalea ialah multivitamin yang tertua di dunia. Dan perkataan vitamin adalah berasal dari vitalea. Ia dirumus khas untuk membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jadi, tunggu apa lagi?. Dengan pengambilan set tulang patah hari ini akan dapat menyembuhkan anda dalam kadar lebih cepat dari biasa. Usah termenung lagi. Bertindak sekarang!

Anda boleh klik link wasap untuk menghubngi saya

1 comment:

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...