Cara Hilangkan Kulit Menggelupas di Muka dengan Cepat Berkesan

Kulit wajah menggelupas merupakan satu masalah kulit yang merimaskan. Selain berasa tidak selesa, kulit menggelupas akan menggangu penampilan seseorang. Ia juga membuatkan kulit kasar, tidak menarik, kering, rasa gatal dan sebagainya.


Biasanya, seseorang itu akan menggunakan losyen atau krim untuk mengatasi masalah ini, namun ia hanya bersifat sementara sahaja. Jadi, perlu untuk anda ketahui cara hilangkan kulit menggelupas di muka dengan cepat dan berkesan agar ia segera dapat diatasi.

Punca Kulit Wajah Menggelupas

Banyak sebab kulit wajah menggelupas, antaranya ialah:

1. Terdedah Kepada Cahaya Matahari. Selalu terdedah kepada cahaya matahari juga boleh menyebabkan kulit wajah menggelupas. Sebelum kulit menggelupas, kulit akan kelihatan kemerha-merahan, sakit dan panas jika disentuh. Biasanya ia terjadi selepas beberapa jam kulit terdedah kepada cahaya matahari. Lapisan kulit akan rosak dan menggelupas dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi ia akan meninggalkan kesan, warna kulit tidak sekata dan kelihatan bertompok-tompok.

2. Kulit Kering. Jika anda memiliki jenis kulit kering, risiko untuk kulit menggelupas akan tinggi.
Lebih-lebih lagi jika anda terdedah kepada matahari, tersalah memakai krim yang berbahaya dan sebagainya.

3. Alergi. Kulit yang kurang daya tahan akan mudah bermasalah. Tidak hanya berlaku penggelupasan, malah ruam dan gatal-gatal kulit juga akan timbul.

4. Kesan Ubat-ubatan. Kesan ubat-ubatan seperti ubat jerawat juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Cara Hilangkan Kulit Menggelupas.

Secara umumnya, kulit menggelupas boleh diatasi dengan:

1. Basuh muka dengan air suam.

Minum banyak air putih secukupnya. Minum air putih adalah salah satu cara untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan, termasuklah kulit menggelupas. Air dapat membantu supaya badan tidak terhidrasi dari dalam. Kulit juga akan menjadi lembap dan semakin berseri.

2. Gunakan pelembap, terutamanya selepas mandi.

Kulit yang kering akan menyebabkan mudah menggelupas.

3. Gunakan Madu.

Madu terkenal dengan kebaikannya untuk kulit. Salah satu kebaikannya ialah untuk mengatasi msalah kulit menggelupas. Caranya, anda hendaklah membasuh muka terlebih dahulu. Kemudian, sapukan madu ke seluruh wajah anda. Biarkan seketika supaya madu dapat menyerap ke dalam kulit. Kemudian, bolehlah dibilas dengan air biasa. Bila anda lakukannya secara konsisten, anda akan dapati kulit lebih halus dan lembap. Kulit menggelupas juga boleh diatasi.

4. Minyak Zaitun.

Minyak zaitun juga banyak khasiatnya., terutamnya untuk kecantikan kulit. Ia boleh dijadikan pelembap kepada kulit, sekaligus dapat mengatasi masalah kulit kering. Disamping itu juga, vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun dapat mengurangkan serangan radikal bebas yang merosakkan kulit, yang boleh menyebabkan penuaan dan masalah kulit yang lain. Caranya, anda boleh sapukan minyak zaitun ke seluruh wajah untuk hilangkan kulit menggelupas.

5. Lidah Buaya.

Selain baik untuk rawatan rambut, lidah buaya juga baik untuk kecantikan kulit. Ia juga akan membuatkan kulit lebih lembut dan halus. Caranya, anda boleh sapukan lender lidah buaya pada wajah. Biarkan seketika, kemudian anda bolehlah bilas dengan air bersih seperti biasa.

6. Timun.

Timun mengandungi air yang banyak. ia juga boleh mengelakkan kulit dehidrasi dan mengurangkan rasa gatal-gatal kulit. Bukan itu sahaja, ia juga boleh melembapkan kulit secara semulajadi. Vitamin c yang ada di dalam timun boleh mengurangkan kesan kulit menggelupas dan memperbaiki keadaan kulit yang rosak. Caranya, anda boleh kisar timun, kemudian, sapukan pada kulit. Biarkan seketika, kemudian bolehlah bilas dengan air bersih.

7. Yougurt.

Yogurt juga boleh mengurangkan kulit menggelupas. Yogurt mengandungi asid yang baik untuk melembapkan kulit. Pastikan anda memilih yogurt tanpa bahan peisa dan pemanis supaya lebih efektif kepada kulit.

8. Tomato.

Bahan semulajadi seterusnya untuk hilangkan kulit menggelupas ialah tomato. Ia merupakan pakej lengkap untuk anda merawat wajah. Didalam buah tomato, terdapat beberapa vitamin penting seperti vitamin c, antioksidan dan juga Vitamin A. Kesemua nutrisi tersebut sangat baik untuk kulit anda. Vitamin c boleh mencerahkan kulit. Manakala antioksidan pula boleh mengelindungi kulit daripada rosak dan yang menyebabkan penuaan.

9. Anggur.

Anggur mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kulit, tidak terkecuali untuk menghilangkan kulit wajah menggelupas. Buah anggur kaya dengan kandungan Alpha Hydroxyl Acids (AHA) yang membantu menyingkirkan sel kulit mati pada kulit anda.

10. Minyak Kelapa.

Minyak kelapa merupakan bahan semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Minyak kelapa terbukti boleh melembapkan kulit secara semulajadi. Bukan itu sahaja, kandungan antioksidan dalam anggur juga merawat masalah kulit gatal, ruam dan kulit menggelupas.

PULIHKAN KULIT WAJAH MENGGELUPAS DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN.

Untuk memulihkan kulit wajah yang menggelupas, sokongan supplement amat diperlukan. Suplement atau vitamin bertindak menyediakan nutrisi yang cukup kepada kulit dan mempercepatkan proses membaik pulih kulit supaya kembali cantik dan berseri. Antara vitamin yang dicadangkan ialah:

1. Vivix.


Vivix adalah supelemt yang mempunyai antioksidan yang paling tinggi di dunia. 10 Kali ganda tinggi dari makanan lain. Ia bertindak memulihkan kulit di peringkat sel dan melindungi kulit dari terus rosak. Pengambilan vivix sebagai antioksidan ialah 95% lebih baik dari vitamin C dan E.

2. Vitamin C SR.


Vitamin C Shaklee berfungsi sebagai antioksidan, mempercepatkan pemulihan luka, dan menguatkan kulit dari dalam.

Pengambilan vitamin c secara konsisten dapat menghilangkan parut dan mencerahkan kulit.

3. Vitamin E.


Mengandungi grape seed extract yang membantu mengetatkan liang pori kulit.
Pengambilan vitamin E secara konsisten dapat memudarkan parut serta memberi kesan glowing pada wajah.

4. Kolagen Powder Shaklee.


Semakin umur meningkat, kadar kolagen di dalam badan juga akan menurun. Kolagen berperanan untuk menganjalkan kulit dan mengelakkan kedutan berlaku dengan cepat.

5. ESP.


ESP atau protein soya paling berkualiti. Pengambilan protin sangat penting untuk memulihkan dan menggantikan sel kulit yang lemah, rosak dan mati kepada sel kulit yang baru. Kekurangan protein akan merencatkan proses membaik pulih kulit dan kulit akan kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.

SET PENJAGAAN WAJAH YOUTH SHAKLEE.

Selain suplemen untuk pemulihan dalaman, penjagaan luaran juga sangat penting untuk memulihkan kulit kembali cantik. Set Youth Shaklee adalah 100% bahan semulajadi, jaminan kulit kelihatan 10 tahun lebih muda. 100% bekesan tanpa compromise!. Anda boleh lihat testimony youth DI SINI .



TESTIMONI PENGGUNA VITAMIN SHAKLEE

1. Kulit tak berminyak, jerawat jarang-jarang tumbuh dan bekas jerawat makin pudar.


2. Kedutan hilang, kulit awet muda.


3. Kulit makin cerah dan berseri.


4. Pipi flawless, kulit mulus macam kulit baby.


5. Tiada lagi masalah kulit dan selsema.


6. Kulit makin lembut.


Bagaimana?. Jangan terus biarkan wajah anda kelihatan kering, menggelupas dan kusam selama-lamanya. Atasi segera supaya anda dapat menyerlah kembali. Kulit cantik dan flawless bukan lagi mimpi dengan vitamin Shaklee. Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee sepeerti di bawah. Konsultasi eksklusif secara percuma akan diberikan kepada pelanggan saya. Jadi, apa tunggu lagi? Jom oder sekarang

Harisatun Nida bt Abd Rashid



No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...