Cara Betul Membersihkan Kulit Wajah yang Berjerawat

1. PILIH PEMBERSIH MUKA ATAU CLEANSER YANG TEPAT

Kenali terlebih dahulu jenis kulit wajah anda, tetapi kulit wajah berjerawat biasanya termasuk dalam jenis kulit yang berminyak.

Setelah mengetahui jenis kulit wajah anda gunakan pembersih yang sesuai dengan jenis wajah anda.
Ada beberapa jenis pembersih, untuk kulit wajah normal, kulit wajah berminyak ataupun kulit wajah kering.

2. ELAKKAN DARI MENGGUNAKAN SABUN MANDI UNTUK WAJAH

Kulit muka mempunyai tekstur yang lebih lembut dan sensitif dibanding dengan kulit tubuh kita.

Hati-hati jangan gunakan sabun mandi untuk kulit wajah kita.

Sabun mandi mempunyai tahap keasidan yang lebih tinggi daripada sabun yang khas untuk muka.

Penggunaan sabun mandi pada kulit wajah dalam waktu yang lama dapat menyebabkan kulit wajah kering.

3. PERIKSA KEBERSIHAN TANGAN

Semasa anda hendak mencuci wajah, terlebih dahulu cuci tangan anda sampai bersih dengan menggunakan sabun.

Kulit yang berjerawat sangat sensitif terhadap kuman yang ada di tangan.

Setelah kita melakukan aktiviti harian, tangan kita merupakan anggota badan yang kemungkinan banyak terdapat kuman dan bakteri karena aktiviti pergerakan tangan yang banyak.

Dengan mencuci tangan terlebih dahulu supaya kuman yang ada ditangan tidak berpindah ke wajah anda.

4. CUCI WAJAH SELAMA 5 HINGGA10 MINIT

Mencuci wajah selama 5 hingga10 minit bagi sesetengah orang mungkin memakan masa yang lama.

Tujuan mencuci wajah yang agak lama supaya zat-zat yang ada meresap ke dalam kulit dan membunuh kuman yang terdapat pada kulit wajah.

5. UTAMAKAN BAHAGIAN YANG BERJERAWAT

Pada bahagian wajah anda yang berjerawat urut dengan pembersih lebih lama agar kuman dibahagian jerawat mati serta jerawat yang sudah matang dapat cepat kering

tetapi jangan sampai jerawat itu pecah kerana akan menimbulkan iritasi. Biarkan jerawat pecah dengan sendiri.

6. PASTIKAN SELURUH WAJAH MENDAPAT URUTAN

Semasa anda mencuci wajah pastikan seluruh bahagian wajah terkena urutan hingga ke pori-pori wajah.

Debu dan pelbagai kuman yang melekat pada wajah dapat menyebabkan pori tersumbat sehingga menimbulkan jerawat teruk.

Jadi cucilah wajah anda secara keseluruhan hingga ke pori kulit.

7. MENGURUT KE ARAH LUAR DAN KE ATAS

Semasa mencuci wajah gerakan tangan anda ke luar.

Jadikan urutan keluar wajah bukan kedalam wajah.

Urutan ke atas. Untuk memastikan pori bersih. Ini kerana pori adalah menghadap kebawah. Urutan keatas juga utk menjadikan kulit kembali tegang.

Ini merupakan teknik mengurut yang betul. Semasa pada bahagian kulit yang berjerawat sambil ditekan tapi jangan terlalu keras, jangan sampai jerawat pecah.

8. JAGA KEBERSIHAN TUALA

Setelah anda selesai mencuci muka biasanya anda akan mengeringkan muka dengan menggunakan tuala.

Tuala yang digunakan untuk mengeringkan wajah hendaklah bersih.

Minimum seminggu sekali tuala hendaklah dicuci supaya kuman yang melekat di tuala tidak berpindah ke wajah.

Bakteria dan kuman yang ada di tuala dapat mencetuskan timbulnya jerawat jadi jaga kebersihan tuala yang dipakai untuk mengeringkan wajah.

9. GUNAKAN AIR SUAM

Tips membersihkan muka agar terhindar jerawat, gunakan air jangan terlalu panas tetapi suam.

10. LAKUKAN DENGAN TURUTAN YANG BETUL

Semasa anda mencuci wajah anda pastikan turutan mencuci wajah yang betul.

Basahkan muka terlebih dahulu. Kemudian calitkan pencuci muka di 5spot utama. Pipi kanan, pipi kiri, dahi, hidung dan dagu. Kemudian buat urutan ke atas dan keluar. Utamakan Tzone.Kemudian bilas sehingga bersih.

11. LAKUKAN DUA KALI SEHARI

Cuci muka anda 2 kali sehari dengan menggunakan facial wash iaitu pagi sebelum mulakan aktiviti dan malam sebelum tidur.

Mencuci muka pada pagi hari akan membersihkan dan mengangkat sel-sel kulit mati serta menyegarkan kulit wajah anda.

Mencuci muka pada malam hari sangat penting untuk menghilangkan kotoran debu, kuman serta bakteri yang melekat pada kulit setelah aktiviti seharian anda.

Jika tidak mencuci muka sebelum tidur ia akan menyebabkan keluarnya jerawat baru. Ini akan memburukkan lagi keadaan jerawat kerana kuman dan bakteria akan bekerja lebih keras pada waktu malam.

12. ELAKKAN PENGGUNAAN SCRUB SEMASA MENCUCI MUKA

Sabun muka yang mengandung scrub kurang baik jika terlalu kerap digunakan untuk mencuci kulit wajah.

Pilihlah sabun muka yang tidak banyak mengandung scrub.

Scrub yang terlalu kerap digunakan semasa mencuci muka dapat merosakkan rangkaian kulit wajah.

Rangkaian kulit wajah yang rosak akan menyebabkan dan memburukkan keadaan jerawat yang ada di wajah anda.

Itulah cara mencuci wajah yang berjerawat supaya wajah bersih, tidak menimbulkan jerawat baru serta jerawat pada kulit anda cepat dirawat.

No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...