5 Cara Menyembuhkan Keputihan Secara Semulajadi kepada Wanita

Keputihan, merupakan perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita, tetapi jika ia berterusan sehingga menyebabkan miss v berasa gatal, tidak selesa dan paling ngeri orang sebelah pun boleh bau!. Ia bukan sahaja menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri dan malu jika orang sekeliling perasan bau tersebut.


Memalukan jika keputihan yang anda alami sehingga tahap teruk hingga mengeluarkan bau, berjumpalah segera dengan doctor. Pasti ada yang tidak kena. Sebelum itu, jika ia tidak berlarutan, anda boleh mencuba 5 cara menyembuhkan keputihan secara semulajadi seperti di bawah ini. Anda boleh lakukan di rumah sahaja.


Apakah Itu Keputihan?


Wanita memang akan mempunyai keputihan. Ia kelihatan cecair putih atau kekuningan sedikit.

Keputihan berlaku disebabkan oleh waktu subur, stress, kitaran haid, pemakanan, kehamilan atau penggunaan ubat-ubatan.


Bagaimana Ia Boleh Terjadi?


Keputihan berlaku pada faraj wanita, di mana ia merupakan kawasan saluran dari luar ke organ pembiakan wanita. Keadaan pada vagina wanita ialah berasid untuk mencegah berlaku jangkitan.


Faraj yang sihat akan menghasilkan rembesan membersihkan sendiri sekitarnya dari sebarang bakteria.


Adakah Keputihan Bahaya?


Ya, ia bahaya jika anda berasa gatal-gatal pada vagina dan boleh menyebabkan jangkitan kulat. Ia juga boleh menyebabkan ruam di sekitar faraj.


Jika tidak dirawat dengan segera, makin lama makin banyak keputihan yang akan keluar dan semakin berbau busuk. Ada juga kegatalan hingga menyebabkan rasa pedih ketika membuang air kecil.


Apakah Tanda-tanda Keputihan yang Tak Normal?


Untuk mengenalpasti keputihan yang anda alami normal atau tidak, anda boleh memeriksa ciri-ciri antaranya:


Berbau
Jika keputihan normal, ia tidak mengeluarkan bau. Tetapi, jika keputihan pada tahap mengeluarkan bau, anda perlu segera berjumpa dengan doctor. Kerana mungkin miss v anda telah dijangkitan bakteria dan kuman.


Perubahan Warna
Jika keputihan normal, ia berwarna putih jernih, transparent atau putih susu. Tetapi jika ia berubah warna kuning, kehijauan, atau bercampur darah, ia menunjukkan tidak normal.


Gatal-gatal
Berasa gatal-gatal pada miss v disebabkan keputihan. Ia menandakan keputihan anda bermasalah.


Pedih Ketika Kencing
Pedih ketika membuang air kecil menandakan anda telah dijangkiti kuman. Jika ia terjadi, jangan dianggap remeh. Segeralah berjumpa dengan doctor untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya.


5 Cara Menyembuhkan Keputihan Secara Semulajadi


#1. Kunyit
Kunyit mengandungi antibakteria semulajadi yang dapat membantu menghilangkan keputihan di miss v anda. Caranya anda boleh memarut atau kisar kunyit, perahkan airnya dan campurkan dengan satu sudu madu. Anda boleh amalkan 2 kali sehari.


#2. Air Rendaman Halba
Halba boleh meningkatkan kadar pH pada miss v anda. Caranya, campuran satu sudu makan halba ke dalam segelas air suam. Anda boleh minum air rendaman halba setiap hari sebelum sarapan pagi.


#3. Bawang Putih
Bawang putih memang telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Ia terkenal dengan sifat antibakteria dan antikulat. Mengamalkan bawang putih setiap hari dapat menurunkan risiko miss v anda dijangkiti kulat dan bakteria. Caranya, anda boleh amalkan sebagai ulamn-ulaman atau dimasak dengan sup.


#4. Daun Sireh
Daun sireh juga amat terkenal dengan zat dan khasiatnya. Ia juga mengandungi antibakteria dan antikulat. Sebab itulah banyak produk pembersih miss v dibuat dari sireh. Untuk menghilangkan eputihan, anda boleh merebus beberapa helai daun sireh dalam 2 gelas air. Rebus sehingga air tinggal setengah gelas. Amalkan setiap hari sehingga keputihan sembuh.


#5. Menggunakan Yogurt
Yogurt juga bersifat antibakteria. Anda boleh makan begitu sahaja atau campurkan dengan buah-buahan.


Bagaimana Pula Merawat Keputihan dengan Vitamin?


Sesetengah orang tidak mempunya masa untuk mengamalkan petua-petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu, bukan tidak percaya. Namun ada cara mudah untuk menyembuhkan keputihan iaitu dengan mengamalkan vitamin semulajadi dari Shaklee. Antara produk yang boleh mengurang, menyembuhkan dan mengeringkan keputihan ialah:


Garlic Kompleks




Alfafa




Vitamin C




Testimoni Pengguna.










Anda jangan biarkan keputihan mengganggu kelicinan kehidupan anda seharian, segeralah hilangkan keputihan dengan Shaklee.


Harisatun Nida Abd Rashid
ID No: 987151
0164225314



No comments:

Post a Comment

Cara Atasi Sakit Lutut dan Selalu Letih dengan Berkesan

Masalah obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan banyak mengundang pelbagai masalah kesihatan. Satu kajian yang dijalankan oleh...