Tanda-tanda Jantung Bengkak dan Langkah Mengatasinya

Jantung merupakan organ penting dalam tubuh kita yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Dan pada zaman sekarang, banyak yang kita dengar kejadian mati mengejut disebabkan oleh sakit jantung tak kiralah muda atau tua.


Ada yang awal 20-30an, meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Dan ramai juga yang belum lagi berumahtangga. Oleh itu, kita hendaklah ambil tahu tanda-tanda sakit jantung sebagai langkah awal untuk atasi sakit jantung.

Ada pelbagai sakit jantung, tetapi hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang Tanda-tanda Jantung Bengkak dan Langkah Mengatasinya supaya dapat menyelamatkan nyawa.



Apakah Yang Dimaksudkan dengan Jantung Bengkak?

Jantung bengkak bermaksud, gangguan kesihatan kepada jantung yang menyebabkan jantung membengkak, luar dari saiz normal jantung manusia. Gejala jantung bengkak atau cardiomegaly ini hanya diketahui apabila seseorang itu menjalani pemeriksaan oleh doctor yang berkaitan.

Jantung bengkak bukanlah penyakit yang ringah. Jadi langkah pencegahan amatlah digalakkan supaya kita tidak menghidapi masalah ini.



Tanda-tanda Jantung Bengkak

Secara umumnya, gejala jantung bengkak boleh diketahui dengan menjalani pemeriksaan oleh doctor, tetapi anda juga boleh mengetahui tanda-tanda jantung bengkak melalui signal atau tanda yang dialami oleh tubuh iaitu:


  • Nafas terasa pendek dalam keadaan tertentu
  • Susah untuk  bernafas disebabkan darah membeku
  • Timbul rasa sakit pada bahagian dalam dada
  • Bengkak pada kaki
  • Selalu pengsan


Faktor-faktor Menyebabkan Jantung Bengkak

Jantung bengkak disebabkan banyak punca, antaranya ialah:

1) Kurangnya bekalan darah dan oksigen ke jantung.
2 sebab ini akan boleh menyebabkan injap jantung rosak dan tidak boleh berfungsi dengan baik.


2) Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi juga berpotensi untuk jantung bekerja keras mengepam darah dan mengakibatkan jantung bengkak.


3) Kurang Bersukan


4) Gaya Hidup Yang Tidak Sihat. Seperti mengambil makanan yang tinggi garam, kolestrol, gula dan sebagainya.


5) Genetik atau Keturunan
Faktor genetic juga boleh menyebabkan sakit jantung terjadi.


6) Kemampuan Otot Jantung ynag Lemah
Otot jantung yang mengalami kemerosotan dalam bekerja mengepam darah juga boleh menyebabkan bengkak. Hal ini terjadi disebabkan oleh pertambahan umur. Semakin berusia seseorang itu, semakin lemah organ dalamn berfungsi. Dalam keadaan ini, jantung akan lebih berat untuk menjalankan fungsinya.


7) Kerosakan pada Injap Jantung
Jantung mempunyai 4 injap yang berfungsi mengalirkan darah ke seluruh badan. Injap yang mengalami kerosakan berisiko untuk menyebabkan jantung menjadi bengkak. Antara sebab injap jantung rosak ialah:

  • Demam
  • Injap jantung yang tidak normal
  • Pengaruh ubatan tertentu
  • Kesan radiasi kanser

8) Hipertensi Pulmonari
Arteri berperanan menghubungkan jantung kepada paru-paru. Jika terdapat tekanan yang tinggi pada arteri, jantung akan bekerja keras untuk mengepam darah dan boleh menyebabkan jantung menjadi bengkak.


9) Penyakit Anemia
Anemia ialah kekurangan sel darah merah yang sihat dan beroksigen ke jantung. Denyutan jantung juga menjadi tidak teratur. Ia akan menyebabkan jantung bekerja keras mengepam darah ke seluruh badan.



Langkah-langkan Mengatasi Jantung Bengkak

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Berbeza ya benda yang telah rosak untuk dibaiki dengan benda yang belum rosak. Namun, bagi yang telah mengalami jantung bengkak, langkah mengatasinya dengan cepat perlu diambil untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk lagi. Antara langkah-langkah yang boleh anda ikuti ialah:


1. Berjumpa dengan Doktor. Segeralah berjumpa dan mendapatkan rawatan dari doctor yang bertauliah jika anda mula merasai tanda-tanda diatas. Kerana dengan rawatan awal dan tips-tips dari doctor sebenarnya sangat membantu anda daripada menghiadapi masalah tersebut.


2. Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahu tahap kesihatan yang dialami


3. Elakkan membuat aktiviti yang berat, dan banyakkan berehat.


4. Amalkan Diet yang Sihat. Jauhi diet atau makanan yang boleh memudharatkan seperti pengambilan garam, gula putih, makanan ringan, berkoletrol tinggi yang memburukkan lagi keadaa. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan untuk kesihatan badan.



VIVIX SAHKLEE UNTUK MENCEGAH SAKIT JANTUNG


Vivix Shaklee ialah supplement atau makanan kesihatan yang mengandungi resveratrol dan dilengkapi dengan polyphenol yang menjadikan vivix antioksidan 10 kali lebih tinggi dari antikoksidan yang lain. Bagaimana vivix dapat melindungi jantung anda?


1) Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol baik boleh melindungi diri kita dari serangan jantung.


2) Mencegah lipoprotein yang berkepadatan rendah (LDL) atau kolestrol jahat daripada dioksidasi oleh radikal bebas. Ini adalah kerana LDL yang dioksidasi itu akan membentuk plak-plak pada saluran darah yang akan menyebabkan aterosklorosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.


3) Mencegah penggumpalan platelet kerana resveratrol mencegah darah-darah dari melekat antara satu sama lain dan menyebabkan gumpalan. Gumpalan ini akan menyebabkan saluran kecil pada jantung akan tersumbat. Seterusnya, ia akan menyebabkan serangan jantung.


4) Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran nitric oksida yang membolehkan saluran darah mengendur. Dengan itu, ia akan meningkatkan pengaliran darah dalam badan.




VITAMIN LAIN YANG MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG

Di Shaklee, bukan sahaja vivix, malah kombinasi vitamin-vitamin lain juga boleh menyokong kesihatan jantung yang berpanjangan iaitu:


CoQHealth Plus
  • Membantu dalam penjanaan tenaga dalam jantung yang memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja.
  • Oleh sebab paras CoQ10 dalam darah berkurangan seiring pertambhaan usia, paras CoQ10 dari luar perlu ditambah iiatu dengan pengambilan suplemen.
  • CoqHealth Plus Shaklee merupakan sumber CoQ10 paling terbaik di pasaran


Omega Guard Shaklee
  • Omega 3 dalam omega guard berfungsi untuk menurunkan paras kolestrol dalam badan yang menyebabkan saluran darah menjadi sempit.
  • Ia juga membantu melancarkan aliran dalam di dalam jantung dan seluruh badan dan menghalang tekanan darah tinggi.


Alfafa Shaklee
  • Lemak yang telah terurai perlu disingkirkan dalam tubuh.
  • Alfafa complex mengandungi saponin yang berfungsi seperti span yang menyerap lemak dan menyingkirkannya dari tubuh.

Jadi, ambillah langkah awal untuk menjaga jantung yang sihat seterusnya dapat mengelakkan dari terkena penyakit jantung. Zaman sekarang sakit jantung menyerang tanpa mengira usia. Amalkan pengambilan suplemen dari sekarang untuk tua yang sihat.

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah:

Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.



No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...