Petua Hilangkan Ketumbit Tanpa Perlu Ke Klinik

Ketumbit, apabila ia timbul pada kelopak mata bukan sahaja rasa malu nak keluar, malah rasa sakit dan tidak selesa juga. memang malu bercampur sakit, apabila orang sekekliling mengusik macam-macam.






Tetapi sebenarnya, ketumbit ialah keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Bakteria ini akan membiak pada akar bulu mata sebelum mendatangkan masalah. Penting untuk ketahui petua hilangkan ketumbit tanpa perlu ke klinik dan hanya boleh dilakukan di rumah sahaja.



APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KETUMBIT?




Ketumbit yang biasa terjadi ada 2 jenis iaitu:





1. Stye: Terjadi apabila jangkitan kuman pada akar bulu mata (folikel). Ia berlaku di pinggir kelopak mata biasanya. ia berpunca daripada jangkitan kuman pada kelenjar minyak dalam kelopak mata dan dipanggil hordeolum. Ketumbit jenis ini menyakitkan dan akan sembuh dalam masa 3 hari hingga seminggu.





2. Chalazion: Ia terjadi apabila timbul benjolan pada kelopak mata, saiznya agak besar dari jenis stye tadi tetapi tidak menyakitkan. Ketumbit jenis ini terjadi disebabkan oleh keradangan disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar minyak. Ketumbit stye boleh berubah menjadi Chazion dan mengambil masa sebulan lebih untuk pulih kembali.





Apabila seseoran itu diserang oleh ketumbit, gejala lain seperti mata gatal, berair akan turut sama terjadi. jangan risau kerana ketumbit tidak berjangkit.





Ada beberapa petua yang boleh anda lakukan sendiri di rumah untuk menghilangkan ketumbit tanpa perlu ke klinik.





CARA MENGHILANGKAN KETUMBIT DENGAN CEPAT BAGI KANAK-KANAK DAN ORANG DEWASA





Antara cara-cara yang boleh dilakukan ialah:





1. Menjaga kebersihan
Langkah pertma sekiranya berlaku masalah ketumbit ialah, bersihkan kelopak mata dengan air bersih secara kerap. Untuk langkah kebersihan yang lebih rapi, anda boleh menggunakan putik kapas dan sabun bayi yang tidak memedihkan mata untuk membersihkan kelopak mata anda.





2. Tuam Air Panas
cara yang paling baik ialah dengan menuam ketumbit dengan air yang sederhana panas. Ia boleh dilakukan pada kanak-kanak atau bayi sekiranya mengalami ketumbit.  Rendamkan kain bersih dalam air suam, dan sapukan pada kelopak mata. Ulangi langkah ini tiga kali sehari selama seminggu untuk menghilangkan ketumbit.





3. Gunakan Sudu
Sudu juga boleh digunakan untuk menuam kelopak mata. celupkan sudu ke dalam air suam, rasa dahulu tahap kepanasan sudu sebelum lekapkan pada kelopak mata. tuamkan sekitar 3 minit sekali tuam.





4. Uncang Teh Hijau
Teh hijau mengandungi asid tanik yang boleh melindungi mata dari terkenan jangkitan. Rendamkan teh hijau ke dalam air panas. angkat dankeluarkan lebihan air pada uncang teh.  Jika terlalu panas, biarkan seketika dan tuam pada ketumbit. Lakukan selama 5 minit beberapa kali sehari.





5. Daun Sireh
panaskan beberapa helai daun sireh, panaskan sedikit diatas api, atau tekapkan pada cerek panas dan letakkan pada kelopak mata.





6. Garam
Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan ketumbit dengan kadar segera. Caranya, larutkan sedikit garam dalam air suam, kemudian celupkan kapas dan sapukan pada ketumbit. Lakukan 3 hingga 4 kali sehari selama 2 hingga 3 minit.





7. Cuka Epal
Selain garam, anda juga boleh menggunakan cuka epal dengan menggunakan cara yang sama seperti garam. Tetapi elakkan digunakan pada kanak-kanak kerana ia agak kuat. Larutkan cuka epal terlebih dahulu sebelum tuam pada ketumbit.





8. Bawang Putih
Antara cara menghilangkan ketumbit dengan cepat ialah menggunakan bawang putih. Bawang putih dipercayai mempunyai fungsi antiradang dan antibakteria. Caranya, ambil seulas bawang putih dan potong sedikit pada hujungnya. Apabila keluar getah atau jusnya, sapukan pada ketumbit. Ia agak pedih sedikit dan cuba elakkan dari digunakan pada kanak-kanak. laukan 3 kali sehari dan ia dikatakan lebih berkesan pada ketumbit yang baru naik.





DAPATKAN RAWATAN DOKTOR JIKA IA BERLARUTAN





Jika menggunakan petua diatas tetapi ia masih tidak baik dan berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan secepatnya untuk mengelakkan komplikasi lain berlaku.




HILANGKAN KETUMBIT DENGAN VITAMIN SHAKLEE DENGAN MUDAH DAN CEPAT


Selain petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan ketumbit, cara lain yang lebih mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan vitamin Shaklee iaitu:




VITAMIN C SR




Uniknya Vitamin C Shaklee berbanding vitamin c jenama lain ia  dilengkapi dengan system pelepasan secara berperingkat. Ini bermakna, vitamin c Shaklee kekal dalam darah selama 5 jam!. Sebab itulah ia berkesan. Vitamin c berfungsi untuk meningkatkan imun badan seseorang untuk melawan jangkitan ketumbit. selain itu, ia juga mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan ketumbit.




GARLIC KOMPLEKS




Secara amnya, bawang putih bersifat antibakteria, antifungus, antibeku darah serta antikanser. Malangnya, bawang putih yang terkena haba yang tinggi semasa proses penyediaan akan menyebabkan khasiat bawang putih terjejas. Jadi, cara paling mudah, ambil garlic kompleks Shaklee. antara kebaikan garlic kompleks ialah
  • Antibakteria, membunuh bakteria yang menyebabkan ketumbit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menurunkan kolestrol dan tekanan darah
  • Meredakan batuk, lelah dan selsema
  • Meningkatkan system imun badan
  • Membuang angina dalam badan


Jadi, jika anda mengalami masalah ketumbit, segeralah amalkan set ketumbit Shaklee untuk cepat sembuh. Supaya anda dapat menjalankan rutin harian anda seperti biasa.




Jom hubungi KN untuk mendapatkan set ketumbit anda. KN sedia membantu dan memberikan konsultasi secara percuma sehingga masalah anda dapat diatasi.




Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE




Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada KN. KN sedia membantu.


Pengedar Shaklee No 1 Selangor.

Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.




No comments:

Post a Comment