Ketahui 7 Punca dan Cara Atasi Jantung Bengkak

Akhir-akhir ini kita sering dengar, si polan meninggal kerana mengalami masalah jantung bengkak. Tetapi mesti tertanya-tanya, apakah jantung bengkak sebenarnya. Jika lemah jantung, jantung tersumbat biasalah kita dengar.


Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku kepada kita, perlu kita ketahui punca dan cara atasi jantung bengkak supaya langkah pencegahan dapat diambil. Atau jika kita tau ahli keluarga terdekat yang sedang mengalaminya, sekurang-kurangnya kita tahu apakah tindakan seterusnya yang boleh kita ambil.



Apakah Jantung Bengkak?

Dalam istilah perubatan, jantung bengkak disebut "Kardiomegali" Cardiomegali dimana jantung membengkak sehingga ukuran atau saiznya melebihi jantung normal manusia. Ia dapat diketahui apabila menjalani pemeriksaan oleh doctor sahaja.


Bagaimana Jantung Boleh Bengkak?
Jantung bengkak adalah disebabkan oleh kesan terhadap kerosakan pada otot jantung. Terdapat 2 jenis masalah yang dihadapi iaitu:


i) Otot Jantung Longgar. Kardiomegali Dilatasi. Dinding kedua-dua jantung pada kanan dan kiri menjadi tipis dan merenggang dan ia menyebabkan jantung membesar.

ii) Penebalan pada Otot Jantung, atau disebut hipertrofi. Ia terjadi apabila otot ventrikal jantung menjadi tebal. Ia selalu dikaitkan dengan darah tinggi yang boleh menyebabkan pembesaran ventrikel kiri jantung.


Pada peringkat awal, mungkin jantung masih boleh mengepam darah secara normal.
Tetapi akan menurun mengikut tahap serius jantung mmebengkak dan seterusnya akan mengakibatkan kegagalan jantung.




Tanda-tanda Jantung Bengkak

Jantung bengkak boleh dikenali melalui tanda-tanda;


  • Sesak nafas ketika melakukan aktiviti atau pun berbaring
  • Bengkak pada kaki
  • Berat badan bertambah
  • Keletihan
  • Sakit dada
  • Jantung berdebar

Punca-punca Jantung Bengkak

Jantung bengkak terjadi disebabkan oleh jantung mengepam darah dengan lebih keras dari biasa yang boleh merosakkan jantung. Antara punca-punca jantung bengkak ialah:


1) Darah Tinggi
Darah tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jika ia berlarutan, jantung akan mengalami penebalan pada otot jantung. Hipertensi akan menyebabkan ventrikel kiri jantung membesar dan menyebabkan otot jantung lemah. Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan ruang atas jantung iiatu atrium menjadi besar.


2) Penyakit Injap Jantung
Empat injap jantung di dalam jantung berfungsi untuk mengalirkan darah kepada tempat yang betul. Jika injap rosak disebabkan oleh demam, jantung yang tidak normal, gangguan tisu penghubung, ubat-ubatan, rawatan radiasi kanser, maka ia boleh menyebabkan jantung bengkak.


3) Penyakit Otot Jantung
Ketika penebalan dan otot jantung kejang, ia akan menyebabkan jantung bekerja keras untuk mengepam darah ke seluruh badan dan boleh sebabkan jantung menjadi bengkak.


4) Hipertensi Pulmonari
Tekanan darah tinggi pada arteri yang menghubungkan jantung dan paru-paru. Apabila jantung bekerja keras mengepam darah dari jantung ke paru-paru, boleh mengakibatkan belah kanan jantung akan membengkak.


5) Kurang Darah (Anemia)
Anemia terjadi apabila tidak ada sel-sel darah merah yang cukup dan sihat untuk membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan. Anemia jika tidak diatasi akan menyebabkan jantung berdegup laju dan tidak teratur. Hal ini kerana jantung perlu bekerja keras untuk membekalkan darah ke seluruh badan.


6) Gangguan Tiroid
Masalah tiroid kurang aktif (hipotiroidisme) atau kelenjar tiroid yang terlalu aktif (hipertiroididme) dapat menyebabkan masalah jantung termasuk jantung bengkak.


7) Amiloidosis
Penyakit yang jarang berlaku yang dapat mempengaruhi jantung dimana satu keadaan protein yang tak normal mengalir dalam darah dan disimpan dalam jantung. Ia mengganggu fungsi jantung dan menyebabkan jantung bengkak.



Cara Atasi Jantung Bengkak

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah jantung bengkak walaupun ia sukar diamalkan iaitu:

  • Berhenti merokok jika anda seorang perokok
  • Turunkan berat badan
  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan
  • Rawat diabetis jika ada
  • Elakkan alcohol dan kafein
  • Periksa tekanan darah secara konsisten
  • Pastikan tidur yang cukup, iaitu selama 8 jam
  • Bersenam dan berolahraga secukupnya.


CARA ATASI JANTUNG BENGKAK DENGAN SHAKLEE

Pengambilan nutrisi yang penting sangat diperlukan untuk tubuh berfungsi dengan baik seterusnya mengelakkan jantung membengkak. Antara vitamin yang dapat memelihara kesihatan jantung ialah:



PHYTOCOL-ST



Berfungsi untuk mencegah penyerapan kolestrol daripada makanan.



COQHEALTH
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Membantu fungsi otot jantung
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Membantu menambahkan paras COQ10 dalam darah


OMEGA GUARD SHAKLEE

  • Membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan metabolisme badan untuk pembakaran lemak dalam badan


VIVIX

  • Melindungi salur darah daripada kerosakan
  • Membersihkan kolestrol dalam salur darah
  • Membantu meningkatkan pengaliran darah

Jom pelihara jantung, iaitu nadi utama kita untuk lebih sihat dan elakkan sakit jantung terjadi. Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee, anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah:


Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.


No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...