Cara Hilangkan Kurap Dengan Mudah dan Berkesan

Siapa pernah alami badan berkurap? Kejap-kejap nak menggaru di kawasan yang berkurap. Apabila cuaca panas dan berpeluh, lagi rasa tidak selesa bukan?. Bukan itu sahaja, jika kurap terdapat pada kawasan yang boleh dilihat oleh orang seperti di belakang tengkuk, di muka, tangan, kaki, ia menimbulkan rasa jijik bagi mata yang memandang.

Dan ramai akan menjauhkan diri dari anda kerana ia boleh berjangkit melalui sentuhan. Tentu anda tidak mahu ia berlaku sebegitu rupa. Jadi, anda perlu tahu cara hilangkan kurap dengan mudah dan berkesan.


Apa Itu Kurap?

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang dijangkiti oleh kulat yang dipanggil dermatophyte.


Terdapat 3 jenis dematophyte yang telah dikenalpasti yang menyebabkan penyakit kurap terjadi iaitu trichophyton, microsporum, epidermophyton. Selain menjangkiti kulit, ia juga turut menyerang kuku dan juga rambut.


Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan, samada manusia atau haiwan yang mempunyai kurap.
Ia juga boleh berjangkit secara autoinokulasi iiatu jangkitan dari kawasan lain, misalnya jangkitan pada tanagn dan badan disebabkan oleh kuku yang dijangkiti oleh kulat.



Tanda dan Gejala Penyakit Kurap

Kurap, jika kita amati ia berwarna kemerah-merahan di atas permukaan kulit, bersisik, berbintik-bintik atau muncul bisul-bisul kecil halus disekelilingnya. Jika tidak dirawat, ia akan membesar dan membenrtuk gelang-gelang kemerahan disekelilingnya.


Kurap boleh menjangkiti pada mana-mana kawasan tubuh, terutamanya pada kawasan yang berpeluh, celah-celah peha, ketiak, lengan, punggung, perut dan sebagainya.


Kaedah biasa yang digunakan untuk mengenalpasti jangkitan kurap ialah secara skin scraping dan kultur kulat.


Kulit berpenyakit akan dikikis untuk mendapatkan sisik-sisik kulit jika menggunakan kaedah skin scraping. Seterusnya, bahan yang dikikis akan diletakkan ke dalmam titisan cecair yang dikenali sebagai potassium hydroxide diatas slide kaca dan akan dilihat melalui microscope.


Rawatan Hilangkan Kurap

Penyakit kurap boleh dirawat dengan krim antikulat. Faktor seperti keluasan kawasan yang dijangkiti, kekerapan jangkitan berulang selepas dirawat, kurap yang tidak sembuh dengan sapuan krim dan sebagainya akan menentukan jenis rawatan yang akan diberikan.


Jika kawasan yang dijangkiti adalah di kawasan kulit yang terhad, memadai dengan menyapu krim sahaja di kawasan tersebut. Teknik sapuan krim perlu menggunakan kaedah yang betul, iaitu sapuan krim perlu di sapu di atas plak dan melebihi sempadan plak yang dijangkiti kurap. Ia perlu disapu krim 2 kali sehari selama 2 minggu sehingga kulit pulih kembali.

Langkah Pencegahan Penyakit Kurap

Penyakit kurap ini boleh dicegah dengan mengamalakan gaya hidup yang sihat dan bersih, antaranya ialah:

1. Mandi dengan Kerap, terutamnya anda selalu menggunakan kenderaan awam atau balik dari tempat yang sesak.

2. Jaga Kebersihan Kuku. Potong kuku jari dan kaki jika panjang.

3. Cuci Tangan Selepas Menyentuh Haiwan.

4. Sentiasa Membersihkan Pakaian, Tuala, dan Cadar secara berkala.

5. Bersihkan Rumah, dapur, bilik air.

6. Elakkan Berkongsi Barangan Peribadi, seperti pakaian, tuala, stokin dengan orang lain.

7. Jika anda Mempunyai Haiwan peliharaan yang mengalami sakit kulit, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Anda juga dinasihatkan untuk:

1. Pakai pakaian  yang longgar, sebainya dari jenis kian kapas yang menyerap peluh untuk lebih selesa.

2. Basuh pakaian, cadar dengan air panas.

3. Pastikan kulit yang mengalami kurap sentiasa terbuka dan kering.

4. Berjumpa dengan doktor jika kulit terjejas teruk.

5. Elakkan memakai sabun yang mengandungi pewangi dan bahan kimia bahaya.


Cara Hilangkan Kurap dengan Vitamin Shaklee


Anda juga boleh menggunakan vitamin Shaklee untuk menghilangkan kurap dengan mudah. Iaitu GLA, Garlic Compleks dan Alfafa Compleks.



GLA Compleks


Mengandungi minyak borage dan vitamin E untuk mengurangkan keradangan, gatal-gatal kulit dan kering di kawasan yang berkurap. Dengan pengambilan GLA Shaklee, parut kurap juga akan hilang dengan berkesan kerana vitamin E dalam GLA dapat menghilangkan parut.



Garlic Compleks




Merupakan antibiotic semulajadi yang boleh berfungsi sebagai antikulat yang dapat melawan jangkitan kulat dan mengelakkan kurap muncul kembali.



Alfafa Compleks


Alfafa berfungsi sebagai membunag toksin dalam badan, mengelakkan jangkitan dan kulat. Apabila makan alfafa, rasa ingin menggaru akan kurang kerana bertindak sebagai antiradang pada kawasan yang berkurap.


Herbal Blend Shaklee




Herbal Blend Shaklee adalah krim semulajadi tanpa steroid dan bebas bahan kimia yang berbahaya kepada kulit dan kesihatan. Ia diperbuat dari tumbuhan semulajadi seperti sage, yarrow dan rosemary yang memberikan keselesaan kepada kulit. Antara fungsi herbal blend ialah:
  • Membantu merawat masalah kulit seperti eczema, kurap, ruam dan sebagainya.
  • Menghilangkan parut
  • Hilangkan ruam susu, lampin pada baby
  • Hilangkan rekahan pada tumit
  • Sebagai losyen harian
  • Elak gigitan nyamuk dan serangga


Sebab-sebab kenapa KN beria-ia sangat Mahu Anda Mencuba Set dari Shaklee ini:


1. Yang pertama sekali, tentulah dari Shaklee 100% produk semulajadi yang selamat, Semulajadi dan Berkesan.

2. Kedua, produk-produk dari Shaklee adalah disahkan HALAL oleh ISA, yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan halal dari luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh di lihat di website MY HALAL .

3. Ketiga, semua produk Shaklee adalah diuji beribu kali oleh barisan saintis Shaklee sebelum dipasarkan. Dan sehingga kini, produk Shaklee telah berada di pasaran  amat kukuh berbanding jenama lain.

4. Dan, produk Shaklee bukanlah produk yang "syok sendiri" tetapi ia turut diiktiraf oleh pihak ke tiga yang tiada langsung kaitan dengan Shaklee.

Jadi, tunggu apa lagi? Ingin dapatkan produk yang sangat berkualiti ini untuk hilangkan masalah kurap anda?. Hubungi saya sekarang!


Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.


No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...