8 Petua Cara Menghilangkan Jeragat Secara Semulajadi dengan Berkesan

Jeragat bukan sahaja dialami oleh remaja, tetapi orang yang semakin berumur juga. Perubahan hormon remaja yang tidak stabil semasa baligh menyebabkan minyak di dalam kulit menghasilkan lebih banyak. Jeragat senang dikenali, ia bertompok-tompok putih atau coklat pada kawasan muka. Ia pastinya boleh dihilangkan dengan pelbagai cara. Walaupun ia tidak merbahaya, tetapi kehadiran jeragat pada wajah akan mencacatkan penampilan, hilang keyakinan diri dan sebagainya.


Punca-punca Terjadinya Jeragat.

Jeragat?. Bagaimana ia terjadi?. Degan mengetahui punca-punca ynag menyebabkan jeragat, maka sennaglah untuk kita mengelakkannya terjadi. Jangan bersedih, kerana ada 8 petua cara menghilangkan jeragat secara semulajadi dengan berkesan yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan jeragat. Antara punca-punca jeragat ialah:

Sinaran Matahari
Sinaran matahari yang mempunyai sinaran UVA & UVB yang boleh menyebabkan kerosakan pada sel kulit. Sinaran UVA dapat menembusi jauh ke dalam lapisan dermis kulit, yang boleh menyebabkan penuaan kulit, kedutan dan penurunan sistem imun kulit. Manakala sinaran UVB tidak meninggalkan bekas burn pada kulit. Tetapi ia boleh menyebabkan pigmentasi atau jeragat pada kulit.

Kehamilan
Semasa hamil, wanita akan mengalami perubahna hormon yang tak menentu.

Pengambilan ubat -ubatan
Kesan ubat juga boleh menyebabkan jeragat

Produk Kosmetik
Tindak balas produk kosmetik, pewangi juga boleh menyebabkan jeragat.


8 Petua Cara Menghilangkan Jeragat Secara Semulajadi dengan Berkesan.

Dengan menggunakan petua menghilangkan jeragat dengan bahan-bahan semulajadi yang sedia ada di dapur kita tentulah lebih praktikal dan lebih murah daripada mendapatkan rawatan di salon-salon kecantikan. Anda boleh lakukan sendiri di rumah sahaja.

Ia biasanya timbul di kawasan tertentu terlebih dahulu seperti hidung dan dagu.Jeragat di sekitar hidung atau dagu mesti membuat wajah kita kelihatan tidak bermaya dan boleh membuat kurang keyakinan diri. Untuk menghilangkannya, anda boleh mencuba 8 petua di bawah:


1. Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis ini lebih dikenali sebagai rempah untuk memasak. Walau bagaimanapun, kulit kayu manis juga boleh menghilangkan jeragat. Anda boleh campurkan 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis dengan  dengan 3 sudu besar madu. Madu adalah antibiotik semulajadi yang membantu melembapkan kulit dan kulit kayu manis memainkan peranan penting dalam menyokong sel kulit baru. Sapukan bahan tersebut ke permukaan yang berjeragat dan biarkan selama 15 minit. Akhirnya, bilas dengan air suam dan keringkan muka menggunakan tuala yang bersih.

2. Pokok Lidah Buaya


Ramai yang  tahu jika Aloe Vera mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rambut. Selain bermanfaat untuk kesihatan rambut, Aloe Vera juga boleh menjadi bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Caranya, ambil gel dari daun lidah buaya dan sapukan pada temapat jeragat. Biarkan ia kering. Setelah itu bilas dengan menggunakan air suam.

3. Lemon 


Walaupun ia mempunyai rasa masam, lemon mengandungi asid dan vitamin C yang boleh menghilangkan jeragat degil pada wajah. Basuh muka dengan air suam supaya kulit tidak tersumbat. Sapukan hirisan lemon ke kawasan yang ada jeragat. Biarkan selama 15 minit walaupun berasa sedikit pedih. Selepas itu, basuh muka anda dengan air sejuk.

4. Betik


Buah betik termasuk buah-buahan yang mengandungi serat yang tinggi. Tidak hairanlah ramai orang menggunakan betik untuk melancarkan sistem pencernaan. Selain mengekalkan tubuh yang sihat, betik juga boleh digunakan sebagai menghilangkan jeragat. Petua untuk menghilangkan jeragat dengan betik ialah kisar halus betik. Campurkan 1 sudu kecil serbuk kopi dan kacau. Sapukan ke kawasan muka terutama di kawasan  jeragat. Biar seketika dan bilas menggunakan air bersih. Sekiranya anda melakukan ini secara konsisten, ia juga dapat mengekalkan kelembapan pada kulit

5. Cuka Epal


Cuka epal bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga boleh menghilangkan jeragat. Cuka epal adalah antiseptik yang berguna untuk menghilangkan bakteria dalam badan dan membersihkan kulit. Caranya, celupkan kapas ke dalam campuran cuka epal dan air. Sapukan kapas ke kawasan muka yang terjejas jeragat. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan bersih.

6. Teh Hijau


Minum teh hijau sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah ini. Menurut kajian itu, teh hijau mempunyai manfaat yang dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan juga dapat menghalang penyerapan androgen pada kulit. Petua menghilangkan jeragat  dengan teh hijau adalah meletakkan uncang teh hijau  ke dalam air panas selama 5 minit. Ambil teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terkena jeragat. Biarkan teh hijau dituangkan ke seluruh wajah. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam dan lap kering.

7. Putih Telur


Putih telur boleh menghilangkan jeragat pada wajah. Cara menggunakannya terlebih dahulu membersihkan wajah anda. Gunakan putih telur untuk pada kawasan yang terkena jeragat. Biarkan  sehingga kering. Jika ia telah kering, anda boleh basuh dengan air suam.

8. Baking Soda


Baking soda atau serbuk penaik boleh menghilangkan sel kulit mati, kotoran pada wajah. Ia juga membantu menyeimbangkan PH kulit. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapu pada kawasan yang ada jeragat. Biarkan kering dan bilas muka dengan iar bersih.


Langkah Pencegahan Jeragat

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Ada beberapa cara untuk mengelakkan jeragat terjadi iaitu:

1. Mengamalkan Pemakanan yang Sihat
Amalkan pemakanan yang sihat untuk mencegah jeragat. Seperti makanan yang kaya dengan antioksidan, vitamin C. Elakkan mengambil makanan yang tinggi minyak, lemak, garam, pengambilan air kosong 3 liter sehari utnuk melancarkan peredaran darah dan membuang toksin di dalam tubuh. 

2. Elakkan Mengambil Produk yang Berminyak
Ia adalah kerana  produk yang berminyak akan membuatkan liang pori tersumbat. Pastikan berus makeup dan span dibasuh dengan kerap untuk mengelakkan pengumpulan bakteria.

3. Menjaga Kebersihan Rambut
Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, pastikan membasuh rambut sekurang-kurangnya seminggu 3 kali untuk mengelakkan rembesen minyak yang berlebihan mengenai wajah anda.


CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DENGAN SET JERAGAT SHAKLEE

Anda telah berhabis beribu ringgit untuk menghilangkan jeragat tapi tidak hilang-hilang?. Jom saya kongsikan cara senang dan berkesan untuk menghilangkan jeragagt dengan mudah.

1. Masalah Hormon


GLA Compleks: Tahukah anda bahawa jeragat tidak akan hilang dengan menggunakan pencuci muka sahaja? Sebab itulah pengambilan GLA Compleks sangat penting. GLA mengandungi 2 kali ganda GLA lain di pasaran.

Untuk tujuan menghilangkan jeragat, GLA berfungsi mengawal hormon estrogen dan testosteron . Hormon yang tak stabil dalam badan menrupakan punca utama terjadinya jeragat pada wajah.

GLA juga berfungsi untuk memulihkan bintik penuaan, dan kedutan pada kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV dengan vitamin E yang terkandung di dalamnya.


2. Vitamin C, Mencerahkan Kulit dan Meningkatkan Kolagen dalam Kulit

Salah satu punca jeragat ialah seranagn dari radikal bebas. Vitamin c dengan teknologi system release dapat menegkalkan vitamin c selama 5 jam dalam darah. Dengan ini, proses menghilangkan jeragat akan berlaku kerana ia melalui proses pemulihan yang aktif.

Kolegen berfungsi untuk menganjalkan kulit, memerangkap lembapan di bawah lapisan kulit dan mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin yang berterusna telah terbukti untuk melambatkan penuaan, mengelakkan jeragat dan jerawat.


3. Memperbaiki dan Mengelakkan Sel Rosak


Vivix, merupakan antioksidan yang paling tinggi berbanding produk lain. Sebab itulah ia mampu membaikpulih dan menahan sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Sel rosak akan menjadi hitam. Dengan vivix, sel rosak akan digantikan dengan sel baru dan ,mengelakkan sel lain rosak.


4. Vitamin E


Untuk kecantikan dan kesihatan kulit pengambilan vitamin e secara berterusan adalah penting. Kandungan antioksidannya yang tinggi adalah kunci untuk menghilangkan jeragat.

Jadi, ia merupakan berita baik untuk  anda bagi menghilangkan jeragat yang telah menghantui hidup anda selama ini. Jom cantikkan kulit!

Jadi, jangan berlengah lagi, jom dapatkan produk Shaklee anda hari ini. Anda boleh hubungi saya seperti di bawah:
Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.















No comments:

Post a Comment

Cara Atasi Sakit Lutut dan Selalu Letih dengan Berkesan

Masalah obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan banyak mengundang pelbagai masalah kesihatan. Satu kajian yang dijalankan oleh...