Cara Menghilangkan Bau Badan Yang Menyengat Secara Semulajadi

Badan berbau menyengat, bukan sahaja lelaki yang menghadapi masalah ini, malah wanita juga. Lagi memeningkan dan buntu apabila berbagai deodorant dan sabun digunakan, tetapi ia tetap berbau juga. Jadi, bagaimana cara menghilangkan bau badan yang menyengat secara semulajadi ini?



APAKAH PUNCA UTAMA BADAN BERBAU?

Masalah bau badan bermula apabila seseorang itu akil baligh. Namun, orang yang obesity, kerap berpeluh, suka mengambil diet yang berempah dan menghidap penyakit kronik seperti gout dan kencing manis lebih berisiko mempunyai badan berbau. 

Menurut kajian, semasa berpeluh, bakteria-bakteria di permukaan kulit akan aktif membiak dan menyebabkan kandungan asid dalam peluh bertambah dengan cepat. Kandungan asid yang tinggi dalam peluh inilah yang menjadi punca utama kenapa badan berbau. 

2 jenis asid yang menyebabkan badan berbau iaitu:

a) Asid Propionik
Asid ini lebih banyak ditemui dalam peluh dan ia berlaku daripada tindakbalas banteria propionic. Bakteria ini terdapat di dalam saluran kelenjar sebum yang terdapat pada permukaan epidermis dan dermis kulit. Ia menyebabkan badan berbau masam seperti cuka.

b) Asid Isovalerik
Asid ini dihasilkan oleh sejenis bakteria itu staphylococcus epidermis dan ia menjadi factor penyebab bau badan seperti keju dan susu. 

Antara bahagian-bahagian badan yang sering berbau menyengat ialah kaki, peha, ketiak , tempat-tempat berbulu seperti kemaluan, celah kelangkang dan juga pusat. 

Punca-punca Lain:

1) Hormon. Bagi wanita, hormone juga menjadi punca badan berbau.

2) Tidak menjaga kebersihan diri. Sikap sambal lewa dalam menjaga kebersihan diri seperti kurang mandi, memamkai pakaian yang berbau dan tidak dicuci boleh menyumbang kepada masalah bau badan.


TIPS HILANGKAN BAU BADAN 

Masalah bau badan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips berikut:

1) Guna Serbuk Soda Bikarbonat.
Soda bukan sahaja untuk membuat kek atau kuih, malah ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan. Soda bikarbonat dapat meneutralkan asid yang bertindak balas dengan bakteria yang menjadi punca badan berbau. Caranya, ambil 1 atau 2 sudu the soda bikarbonat dan campurkan dengan air dan gosok bahagian yang berbau. 

2) Gunakan Sabun Bersifat Antibakteria
Sabun antibakteria boleh mencegah bau badan dan menghapuskan bakteria yang ada di permukaan kulit. Mengurangkan jumlah bakteria akan mengurangkan penghasilan asid yang menyebabkan bau badan.

3) Menggunakan Deodorant Antipeluh
Jangan lupa untuk menyembur deodorant selepas mandi atau sebelum keluar rumah untuk menghilangkan bau badan. 

4) Cukur Bulu atau Rambut pada Kawasan yang Berisiko
Pastikan anda cukur bulu pada kawasan yang berisiko kerana bulu akan menyebabkan peluh terperangkap dan memudahkan bakteria dan kulat membiak. 

5) Mengurangkan Pengambilan Makanan yang Berempah
Rempah merupakan makanan yang mempunyai aroma yang kuat. Untuk mengelakkan badan berbau, cuba elakkan makan makanan yang berempah dengan kadar yang minima. Seperti rempah kari, bawang putih, jintan manis. Kerana rempah-rempah tersebut akan dikumuhkan melalui peluh dan menyebabkan badan berbau tidak menyenangkan.


HILANGKAN BAU BADAN DENGAN ALFAFA SHAKLEE



Tahukah anda, bau badan dapat diatasi dengan pengambilan vitamin Shaklee iaitu Alfafa?. 
Bagaimana Alfafa Kompleks boleh menghilangkan bau badan yang menyengat?. Alfafa atau nama saintifiknya iaitu Medicago Sativa bertindak sebagai:

1. Penyahtoksik: Ia membantu menyingkirkan toksik yang berkumpul di dalam badan yang menyebabkan badan berbau. 

2. Pembersih Darah: Bertindak mencucui dan membersihkan darah

3. Agen Pembunuh Kulat: Klorofil yang terdapat di dalam Alfafa dapat membunuh bakteria dalam badan yang bertindak sebagai deodorant semulajadi.

4. Tinggi Fiber. Fiber yang tinggi penting untuk melancarkan proses pembuangan yang baik.

Jadi, tunggu apa lagi?. Jangan biarkan orang sekeliling anda menjauhkan diri dari anda dek kerana sikap anda yang tak mahu mengatasi masalah bau badan yang anda alami. Kini dah tahu jalan penyelesaian yang terbaik, jom hubungi saya sekarang!

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah:

Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE
Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.












No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...