8 Tips Mendidik Anak Yang Cemerlang Dunia Akhirat

Kaedah mendidik anak sebenarnya tiada formula yang khusus yang perlu diterapkan kerana setiap anak adalah unik dan berbeza-beza. Tetapi, menurut Dato Dr Haji Fazilah Kamasah, Motivator yang terkenal, para ibu bapa haruslah memiliki ilmu kemahiran untuk mendidik anak seperti mana memiliki ilmu rumahtangga, kewangan dan lain-lain. Kerana mendidik anak adalah satu proses yang memerlukan seni yang tersendiri.


Terdapat banyak tips yang boleh dijadikan panduan untuk mendidik anak yang cemerlang dunia akhirat. Jom kita ikuti 8 tips tersebut.


Tips Mendidik Anak Cemerlang Dunia Akhirat.

Sebagai orang Islam, sebenarnya kita beruntung kerana Rasulullah s.a.w sendiri telah menggariskan 4 panduan untuk mendidik anak berdasarkan al- quran dan assunnah yang terbukti berkesan iaitu:

Tahap Pertama.
Bermula dari anak yang baru lahir hingga 6 tahun (mumayyiz). Pada masa ini, ibu bapa hendaklah banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap Kedua:
Bermula umur 7 hingga 14 tahun. Pada tahap ini, hendaklah mula mendidik dengan disiplin dan arahan dan bertanggungjawab untuk membentuk jati diri yang seterusnya.

TahapKetiga:
Bermula umur 15 hingga 21 tahun. Hendaklah jadikan anak sebagai kawan, bertukar pandangan atau pendapat, berbual dengan mereka dan menerima pandangan mereka selagi tidak melanggar syariat.

Tahap Keempat
Apabila anak berumur 21 tahun keatas, berilah kebebasan untuk mereka bebas membuat keputusan. Hormatilah keputusan mereka. Ibu bapa sebagai penasihat kepada mereka dan memantau dari jauh. Jika ada yang tidak kena, maka bawaklah berbincang dan berikan garis panduan yang betul.

1. Pesanan Dan Arahan
Ia merupakan satu kaedah yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Anak-anak perlu didik dengan memberi pesanan terlebih dahulu. Jika mereka tiada respond, cuba ulang dan ulang lagi hingga mereka terbiasa dengan arahan tersebut. Menurut pakar pendidikan, anak-anak perlu dipesan dan diulang sebanyak 200 kali untuk mereka benar-benar memahami arahan daripada ibu bapa supaya ia dapat dilaksankan dengan baik. Antara pesanan atau arahan yang perlu ditekankan oleh ibu bapa ialah:

a) Solat di awal waktu
b) Menghormati orang tua
c) Menghormati guru
d) menghormati kawan-kawan
e) Menutup aurat bila keluar rumah
f) Mengemas bilik tidur
g) Menjaga kebersihan
h) Mengamalkan Sunnah

dan sebagainya

2. Bercerita
Dengan cara bercerita sebenarnya dapat menguatkan dan mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak. Secara tidak langsung, dengan bercerita melatih anak-anak untuk lebih memahami dan menerima arahan.

3. Soal Jawab
Bersoal jawab dengan anak-anak sebenarnya dapat mengaktifkan otak mereka. Ada anak -anak yang suka bertanya itu ini, dan sebagai ibu bapa kita janganlah bosan dan rasa terbeban untuk melayan karenah anak-anak. Kerana ia menunjukkan anak-anak anda sedang berkembang secara aktif dan bijak.

4. Pengalaman Yang Lalu
Banyak pengalaman samada dilalui sendiri atau boleh diambil dari pengalaman orang lain untuk mendidik anak-anak. Apa yang baik boleh dijadikan teladan dan yang buruk pun boleh dijadikan teladan. Dengan menceritakan pengalaman yang pahit atau manis sebenarnya dapat memberi kesan yang terbaik untuk anak-anak.

5. Beri Nasihat dan Teguran
Sebagai ibu bapa, kitalah yang berhak untuk memberi nasihat dan teguran kepada anak-anak. Apa yang tidak betul, kita betulkan. Namun, kaedah nasihat atau teguran tidak boleh dibuat sepanjang masa kerana anak-anak akan mudah jemu dan bosan. Carilah masa yang sesuai untuk membuat teguran dan memberi nasihat supaya kedua-dua pihak berasa tidak tertekan.

6. Bermain dan Bergurau dengan Anak-anak
Menurut kajian, ibu bapa yang sering bermain dan bergurau dengan anak-anak menjadikan anak lebih gembira dan lebih pintar1. Ini adalah kerana anak-anak rasa disayangi dan dihargai, jadi mereka lebih terdorong untuk melakukan sesuatu dengan baik.

7. Latihan yang Berterusan
Anak yang cemerlang juga perlu dilatih secara berterusan seperti mana telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Kaedah latihan berterusan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

a) Jantina
Sebagai ibu bapa haruslah bijak membahagikan tugas kepada anak-anak mengikut jantina. Anak perempuan biasanya diberikan tugasan yang rungan di dalam rumah seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Tetapi, anak lelaki juga perlu dilatih untuk menguruskan diri sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa sahaja.

b) Umur
Tugas juga perlu dibahagikan mengikut umur. Jika anak di bawah umur 6 tahun, berilah tugas yang ringan seperti mengemas semula maianan dan sebagainya untuk melatih mereka lebih bertanggungjawab.

Selepas memberi tanggungjawab kepada anak-anak, jangan lupa untuk memuji mereka. Dengan memberikan pujian, anak anak akan berasa lebih bersemangant untuk membuat dengan lebih baik lagi.

8. Memberikan Makanan Yang Terbaik
Sudah menjadi tangunggjawab ibu bapa untuk menyediakan makanan yang terbaik kepada anak-anak. Anak-anak yang sedang membesar hendaklah diberikan cukup. Perkembangan minda anak-anak adalah apa yang mereka makan dan amalkan. Ibu bapa seharusnya tidak menjadikan alasan sibu sebagai alasan untuk memberikan makanan yang terbaik kepada anak-anak.


SET ANAK BIJAK SHAKLEE, MAKANAN TERBAIK UNTUK ANAK CEMERLANG DUNIA AKHIRAT

Set Anak bijak dirumus khas untuk membantu anak anda untuk menghadapi cabaran persekolahan pada masa kini. Persaingan semakin sengit dengan rakan sebaya dan kepadatan rutin yang terpaksa dilalui oleh anak-anak dalam seharian memerlukan lebih banyak tenaga dan ia boleh menyebabkan anak-anak hilang focus dalam pelajaran.

Ini bukan anak-anak kita tidak bijak, tetapi dek kerana kesibukan seharian ibu bapa dan juga anak-anak pemakanan sihat yang sepatutnya diberikan untuk tumbesaran anak-anak diabaikan.

jadi, Shaklee adalah pemakanan nutrisi yang lengkap dan tepat merangkumi:

1) Perkembangan otak dan minda yang sihat
2) Meningkatkan daya tahan badan
3) Menyokong pertumbuhan badan yang sihat dan kuat
4) Pelengkap keperluan nutrisi anak-anak


FUNGSI SETIAP PRODUK

Mealshake Shaklee

Mealshake ialah makanan tambahan yang rendah lemak dan glisemik index (kandungan glukosa yang rendah) .

Dibuat dari soya dan mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan oleh anak-anak untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Sesuai sebagai alas perut setiap pagi sebelum ke sekolah.

Antara kebaikan mealshake ialah:
  • Membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak-anak
  • Sebagai penggalak selera anak-anak
  • Anak-anak tak mudah jatuh sakit
  • Elak sembelit
  • Membekalkan tenaga tambahan kepada anak-anak terutamanya semasa berpuasa
  • Menambah berat badan anak-anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium, vitamin dan protein untuk tulang yang sihat
  • Mudah untuk diberikan kepada anak anak kerana teksturnya seperti susu tepung
  • Rasa vanilla yang mesti anak-anak suka
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesity kerana ia memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • Makanan untuk otak yang bijak kerana ia mengandungi kolina, protein, zink dan juga kalsium.

Omega Guard
Merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. ia melalui proses sulingan sebanyak 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu yang rendah dan terkawal. proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega 3 yang asli dan menghalang pencemaran termasuk logam berat seperti merkuri, cadmium dan sebagainya.

Antara kebaikan omega guard ialah:
  • Meningkatkan daya pertahan tubuuh anak-anak (selesema, batuk berkahak, demam).
  • Kesihatan system kardiovaskular (jantung, arteri dan salur darah yang sihat).
  • Membantu merawat eczema, ia bagus untuk mencantikkan kulit
  • DHA dan EPA bagus untuk perkembangan minda anak-anak
  • Sangat disyorkan untuk anak-anak yang hiperaktif dan autism
  • Membantu menyokong paru-paru yang sihat

Vitalea For Children
Dipenuhi dengan banyak khasiat dan kebaikan, ia disediakan dalam bentuk tablet yang mudah dikunyah oleh kanak-kanak. Ia dilengkapi dengan 19 jenis nutrient yang lengkap. Ia juga dilengkapi dengan kaslium dan magnesium untuk menyokong pembentukan tulang yang sihat.

Kebaikan vitalea for children:
  • Mengandungi 19 nutrient penting untuk kesihatan kanak-kanak
  • Menyediakan 1505 nilai vitamin D untuk kesihatan gigi dan tulang kanak-kanak
  • Memberi 1005 nilai vitamin c untuk keperluan harian
  • Vitamin B menyokong fungsi sebenar badan manusia
  • Berasaskan phytonutrient semulajadi
  • Manisan semulajadi, tanpa menggalakkan kaviti
  • Kaya dengan nutrient antioksidan
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan berry

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH SHAKLEE?
  • Shaklee merupakan supplement semulajadi dan memegang prinsip:
  • Selamat (mempunyai sijil halal dan berkesan)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Tiada perisa tambahan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Ia sangat selamat untuk anda semua

Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, disamping melengkapkan didikan berteraskan al-quran dan Sunnah kepada anak-anak, aspek pemakanan sihat jangan dilupakan dan biarlah bergerak seiring. Anak-anak perlukan nutrient yang cukup untuk membesar dan berkembang dengan sihat.

Jadi, memberikan vitamin dan makanan yang baik adalah pelaburan yang sangat menguntungkan. Dan kita sebagai ibu bapa harus peka dan ingat, anak-anak membesar sangatlah cepat, jadi jangan lepaskan peluang dalam tempoh mereka membesar ni berilah makanan terbaik untuk mereka supaya dapat bergerak dengan lebih cemerlang lagi.

Jika anda ingin mencuba produk Shaklee, jom hubungi saya seperti di bawah:

Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE
Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.

No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...