Tanda-tanda, Penyebab dan Cara Atasi HPV

APAKAH HPV?

Human Papillomavirus atau HPV adalah satu virus yang menyebabkan munculnya ketuat pada beberapa bahagian tubuh. Virus ini ada lebih 100 jenis dan hidup pada sel-sel kulit. Terdapat 60 jenis ketuat jenis HPV yang biasanya menyerang kaki dan tangan, manakala 40 jenis lagi biasanya menyerang bahagian intim, iaitu kelamin.


Bagaimanapun, usah risau kerana tidak semua HPV bukanlah kanser.  Namun, anda perlu berhati-hati kerana ada jenis HPV yang merbahaya iaitu HPV 16 dan HPV 18, yang mana sangat berkemungkinan besar untuk menyebabkan terjadinya kanser serviks. Menurut WHO, sekurang-kurangnya 70% penyebab kanser serviks ialah berpunca daripada HPV jenis HPV 16 dan HPV 18 ini.

BAGAIMANA IA TERJADI?
Sebahagian besar terjadinya HPV ialah dengan cara sentuhan dari kulit ke kulit dengan penghidap HPV. Begitu juga benda yang turut dicemari oleh virus HPV.

Hubungan seksual juga termasuk salah satu cara sentuhan secara langsung yang menyebabkan ia merebak pada bahagian alat kelamin.

TANDA-TANDA HPV
Tanda-tanda HPV amat sukar untuk dikesan pada peringkat awal, sebab itulah pengidap HPV tidak perasan akan kehadirannya. Ia adalah kerana ia dapat ditangani dengan sendiri oleh sistem pertahanan badan, namun ia akan menjadi bertambah teruk apabila sistem pertahanan badan makin lemah.

Apabila sistem pertahanan tubuh kita tidak dapat menghalang virus ini, jangkitan virus HPV yang tertentu akan berpotensi untuk menyebabkan terjadinya kasner serviks. Seba itulah kita harus melakukan pemeriksaan secara berkala, 6 bulan sekali sekurang-kurangnnya.

PUNCA HPV BERJANGKIT
JangkitanHPV sangat mudah disebarkan dan boleh menyerang sesiapa sahaja. Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko seseorang untuk mengidap HPV ialah:

Kerap bertukar pasangan:  Hubungan seks dengan lebih dari seorang pasangan akan meningkatkan risiko HPV.

Berkongsi pakaian dengan pengidap HPV: Seperti tuala, sapu tangan dan kasut.

Sistem pertahanan badan yang lemah: Contohnya mengidap HIV/AIDS atau sedang jalani kimoterapi.

Kulit yang rosak seperti luka yang terdedah.

Umur. Ketuat biasa,  biasanya dialami oleh kanak-kanak, tetapi kutil jenis pelatar dan kelamin biasanya dihidapi oleh remaja dan orang dewasa.

CARA PENCEGAHAN HPV
Walaupun ketuat boleh dihilangkan, tetapi virus HPV tidak hilang, ia tetap akan berada di dalam badan pengidap dan akan dapat dijangkiti oleh orang lain.

Langkah utama untuk mencegah HPV ialah dengan mengambil suntikan vaksin. Cervavix, Gerdasil 9 merupakan jenis-jenis vaksin yang dapat membantu mencegah ketuat kelamin dan kanser serviks.

Vaksin ini disyorkan kepada remaja dan wanita dari umur 10 tahun hingga 26 tahun.

Langkah pencegahan lain selain vaksin ialah:

Elakkan menyentuh ketuat secara langsung. Anda perlu membersihkan tangan dengan sabun sekiranya tersentuh ketuat secara langsung.

Elakkan bertukar pasangan.

Gunakan kondom setiap kali mengadakan hubungan seks. Langkah ini dapat mengurangkan risiko penyebaran 

Elakkan berkongsi alatan peribadi seperti pisau pencukur, gunting atau sepit kuku.


RAWATAN ALTERNATIF UNTUK HPV
Shaklee adalah rawatan semulajadi yang telah menerajui pasaran di Malaysia sejak 50 tahun dahulu lagi. Multivitamin yang pertama dihasilkan oleh shaklee ialah Vitalea yang kini 100 tahun lebih telah berada di pasaran. Produk makanan tambahan shaklee terbukti berkesan, selamat dan semulajadi.

Antara suplement shaklee yang dapat membantu membantu pesakit HPV ialah:

VIVIX
Vivix ialah sejenis minuman botani, merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fotokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksidan dan anti penuaan semulajadi.




Vivix mempunyai campuran unik botani Polygonum Cospidatum, Anggur Muscadine, Elderberri Eropah, dan Lobak Unggu yang kaya dengan Polyfenol.

Beberapa kajian menujukkan resveratrol mampu mencegah dan merencatkan sel kanser.

Menurut dari laporan Annals of the New York Academy of Science 2011, beberapa kajian awal mendapati resveratrol mungkin mempunyai kesan anti kanser.

Dalam kajian pada tahun 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara pada peringkat awal.

Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati resveratrol mampu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang memberi tanda awal permulaan pembentukan kanser.

Menurut laporan yang diterbitkan pada tahun 2007 oleh Biologi Kanser Terapi, penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).

Diterbitkan dalam journal karsinogenesis, satu lagi kajian pada tahun 2008, menunjukkan bahawa resveratrol dapat membantu mencegah kanser prostat.

Nutriferon: Meningkatkan sistem pertahan badan dengan meningkatkan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.

 ESP: membantu dalam meningkatkan daya pertahan badan dan enzim.

Vitamin C Sustained Release: Meningkatkan aktiviti sel darah putih, antimikrobial dan sel pembunuh semulajadi

Garlic Kompleks: Merencatkan kuman daripada terus merebak.

Jadi, jika anda atau saudara mara terdekat disyaki menghidap HPV, jangan panik. Bertindak dengan cepat untuk mengelakkan virus HPV ini daripada terus merebak yang boleh menyebabkan berisiko tinggi untuk mengidap kanser serviks. Segalanya di tangan anda, bertindak sebelum terlambat.

Jika anda berminat untuk dapatkan rangkaian produk shaklee, anda bolehlah segera menghubungi saya seperti info di bawah:


PENGEDAR SAH SHAKLEE TAMAN IMPIAN PUTRA/ BANDAR SERI PUTRA/ BUKIT MAHKOTA/ BANGI LAMA./ BANGI AVENUE

Wakil Pengedar Shaklee Anda:
Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 987151 ]
♥ SMS/WhatsApp : 0164225314
♥ fbfanpage:Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE
♥ Instagram: shakleebangi_bynida























No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...