Ketahui 5 Petua Atasi Keputihan Yang Berbau dan Gatal Secara Semulajadi

" Eee...keputihan?. Rimasnya. Gatal pulak tu. Tak kan nak menggaru je kan"...

Ramai wanita yang mengalami masalah di atas, iaitu keputihan yang berbau sehingga rasa gatal yang memeritkan. Ia bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak selesa, tetapi malu juga jika keputihan itu dapat dihidu oleh orang lain yang berdekatan dengan kita.


Jadi, penting untuk kita ketahui petua untuk mengatasi keputihan yang berbau dan gatal secara semulajadi supaya ia dapat diatasi dengan segera. 

APAKAH ITU KEPUTIHAN?. 
Keputihan ialah cecair yang keluar dari vagina wanita yang keluar secara berelebihan. Terdapat 2 jeni skeputihan yang biasa dialami oleh wanita iaitu keputihan secara fisiologi (normal) dan keputihan patologis (keputihan tidak normal). 

Keputihan yang normal.

Ia kelihatan jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Biasanya ia keluar semasa waktu subur, stress dan semasa terangsang secara seksual. Ia keluar dalam kuantiti sedikit atau banyak. Bagi wanita yang sedang hamil pula, keputihan normal tidak merbahaya kepada kandungan kerana kandungan dilindungi oleh air ketuban. 

Ciri-ciri Keputihan Normal:
  • Tidak pekat
  • Berwarna jernih
  • Tidak berbau
  • Tidak gatal
  • Jumlahnya tidak banyak

Keputihan Tidak Normal

Namun, jika ia adalah keputihan tidak normal, anda harus lebih berhati-hati. Ia adalah tanda awal dari peyakit atau organ di sekitar rahim anda yang tidak sihat. Jika ia berlaku pada wanita hamil, ia sangat berisiko untuk menjejaskan janin di dalam kandungan anda. 

Ciri-ciri Keputihan Tidak Normal:
  • Cecair yang agak pekat
  • Mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan
  • Gatal di kawasan sulit wanita
  • Keputihan berwarna kuning, hijau, kelabu atau berwarna putih susu
  • Ia keluar dengan banyak dan becak

PETUA ATASI KEPUTIHAN SECARA SEMULAJADI

Setelah mengetahui jenis-jenis keputihan, semestinya setiap wanita mesti tahu tentang cara perawatannya dengan betul. Ia adalah sebagai langkah awal untuk menyembuhkan dan menjaga kesihatan rahim yang sangat penting kepada wanita. Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan oleh anda jika mengalami keputihan iaitu:

1. GUNA CUKA EPAL
Cuka epal sangat bermanfaat untuk menyembuhkan keputihan jika ia berpunca dari bakteria. Cuka epal akan membantu anda untuk mendapatkan PH yang sesuai di kawasan tersebut. Tambahan lagi cuka epal juga akan membantu untuk meningkatkan jumlah bateria baik di dalam vagina untuk melawan bakteria.

Cara Penyediaan:  Campurkan satu sudu cuka epal di dalam air suam dan tambahkan sedikit madu tulen dan minum setiap hari.


2. AMALKAN MAKAN PISANG SETIAP HARI
Pisang adalah salah satu buah yang dapat menyembuhkan keputihan secara semulajadi. Pisang berperanan penting dalam menstabilakn hormon di dalam tubuh. Untuk mengatasi keputihan, anda boleh amalkan makan pisang dua kali sehari. Selain menyembuhkan keputihan pisang juga amat baik untuk sistem pencernaan yang sihat. Kalium dalam pisang juga membantu miliki jantung yang sihat.

3. MINUM JUS DELIMA
Jus delima dapat menyembuhkan keputihan secara semulajadi. Ia mengandungi beberapa nutrien penting untuk menyeimbangkan hormon dan mencegah kehadiran bakteria dan juga virus. Ia juga akan membunuh semu abakteria jahat di dalam vagina. Caranya, anda boleh minum jus delima sehari sekali sehingga keputihan sembuh.


4. BASUH BAHAGIAN INTIM DENGAN AIR GARAM
Garam dipercayai boleh menghilangkan rasa gatal dan bakteria pada vagina. Ia adalah kerana garam ialah antibakteria. Caranya, campurkan satu sudu kecil garam halus ke dalam air suam dan basuh vagina apabila terasa gatal. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan bakteria, ia juga dapat menghilangkan rasa gatal.


5. HILANGKAN BAKTERIA DENGAN DAUN SIREH
Seterusnya daun sireh. Daun sireh berkesan untuk mematikan kuman, antioksidan serta antiradang. Selain itu ia juga dapat menghilangkan bau badan wanita atau lelaki. Caranya ambil beberapa helai daun sireh dan ramas di dalam air suam. Dan anada bolehlah mencuci bahagian vagina yang rasa gatal itu.


ATASI KEPUTIHAN DENGAN VITAMIN SHAKLEE SEBELUM PARAH
Selain merawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh diatasi dengan mengamalkan SET KEPUTIHAN SHAKLEE. Selain ia sangat mudah untuk diamalkan, ia juga sangat berkesan.

Bagaimana Set Keputihan Ini Dapat Bantu Atasi Keputihan?
Set keputihan shaklee adalah terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu Vivix, Alfafa Kompleks dan Garlic.

Vivix
Vivix ialah antioksidan yang paling berkesan untuk merawat keputihan.  Ia mengandungi ramuan yang sangat istimewa untuk kesihatan dan kesihatan tubuh badan kita. Kandungan resveratrol dalam vivix sangat baik yang berfungsi untuk melawan jangkitan kuman dan bakteria.  Selain itu, vivix juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.

Alfafa Kompleks 


  • Mengurangkan rasa gatal akibat dari jangkitan bakteria dengan cepat
  • Buang toksik dalam tubuh
  • Hilangkan bau busuk pada faraj
  • Menguatkan sistem tubuh untuk melawan kuman

Garlic Kompleks (Antibiotik semulajadi)


  • Menghalang jangkitan kuman dan kulat daripada merebak
  • Meningkatkan imun badan

Selain mengamalkan petua-petua dan suplement diatas, antara tips lain yang boleh diamalkan untuk mengurangkan keputihan ialah:
  • Menjaga kebersihan disekitar faraj
  • Kerap menukar panty liner sekerap yang boleh.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat
  • Elakkan menggunakan sabun untuk mencucui luar faraj
  • Pakai seluar dalam dari kain kapas

 Jadi, jika anda mengalami keputihan, jangan biarkan ia berlarutan sehingga ia bertukar warna dan menjadi lebih parah.Sebagai wanita juga, kita hendaklah sentiasa peka akan perkara yang kita alami dan janganlah dibiarkan sehingga ia berbau sampai suami disebelah yang tegur dahulu. Berusahalah untuk buat yang terbaik untuk diri anda dan pasangan.

Jika berminat untuk mencuba rangkaian produk shaklee, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 
Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.

1 comment:

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...