Jangan Abaikan Perkara Ini Ketika Mengandung, Anda Akan Menyesal Tak Sudah!

Tahniah atas kandungan anda!. Sudahkah anda bersedia dari segi mental dan fizikal? Mempunyai anak bijak merupakan idaman setiap ibu bapa. Namun, tahukah anda bahawa proses mendidik anak  menjadi genius dan pintar sejak dari dalam kandungan lagi? Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memberi perhatian yang lebih pada bakal bayi yang akan lahir. 


Secara amnya, petua menjadikan anak pintar ialah dengan:

1) Memberikan Nama Yang Baik-baik
Nama adalah doa!. Berikan anak-anak nama yang bermaksud baik-baik. Berbual-buallah dengan anak sejak dari dalam kandungan lagi, bermula trimester ke dua dan ketiga. Tahukah anda, bayi di dalam kandungan sudah mula mendengar suara ibu dan ayah sejak dalam kandungan lagi?

2) Berbual-bual dengan Bayi di Dalam Kandungan.
Sentiasalah berbual-bual dengan bayi anda di dalam kandungan. Kajian menunjukkan bahawa, anak lebih mudah untuk memahami arahan ibu bapa selepas dilahirkan jika ibu bapa selalu berbual-bual dengan bayi sejak dalam kandungan lagi. 

3) Memperdengarkan Bacaan Ayat Suci Al Quran
Selain daripada berbual-bual dengan bayi, anda juga boleh memperdengarkan ayat suci al-Quran. Tidak kiralah di mana sahaja, sebelum tidur atau di dalam kereta. Mudah-mudahan bayi yang bakal lahir berakhlak seindah al-Quran!

4) Baca Buku Berilmiah 
Selain membaca dan memperdengarkan bacaan al Quran, ibu bapa juga boleh mempraktikkan membaca buku ilmiah dengan kuat supaya bayi turut mendengar. Mudah-mudahan bayi yang bakal lahir terang hati dan genius. Rangsangan dan sentuhan kepada bayi sejak dalam kandungan adalah penting. Apabila ibu dalam keadaan gembira, bayi anda juga turut gembira. Ibu mesti elakkan diri dari stress kerana bayi akan turut sama merasainya.

5) Memenuhi Keperluan Zat dan Nutrisi sejak dalam Kandungan
Menjaga pemakanan ketika hamil adalah penting. Kerana segala zat dan nutrien yang ibu makan akan sampai kepada bayi. Makan makanan yang seimbang dan halal adalah terbaik untuk bayi berkembang dengan sihat di dalam kandungan.

Selain itu, antara tips lain yang boleh diamalkan oleh ibu hamil menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang popular iaitu Dr. Hamid Arshat ialah:
CARAGAYA KEBAPAAN PERLU DIPELAJARI, DIPRAKTIKKAN. AMALKAN TERUS MENERUS. JADI IBU BAPA CEMERLANG.

1. JAHIL DALAM CARAGAYA KEIBUBAPAAN. Kali pertama saya jadi bapa setelah lahir anak sulung saya pada tahun 1971, saya berumor 26 tahun dan telah bertugas sebagai doktor perubatan dihospital Muar.
Kemahiran dan kecekapan saya melaksanakan tanggung jawab sebagai bapa, bergantung kepada naluri sahaja. B
anyak perkara tentang caragaya keibu bapaan yang saya tak tahu.

Kalaulah saya berilmu serta mahir dalam perkara tersebut, tentulah kelima2 anak saya telah jadi genius dan capai kecemerlangan. Tapi kenyataannya mereka sederhana sahaja tapi alhamdulillah masing2 telah menikmati suatu tahap kejayaan hidup dan masih ada ruang untuk mereka capai tahap lebih tinggi.

2. PENTINGNYA ZAT PEROTIN WAKTU HAMIL. Waktu hamil isteri saya makan yang berzat dan berkhasiat. Lebih lauk sebagai sumber protein, penting bagi pertumbuhan organ2 terutama otak bayi. Dulu tak mampu beli ikan salmon atau mackerel; ikan tuna (tongkol) dan ikan terubuk dia tak suka pula.

Kesemua ikan2 tersebut dikategorikan ikan berminyak (oilyfish) yang mengandungi banyak omega3 dan DHA. iaitu bahan2 penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi.
Zaman itu harga ikan sangat murah, kita makan berbagai2 jenis ikan, tenggiri. bawal. kembung, ikan parang, ikan lidah dan lain2.

Sumber perotin lain ialah daging lembu, yang kita makan seminggu sekali.
Bila balik kampung emak akan masak ayam kampung, masak gulai ketumbar dan sop ayam. Yum yum memang lazat. Memang selera isteri saya makan ketika Hamil.

Dalam zaman mewah sekarang, wanita hamil jarang kekurangan zat protein, malah berlebihan.
Lain2 sumber protein ialah telor, kacang2 ( peanuts, badam, gajus, walnut's) , beans, makanan laut saperti udang, sotong, ketam dll.
Kacang soya dalam bentuk air soya, Tempe, tahu, miso dll adalah baik untuk ibu2 hamil.
Ada yang mengatakan minum banyak air soya ketika hamil, bayi jadi kulit puteh !!!!!!.

Munkin amalan pemakanan yang seimbang olih isteri saya, telah menghasilkan bayi sihat, cerdik otaknya sehingga jadi doktor pakar bedah sekarang.

3. VITAMINS FOLIC IRON DAN KALSIUM.
Supplements vitamins sangat penting bagi ibu2 hamil untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi.

Keperluan zat iron meningkat untuk bina darah dan cegah anemia,
Kalsium untuk bina tulang bayi dan untuk kuatkan tulang2 Ibu.
Folic asid untuk cegah kecacatan bayi khususnya pada otak dan saraf.

Vitamin C pun penting untuk meningkatkan immunity dan mencegah dari jangkitan kuman khususnya virus.

Alhamdulillah isteri ambil cukup bekalan supplements tersebut ketika hamil. Dia pun sihat sehingga melahirkan bayi. Bayi pun sempurna dan sihat ketika lahir.

4. JAGAAN PRENATAL SANGAT PENTING.
Ini adalah satu perkara yang teramat penting untuk menentukan keselamatan ibu dan bayi waktu kelahiran.
Kebetulan ketika isteri saya hamil, saya bertugas sebagai pegawai perubatan dijabatan obstetrics dan gynecology, hospital Muar tahun 1971 - 72.

Saya pastikan isteri saya pergi Klinik ibu mengadung ikut jadual.
Masa itu tak ada ultrasound scan, bayi dalam rahim diperiksa pakai tangan dan jantungnya didengar dengan corong fetoscope.

Pengedalian ibu2 hamil atas asas' clinical acumen'. Sekarang teknoloji moden telah banyak membantu. Setiap pemeriksaan akan disertai ultrasound scan, dan kita dah ketahui tentang bayi termasuk jantinanya sebelum lahir.

Dalam satu sesi klinik antenatal, di Muar dulu, saya sering periksa 80 ibu2 hamil. Ibu2 yang hamil sebanyak 8, 10, dan 12 kali biasa saya temui. Mereka masih nak beranak dirumah dan disambut olih bidan kampung. Komplikasi sering timbul khususnya perdarahan lepas bersalin.

5. BAYI DALAM RAHIM BOLEH
Selesai pembentukkan jasad bayi dalam 3 bulan pertama. Allah tiupkan ruh pada bulan keempat, dan pada bulan kelima tendangan bayi dapat dirasai ibu.
Bulan keenam, Allah kurniakan pendengaran kepada bayi, dan bulan kelapan deria penglihatan.

Kalau lah saya tahu fakta2 ini pada tahun1971, tentulah saya ajar bayi dalam rahim membaca Quran, matematik, sains dan cakap bahasa jawa dan inggris.
Saya sudah terlepas peluang pada semua 5 orang anak2 saya.
Saya lihat anak bongsu saya sering mainkan tape bacaan quran ketika dia hamil dan ketika anak tidur selepas lahir. Semoga jadi anak2 yang soleh.
Bayi dalam rahim paling aktib waktu malam. Terbaik ajar dalam setengah jam sebelum Ibu tidur.

kredit: Dato Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan

Alhamdulilah, kita beruntung kerana telah didedahkan dengan tips yang berharga ini dari Dr sendiri dan amatlah rugi sekiranya ibu bapa tidak beramal dengan tips yang diberikan. 

SET ANAK PINTAR SHAKLEE SEJAK DARI DALAM KANDUNGAN LAGI
Setelah meneliti beberapa tips dari Dr Hamid Arshat, betapa pemakanan yang sihat, vitamin dan nutrien yang mencukupi memberi kesan besar kepada perkembangan janin untuk dilahirkan sebagai anak yang pintar.

Shaklee sangat memahami keperluan wanita dan bayi sejak dalam kandungan lagi, dengan itu shaklee telah memperkenalkan SET HAMIL SHAKLEE yang menyediakan nutrisi lengkap sepanjang tempoh kehamilan. 

APAKAH KEBAIKAN SET HAMIL SHAKLEE KEPADA IBU HAMIL?
Setiap ibu mengandung mestilah mahukan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan agar mendapat khasiat terbaik untuk tumbesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang, sebagaimana yang telah ditekankan oleg Dr Hamid Arshat. 

Jom kita kenali satu persatu vitamin yang terkandung dalam set hamil serta fungsinya.

1) Vitalea Iron Formula 
  • Vitalea adalah multivitamin yang paling lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam vitalea boleh menampung keperluan zat besi ibu mengandung dan menyusu. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu cepat pitam, cepat letih dan mengah, kurang ingatan dan kurang fokus.

2) Vitamin C Sustained Release 
  • Sebagai antioksidan, bantu meningkatkan imun badan ibu dan bayi, menjadikan kulit lebih cantik.
  • Bantu penyerapan iron, kalau tak cukup vitamin c, penyerapan iron kurang efisyen.

3) B Kompleks
  •  Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang sangat diperlukan oleh tubuh. Untuk membantu badan lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil, wajah lebih berseri. Vitamin B juga vitamin anti stress.
4) ESP- Energiing Soy Protein 

  • Protein merupakan komposisi utama susu ibu. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur bendalir dalam badan
  • Bantu kawal keseimbangan asid bes, berfungsi untuk mengangkut tenaga ke seluruh badan.
  • Menyokong pembentukan organ bayi yang sihat
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu serta kenyang yang lama.  
  • Menganjalkan kulit ibu dan bayi.

5) Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
  • Antara komposisi mineral yang tinggi dalam susu ibu ialah kalsium
  • Kalsium penting untuk bina darah gigi, tulang dan juga saraf dalam tubuh manusia. 
  • Bagi ibu yang tidak mengambil kalsium dengan mencukupi dalam seharian, maka kalsium untuk kegunaan tubuh akan diambil dari tulang. Rasa kebas, sengal pada kaki dan juga tulang belakang.
  • Jika ia berlarutan dan ia tidak diganti, ibu akan mengalami osteoporosis.

6) Omega Guard Shaklee (DHA & EPA)
  • DHA ialah asid lemak perlu yang dijumpai di dalam otak manusia
  • DHA adalah sangat penting untuk perkembangan otak, serta aspek-aspek lain untuk perkembangan janin. 
  • DHA juga asid lemak utama yang dijumpai di dalam retina mata, serta organ-organ lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA nya sendiri dan memperolehi DHA dari susu ibu. Sebelum dilahirkan, bayi akan memperolehi DHA dari ibu melalui plasenta. Sebab itulah ibu akan mengalami kekurangan DHA. 
  • Pakar mencadangkan suplement omega 3 pada ibu-ibu mengandung dan menyusu untuk menambahkan DHA untuk perkembangan fetus.

Jadi, disini dapat disimpulkan, dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi akan dapat membantu 

1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
2. Perkembangan bayi yang sihat
3. Pencegahan bayi daripada mendapat jaundice

3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH SHAKLEE
Dengan lambakan vitamin di pasaran tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, tentu ia menyebabkan ramai yang keliru untuk memilih vitamin yang betul-betul selamat dan berkesan serta tidak memudharatkan kesihatan, terutamanya kepada ibu hamil. 

3 sebab kenapa anda perlu memilih vitamin shaklee:

1)  Shaklee Always Safe
  • Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun
  • Potensi dijamin oleh pihak yang ketiga
  • Keaslian dijamin- lebih 350 ujian pencemaran yang dilakukan ke atas setiap bahan botani 
  • 100% kepuasan dijamin

2) Shaklee Always Green

  • Tiada perisa tiruan
  • Tiada  pewarna tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada suapan tersembunyi
  •  Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
  • Tidak mengandungi bahan yang dilarang
  • Tidak mengandungi peluntur klorin

3) Shaklee Always Work
  •  USD 250 dilaburkan untuk ujian, pembangunan
  • 70 kajian klinikal telah diterbitkan
  • 60 saintis shaklee
  • 50 patents

50 tahun anniversary landmark study menunjukkan pengguna shaklee dalam jangkamasa panjang adalah lebih baik dari mereka yang tidak mengambil apa-apa vitamin dan mengambil vitamin dari jenama lain. 

Bagaimana? Anda sudah bersedia untuk melahirkan permata hati yang genius serta baik akhlaknya? Jangan berlengah lagi. Jom hubungi saya sekarang!. Jangan lepaskan peluang emas yang tidak selalu datang dan tidak menunggu kita. 

Anda boleh hubungi saya sekiranya untuk konsultasi lanjut seperti info di bawah:

Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.
 


















 

2 comments:

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...