Cara Merawat Kencing Tikus Dengan Berkesan

Kencing tikus, antara jangkitan virus yang paling ditakuti oleh kita semua. Betul ke bila terkena virus ini hanya menunggu masa?.Gerun sangat bila mendengarnya. Walaupun ia jarang berlaku tetapi ia sangat bahaya hingga boleh meragut nyawa. Apakah virus kencing tikus sebenarnya?

Di sini saya akan kongsikan cara merawat kencing tikus dengan berkesan. Semoga ia dapat menyelamatkan nyawa orang yang kita sayang. 


APAKAH VIRUS KENCING TIKUS?

Kencing tikus atau nama saintifiknya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang disebarkan oleh haiwan. Ia boleh membawa jika tidak dirawat dengan segera. 

Pada mulanya ia disebabakan oleh tikus, namun kini banyak haiwan yang boleh menjadi perumah  samada haiwan liar atau haiwan peliharaan. 

Cara ia disebarkan ialah melalui air kencing haiwan pembawa. Air kencing ini akan mencemari air atau tanah dan boleh hidup sehingga berminggu atau berbulan lamanya. 


 BAGAIMANA IA BOLEH DIJANGKITI?

Manusia boleh dijangkiti oleh kencing tikus dengan cara:
  • Air kencing dari haiwan pembawa
  • Air, tanah atau makanan yang dicemari oleh haiwan pembawa

PUNCA ATAU RISIKO KENCING TIKUS

Antara punca atau faktor yang boleh mendedahkan kencing tikus kepada manusia ialah:

  • Melakukan aktiviti rekreasi di dalam air seperti berenang, berkayak atau berbasikal di kawasan denai.
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- seperti bercucuk tanam, pekerja di pusat penyembelihan, doktor haiwan.
  • Mengambil makanan yang terdedah yang berisiko digigit tikus, tupai atau arnab.
  • Terdedah di kawasan banjir, jika terkena pada luka yang terdedah akan meningkatkan risiko dijangkiti oleh virus kencing tikus.

 TANDA-TANDA ATAU GEJALA JANGKITAN KENCING TIKUS

 Untuk langkah pencegahan awal, anda perlu tahu tanda-tanda awal jangkitan kencing tikus supaya langkah seterusnya dapat diambil, ingat, ia melibatkan nyawa. Antara tanda-tandanya ialah:
  • Tempoh masa virus aktif ialah antara 2 hingga 26 hari.
  • Bemula dengan tubuh menggigil, sakit kepala dan anggota tubuh yang lain
  • Loya, sakit tulang, sakit sendi, cirit-birit
  • Batuk tidak berkahak
  • Mungkin juga mengalami sakit otot, kejang, sakit tekak, sakit salur kelenjar dan sebagainya.
Jika ada diantara saudara mara atau sesiapa sahaja yang mengalami tanda-tanda seperti diatas, cepat-cepatlah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut, kerana ia boleh mendapat jangkitan kuman pada otak, kegagalan buah pinggang, pendarahan paru-paru yang teruk dan yang palig merbahaya ialah boleh membawa maut!


LANGKAH PENCEGAHAN

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jadi, untuk mengelakkan dijangkiti virus kencing tikus, anda dinasihatkan untuk:

  • Elakkan mengunjungi kawasan air yang bertakung, lebih-lebih lagi pada musim kemarau
  •  Simpan makanan di dalam bekas yang tertutup supaya tidak dicemari
  • Basuh tangan sebelum makan
  • Bersihkan diri selepas membuat aktiviti berkebun dan sebagainya
  •  Menjaga kebersihan sekeliling supaya dapat mengelakkan tikus berkeliaran.
Jika telah dijangkiti oleh kencing tikus, jangan panic. Selain daripada mendapat rawatan doktor di hospital, anda juga boleh berikhtiar untuk meningkatkan sistem pertahanan badan supaya badan dapat bertahan untuk melawan virus tersebut. 

Jom kita ikuti pengalaman pesakit yang telah dijangkiti virus kencing tikus dan beransur pulih apabila mengamalkan VIVIX dan NUTRIFERON sebagai sistem pertahan badan secara semulajadi.

 
KENCING TIKUS SEMAKIN PULIH SETELAH MENGAMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON SHAKLEE
 
Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos. 
 
 
BERAK BERDARAH LEBIH KURANG SEMINGGU, KEMUDIAN GATAL-GATAL PADA BADAN.
 
Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.

DEMAM ON OFF SELAMA 2 HARI SEBELUM MASUK KE WAD
Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU. 
 
DISAHKAN DIJANGKITI KENCING TIKUS, KELUARGA MULAI RISAU.
Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya. 

MUKA MULA BENGKAK, SAKIT DADA
Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.
 
HARI KEDUA KAKAK BAWAK VIVIX DAN NUTRIFERON
Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.
 
AMALKAN VITAMIN SETIAP HARI, BADAN RASA CEPAT SIHAT DAN SEGAR.
Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.

DAPAT TAHU DARI KAKAK BAHAWA VITAMIN TU DAPAT BANTU BADANNYA UNTUK MENGUATKAN IMUN BADAN MELAWAN JANGKITAN VIRUS DAN BAKTERIA SERTA MMEBERI TENAGA KEPADA SEL.
Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.
 
 
BAGAIMANA VIVIX DAN NUTRIFERON DAPAT BANTU KUATKAN IMUN BADAN 
MELAWAN VIRUS? 
 
Vivix
Antioksidan yang tinggi yang dapat membantu memperbaiki sel yang rosak hingga ke peringkat DNA. 

Nutriferon
Bertindak sebagai benteng pertahanan kepada virus yang menyerang.

Vitamin C Sustained Release
Meningkatkan sistem imun dalam badan kita

Masihkan anda ingat Izwan Pilus dan Din Beramboi meninggal disebabkan oleh kencing tikus?. Simpton yang dianggap biasa tetapi hingga boleh membawa maut!

Virus kencing tikus memang boleh membawa maut kerana ia melumpuhkan sistem pertahanan badan kita. Cegah sebelum parah.

Anda boleh hubungi saya sekiranya untuk konsultasi lanjut seperti info di bawah:

Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.

No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...