8 Cara Elak Kencing Kotor bagi Wanita Yang Kerap Kena!

Sebelum ini kita telah bincangkan apa itu kencing kotor dalam entry lepas iaitu PETUA RAWAT KENCING KOTOR yang sering terjadi pada wanita amnya. Seseorang itu akan mengalami rasa sakit, pedih dan tak puas kencing apabila terkena jangkitan kuman pada saluran kencing. Bukan sahaja sakit, malah ia sangat tidak selesa dan mengganggu perjalanan aktiviti harian juga.


Jadi, untuk mengelakkan ia daripada berlaku lagi, jom kita tengok 8 cara yang boleh diamalkan oleh wanita untuk mengelak kencing kotor daripada berlaku.


PUNCA-PUNCA KENAPA WANITA LEBIH TERDEDAH KEPADA KENCING KOTOR

Dalam satu kajian yang dijalankan, sekurang-kurangnya 50% wanita akan mengalami kencing kotor sekali dalam seumur hidup. Dan sebanyak 20% dari jumlah ini akan mengalaminya lagi selepas alami buat pertama kali.

Wanita lebih mudah terdedah kepada kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran saluran kencing lebih pendek dan berdekatan dengan dubur berbanding kaum lelaki. 

Hubungan seksual. Ia adalah satu sebab kuman mudah masuk ke dalam saluran kencing semasa hubungan dilakukan. Bakteria akan memasuki vagina dengan mudah dan wanita akan lebih terdedah kepada kencing kotor.

Wanita hamil. semasa hamil, kadar hormon di dalam tubuh berubah dan senang untuk dijangkiti kuman berbanding wanita yang tidak hamil. ini adalah kerana, wanita hamil mempunyai kadar hormon yang tinggi menyebabkan otot dan pundi kencing menjadi lemah. Pengaliran air kencing menjadi lambat disebabkan regangan yang berlaku. Tambahan lagi, apabila kandungan membesar, ia akan menekan pundi kencing dan mengakibatkan pengaliran air kencing tersekat.

Apabila pengaliran air kencing lambat, kuman dan bakteria yang berada dalam pundi kencing akan membiak. Ia juga lebih mudah dialami sekiranya seseorang itu mengalami diabetis atau batu karang .


TANDA-TANDA KENCING KOTOR
1. Rasa pedih semasa membuang air kecil
2. Tidak puas
3. Kerap kencing
4. Tak dapat mengawal air kencing
5. Kencing keruh/berdarah/pekat
6. Sakit pada bahagian ari-ari
7. Demam, sejuk dan menggigil
8. Loya dan muntah
9. Sakit pinggang

Rawatan biasa untuk mengatasi kencing kotor ialah dengan mengambil antibiotik atau melakukan sendiri rawatan di rumah, tetapi sekiranya ia lambat diatasi boleh menjadi lebih teruk. 

Seperti dalam rajah di bawah menunjukkan ia menjadi bertambah teruk secara berperingkat jika tidak dirawat sehingga menjejaskan buah pinggang.



8 CARA ELAK KENCING KOTOR 
Mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, cara yang paling terbaik adalah mengelakkan diri daripada terkena kencing kotor iaitu:

1. Amalkan Minum Air Kosong Secukupnya
Pengambilan air masak adalah penting untuk melancarkan perjalanan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh. Anda disarankan untuk minum air kosong sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari untuk menjernihkan air kencing.



2. Jaga Kebersihatan Alat Sulit
Bersihkan dengan betul apabila selesai membuang air kecil atau air besar. Biasakan mengelap dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman merebak.

3. Jangan Tahan Kencing
Tabiat tahan kencing sangat tidak bagus diamalkan. Ia adalah kerana kuman dan bakteria akan mudah merebak di dalam pundi kencing jika tidak dibuang dengan cepat.

4. Buang Air Kecil Selepas Mengadakan Hubungan Seks
untuk mengelakkan dijangkiti kuman, anda dinasihatkan membuang air kecil sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks.

5. Kurangkan Pengambilan Kafein
Kuragkan mengambil minuman manis atau berkafein.

6. Tukar Tuala Wanita Sekerap yang Boleh
Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan kerap. Ia boleh mengelakkan kuman dan bakteria merebak dan membiak.

7. Gunakan Pakaian Longgar
Wanita seharusnya mengelakkan memakai pakaian yang ketat. Seeloknya memakai pakaian daripada kain kapas dan longgar supaya pengaliran udara berlaku dengan baik. Ia juga memberi keselesaan kepada wanita untuk bergerak.

8. Mengamalkan Vitamin C
Vitamin C terkenal dengan menguatkan imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mudah sakit. Vitamin C bertindak menghalang tubuh daripada serangan radikal bebas.


Rawat Kencing Kotor dengan Suplement Shaklee
Sebagai alternatif tanpa ubat, kencing kotor dapat dirawat dengan vitamin shaklee iaitu:

Alfafa Shaklee



Ia bertindak sebagai antikulat. Alfafa dipercayai tumbuhan yang berzat tinggi baik untuk tubuh manusia, melawaskan sistem pembuangan dan membuang toksin dalam badan.


Garlic Kompleks


Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Menghalang jangkitan kuman, kulat, virus dan juga yis.

Vitamin C

Bertindak mengasidkan urin untuk melawan bakteria dalam pundi kencing selamat dari bakteria dan menguatkan sistem pertahanan badan.

Jika anda kerap mengalami kencing kotor, teruslah berikhtiar dan berusaha merawatnya sebelum ia jadi lebih parah. Anda juga tidak perlu menanggung derita selamanya dengan mengambil set ini insyaallah kencing kotor anda dapat diatasi dengan segera. 

Jika berminat untuk mencuba rangkaian produk shaklee, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 


Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE
Website: www.dotneeda.blogspot.com

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.








No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...