Tanda-tanda Mengenali Waktu Subur Walaupun Haid Tidak Tetap

Selain daripada mengira waktu subur dengan pengiraan waktu subur melalui kitaran haid, anda juga boleh mengetahui waktu subur dengan tanda-tanda yang dapat dikenalpasti secara fizikal walaupun haid anda tidak tetap. 

Selain ia adalah suatu masa yang ditunggu oleh pasangan yang inginkan cahayamata, ia juga merupakan "tanda amaran" bagi mereka yang merancang kehamilan secara semulajadi. 

Biasanya wanita yang mengalami haid yang tidak teratur ialah disebabkan oleh stress, gangguan hormon atau menysukan bayi. Ia agak sukar untuk seseorang itu mengesan waktu subur dengan jelas.


PENTINGNYA MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Mengetahui waktu subur adalah sangat penting kerana waktu subur ialah waktu ovulasi dimana proses ovum dikeluarkan dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio untuk disenyawakan. 

Sel telur wanita hanya dapat bertahan selama 24 jam selepas ia dikeluarkan berbanding sperma lelaki yang boleh bertahan selama 7 hari dalam vagina. 

Jadi, anda dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang ini  untuk melakukan hubungan intim pada masa subur atau sebelumnya untuk menemukan sperma dan ovum pada tempoh masa tersebut.



 TANDA-TANDA MENGENALI WAKTU SUBUR WANITA

Antara tanda-tanda untuk mengenali waktu subur wanita ialah:

Keputihan
Tanda wanita subur ialah keluarnya lendir seperti keputihan di serviks wanita. Lensir atau keputihan adalah berbeza dengan keputihan hari biasa. Ia kelihatan lebih jenih dan cair.


Suhu Badan Meningkat

Proses ovulasi akan meningkatkan suhu tubuh anda. Jadi disini anda perlu perhatikan suhu tubuh anda berubah dari kebiasaannya. Anda boleh menggunakan carta untuk memudahkan anda mencatat dan merekod suhu tubuh anda.

Anda boleh menggunakan carta seperti di sini. Pastikan anda menggunakan termometer yang stabil bacaannya untuk mengetahui suhu yang tepat.




Posisi Serviks (Pangkal Rahim) Tinggi dan Lembut

Anda juga boleh mengenali waktu subur dengan memerhatikan serviks anda. Jika bukan pada waktu subur, serviks akan berada dalam keadaan tertutup, kering, kesat dan berada dalam kedudukan yang rendah.

Apabila ia hampir dengan waktu subur, serviks akan terbuka, lembap, dan berada dalam kedudukan yang tinggi sedikit.



Berasa Lebih Ghairah

Salah satu untuk mengetahui waktu subur ialah rasa lebih ghairah atau libido. Ia akan berlaku semulajadi dengan rasa lebih tertarik kepada pasangan anda.



Cramp Pada Perut

Rasa sakit atau cramp pada perut bukan sahaja berlaku semasa haid, tetapi juga pada waktu subur.


Payudara Bengkak

Semasa waktu subur, ada juga para wanita yang rasa sakit dan bengkak pada payudara atau kawasan tubuh yang lain.






Semoga dengan menegtahui tanda-tanda waktu subur ini dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu untuk berusaha mendapatkan zuriat dan juga sebagai tanda amaran untuk menjarakkan kehamilan terutamnya ibu-ibu yang mempunyai haid yang tidak tetap yang sedang menyusukan bayi.

Baca juga:





No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...