PENANTIAN SELAMA TIGA TAHUN BERAKHIR SELEPAS MENGAMALKAN SHAKLEE

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang penantian satu pasangan selama 3 tahun berakhir selepas mengamalkan suplement shaklee.

Jom kita ikuti kisah penuh inspirasi ini.

[HAMIL ANAK PERTAMA SELEPAS DUA BULAN AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
  

Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin.

Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.

Ini cerita kami.

Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu.

Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. 

Mengalami keguguran di awal perkahwinan
 

Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. 
Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC).

Amalkan suplement Shaklee untuk hamil, tapi tidak yakin pada mulanya


Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex.

Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain.

Pelbagai pemeriksaan kami jalankan tapi Doktor kata semua ok dan tak de masalah sehinggalah Doktor menyarankan mengamalkan vitamin.

Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya.

Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan.
 
Bertambah yakin dan tekad sehingga tidak pernah culas amalkan vitamin. 

Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. 

Vitamin E dan Zink untuk suami.
 Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee.

ESP, Vitalea, B Kompleks dan GLA untuk isteri
Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex).

Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi. 

Selepas 2 bulan berusaha, disahkan hamil anak pertama dan anak kedua setahun kemudian.
 

Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal.

Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal.

Kami bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami. Namun kami tak pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah, Allah berikan yang terbaik untuk kita.

Sahabat-sahabat semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini, nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti. Nikmatilah kegembiraan bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa anda.

Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah, rezeki itu milik anda."

Alhamdulillah, walaupun hanya membaca kisah orang tapi tetap bersyukur sebab vitamin Shaklee dapat membantu dalam ikhtiar mendapatkan zuriat.
Jom kita tengok suplement yang dicadangkan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri supaya cepat hamil.
1. Vivix Shaklee
Kandungan Resveratrol dalam vivix ialah 10 kali ganda lebih tinggi dari biasa. Ia bertindak sebagai antioksidan yang sangat kuat untuk menghalang sel-sel yang rosak. Untuk kesuburan, resveratrol akan melindungi telur yang belum dan telah matang daripada kerosakan. Apabila ia dilindungi, peluang untuk ia hidup, membesar dan disenyawakan adalah sangat tinggi.

2. Vitalea
Pengambilan vitalea adalah penting untuk memastikan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh tubuh dipenuhi. Kebiasaannya pengambilan makanan seharian kita tidak mencukupi atas banyak faktor yang menjadi kekangan.

3. Vitamin E
Vitamin E berfungsi untuk meningkatkan hormon seks lelaki dan wanita. Yang uniknya, vitamin E shakleed ilengkapi dengan selenium, tidak seperti vitamin e yang dijual di pasaran yang menjual selenium secara berasingan. Ia juga turut melindungi jantung selain meningkatkan kesuburan.

4. B Kompleks
 B kompleks ialah vitamin anti stress yang yang sangat membantu untuk menstabilkan hormon dalam badan. Ia juga mengandungi asid folik dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan juga menstabilkan hormon.

5. GLA Kompleks
Berperanan dalam membantu mengatasi period yang tidak teratur, menghasilkan cecair serviks yang berkualiti dan juga lebih baik dari prime rose oil.

6. Alfafa 
Ia juga dikenali sebagai vitamin cinta yang dapat mengatasi sakit ketika bersama, haid yang tidak teratur, keputihan, kuatkan rahim yang sangat membantu dalam hubungan suami isteri. Ia ibarat kacip fatimah untuk wanita.

Tips Yang Boleh Diamalkan dari Dr Hamid Arshad
1. Berdoa dengan bersungguh-sungguh
2. Usaha menurunkan berat badan
3. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari
4. Amalkan suplement multivitamin, vitamin e, vitamin c dan asid folik setiap hari
5. Keberkesanan setiap rawatan adalah mengambil masa selama 3 hingga 6 bulan.
Perlu diingat, zuriat adalah rezeki dan anugerah dari Allah. Teruskan usaha dan doa tanpa jemu untuk sebagai ikhtiar dalam perjalanan mendapatkan zuriat agar penantian untuk mendapat zuriat diperkenankan oleh Allah s.w.t.
Hubungi saya sekarang untuk dapatkan set kesuburan anda hari ini.

Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
ID No : 987151 


SMS/WhatsApp : 0164225314



fbfanpage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE



Instagram: shakleebangi_bynida

Kawasan COD: Bandar Baru Bangi-Bukit Mahkota-Impian Putra-Bandar Seri Putra


No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...