Cara Kira Waktu Subur Supaya Mudah Hamil

Cara kira waktu subur adalah penting terutamnya bagi pasangan yang baru berkahwin atau yang inginkan zuriat. Saya percaya ramai yang mahukan zuriat dengan cepat selepas berkahwin. dengan mengetahui cara kira waktu subur yang betul, ia akan memudahkan pasangan untuk membuat perancangan yang lebih baik bersama-sama denagn pasangan anda untuk mudahkan mengandung.

Terdapat pelbagai cara untuk mengira waktu subur, sebelum itu penting untuk kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan waktu subur.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WAKTU SUBUR?

Waktu subur adalah waktu atau tempoh tertentu telur anda akan disenyawakan dengan sperma atau telur itu akan mati.  Peluang untuk hamil bagi wanita yang berumur 20 hingga 30an adalah sebanyak 20% pada setiap waktu kitaran haid. 

Jadi, amat penting untuk setiap pasanagn mengetahui waktu subur untuk meningkatkan peluang untuk hamil. dan pada kebiasaannya tempoh ovulasi adalah diantara 12 hingga 24 jam. Namun, ada juga yang lebih pendek atau lebih panjang.


JANGKA HAYAT SPERMA

Jangka hayat sperma adalah dalam lingkungan 3 hingga 6 hari di dalam tubuh wanita. Jadi, walaupun anda telah melakukan hubungan kelamin beberapa hari sebelum waktu subuh, peluang untuk anda hamil adalah cerah.

Anda juga perlu tahu bahawa, hanya satu sperma sahaja yang diperlukan untuk melekat dan disenyawakan dengan telur anda bagi membolehkan anda mengandung. Dengan mengetahu waktu subur yang tepat, peluang untuk anda hamil adalah tinggi.


CARA KIRA WAKTU SUBUR

Untuk mengira waktu subur, penting untuk anda tahu bila tarikh pertama kitaran haid anda yang terakhir. Dan biasanya kitaran haid berlaku secara purata 20 hingga 45 hari.

Kitaran haid kebanyakan wanita ialah 28 hingga 30 hari. Jika anda salah seorang daripadanya cara mengira waktu subur adalah seperti di bawah:

1. Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana mana bulan dan kitaran haid anda
kebiasaannya selama 28 hari.

Jadi waktu subur anda ialah 12 haribulan sehingga 17 haribulan dan ovulasi adalah pada 15 haribulan. 

2. Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan dan kitaran haid anda kebiasaannya selama 30 hari.

Waktu subur anda ialah pada 14 haribulan sehingga 19 haribulan dan waktu ovulasi ialah pada 17 haribulan.

Dengan perhatikan cara waktu subur di atas yang mempunyai perbezaan sebanyak 2 hari, maka waktu subur anda juga berbeza sebanyak dua hari. Jadi, anda perlu menggunakan masa sebaiknya untuk bersama suami anda untuk meningkatkan peluang untuk hamil. Mudah tak untuk kira waktu subur?


KITARAN HAID YANG TERATUR DAN TIDAK TERATUR.

Perlu diingat, cara di atas ialah untuk kitaran haid yang teratur sahaja. Bagi yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dengan lebih lanjut.


CARA SENANG MENGIRA WAKTU SUBUR DENGAN KALKULATOR OVULASI 

Untuk mengira waktu subur yang tepat, anda juga boleh menggunakan kalkulator ovulasi. Anda boleh membuat carian di google dengan menaip "Ovulation Calender Tool".

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini akan dapat membantu anda semua  merancang dengan sebaiknya waktu subur dan berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Baca juga:



No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...