Cara Mengatasi Fibromyalgia Secara Berkesan Tanpa Ubat

Fibromyalgia adalah penyakit yang membuatkan pesakit yang mengalaminya rasaa sakit pada seluruh tubuh. Ia boleh jadi kekal lama atau datang sekejap sekejap dan hilang.

Fibromyalgia biasanya dialami oleh sesiapa sahaja, termasuklah kanak-kanak. Tetapi pesakit yang mengalami fibromyalgia umumnya berusia di antara 30 hingga 50 tahun. Disamping itu juga, kaum wanita lebih tinggi berpotensi untuk diserang fibromyalgia dibandingkan dengan golongan lelaki.

Walaupun tiada rawatan khas untuk menangani masalah ini, namun ia dapat diatasi dengan berkesan tanpa ubat.  


 GEJALA-GEJALA FIBROMYALGIA

Gejala utama pada penyakit ini adalah rasa sakit pada seluruh tubuh, contohnya rasa panas atau dicucuk-cucuk. Kadang-kadan pesakit akan mengalami gejala-gejala lain seperti:

  • sensitif terhadap rasa sakit
  • otot kaku/ kejang
  • sukar tidur dan keletihan. sakit kepala
  • stress
  • cemas
  • krem pada perut

Gejala setiap pesakit adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap tekanan yang dihadapi, aktiviti yang dilakukan, serta perubahan cuaca.

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


FAKTOR-FAKTOR FIBROMYALGIA

Walaupun faktor sebenar fibromyalgia tidak diketahui punca yang sebenar dan jelas, tetapi para pakar berpendapat ada beberapa faktor yan boleh menyebabkan keadaan ini iatu:

  • Umur. umur bagi pesakit yang mengalami fibromyalgia ialah dalam lingkungan 30-50 tahun
  • Jantina. Wanita lebih berisiko untuk mengalami fibromyalgia.
  • Genetik. Jika seseorang mengalami fibromyalgia, risiko ahli keluarga lain untuk mendapat penyakit yang sama adalah lebih tinggi.
  • Kimia dalam otak yang tidak seimbang seperti serotonin atau dopamin.
  • Penyakit yang berkaitan dengan sendi, otot dan tulang. Contonhya lupus, rhematoid arthritis atau osteoarthritis.

 RAWATAN UBAT-UBATAN

Disebabkan penyebab penyakit ini masih belum ditemui, tidak ada rawatan konvensional yang standard untuk fibromyalgia. Setiap pesakit seolah-olah bertindak balas secara berbeza dan doktor masih mencari kombinasi yang betul pendekatan untuk membantu pesakit yang mengalami fibromyalgia.. Hanya satu ubat, Pregabalin (Lyrica), telah diluluskan oleh FDA untuk rawatan fibromyalgia. Ubat yang paling kerap digunakan ialah ini:

  • Ubat Tahan sakit: ubat-ubatan seperti Tylenol (acetaminophen) dan bukan steroid-anti-inflamasi (NSAIDS) aspirin, Advil, Motrin (ibuprofen), dan Anaprox, Aleve (naproxen sodium) biasanya akan diberikan kepada pesakit.  Kebanyakan  ubat-ubatan ini tidak boleh digunakan untuk jangkamasa panjang. Ubat-ubatan ini hanya digunakan apabila benar-benar perlu sahaja.

  • Antistress: Penggunaan ubat-ubatan yang boleh membantu meningkatkan tahap serotonin dan norepinephrine dalam otak adalah disyorkan kerana neurotransmitter pesakit adalah rendah. Walaubagaimanapun, keberkesanan rawatan dengan memberikan ubat-ubatan serotonin adalah  sangat terhad.

CARA MENGATASI FIBROMYALGIA SECARA BERKESAN TANPA UBAT

Pelbagai kajian telah dilakukan dan didapati bahawa pengambilan vitamin dapat membantu mengurangkan stress atau tekanan. Kombinasi vitamin yang sangat sesuai diambil ialah B-Kompleks, Ostematrix, Omega Guard. 

B-Kompleks

Vitamin B-Kompleks turut dikenali sebagai vitamin anti-stress atau penenang semulajadi. Vitamin B-Kompleks amat disarankan bagi mereka yang terdedah kepada tekanan seperti pekerja dan peniaga.
Kesimpulannya, pesakit fibromyalgia mesti bijak mengawal stress untuk mengelakkan diserang gejala tersebut.

B-kompleks juga penting untuk mengawal mood untuk fungsi saraf yang lebih sihat, mengawal tidur, pengeluaran optimum serotin dan membantu menghasilkan rasa yang baik dalam tindakbalas kimia pada otak.


Ostematrix


Ostematrix shaklee dilengkapi dengan magnesium, kalsium dan juga vitamin d. Pengambilan ostematrix sebelum tidur boleh membantu menggalakkan tidur yang lebih berkualiti. Magnesium ialah sejenis mineral yang menenangkan  yang boleh menyuburkan sistem saraf dan membantu mencegah rasa bimbang, takut, resah dan juga kerengsaan. 


Omega Guard


Omega Guard shaklee kaya dengan omega tiga yang sangat baik untuk otak manusia. Kekurangan asid omega tiga akan menyebabkan kemurungan, keresahan dan juga kebimbangan yang melampau. Kajian mendapati, pengambilan omega guard selama 3 bulan secara konsisten dapat mengatasi masalah kemurungan yang dihadapi. 

Kesimpulannya, untuk mengawal fibromyalgia dari berulang seseorang itu hendaklah bijak mengawal tekanan yang dialami dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan sentiasa berfikiran positif.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pesakit yang mengalami fibromyalgia untuk terus berjuang melawan penyakit yang dialami.

Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut:


Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
ID No : 987151
SMS/WhatsApp : 0164225314

fbfanpage: santaivitamin


Instagram: shakleebangi_bynida

Kawasan COD: Bandar Baru Bangi-Bukit Mahkota-Impian Putra-Bandar Seri Putra

Pos seluruh Malaysia.
















No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...