Cara Hilangkan Ulser Mulut dengan Berkesan Supaya Tidak Berulang Lagi

Ulser dalam mulut amat pedih dan menyakitkan. bukan itu sahaja, ia juga boleh mengganggu aktiviti seharian kita. 

Ulser mulut ialah luka yang terjadi dalam rongga mulut. Ia kelihatan seperti tompokan putih, seakan nanah dan ada juga sedikit darah bergantung kepada saiz ulser. Ia sangat mengganggu jika terjadi pada seseorang, samada semasa bercakap, makan atau yang paling sakit sekali jika makan makanan yang pedas!

  
Tentu anda mahu tahu cara hilangkan ulser mulut dengan berkesan supaya tidak berulang lagi bukan?. Jom ikuti entri ini hingga habis.

PUNCA BERLAKU ULSER MULUT

  • Tersilap semasa memberus gigi, dan berus gigi terkena gusi atau mulut
  • Tergigit mulut atau terkena benda tajam yang melukakan mulut
  • stress
  • Kurang minum air dan cuaca yang panas
  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Alergi
  • Perubahan hormon dalam badan
  • Kekurangan zat makanan, vitamin B12, zat besi dan asid folik

CARA HILANGKAN ULSER MULUT

Banyak cara dan petua yang boleh hilangkan ulser mulut iaitu dengan:
  • Sapukan madu pada tempat yang terkena ulser tersebut.
  • Berkumur dengan air garam, tetapi kena tahan sikit sebab agak pedih sedikit
  • Jangan menyentuh bahagian yang terkena ulser tersebut, dikhuatiri lambat sembuh
  • Elakkan makan makanan yang pedas
  • Minum air kosong secukupnya untuk lancarkan peredaran darah

ULSER MULUT CEPAT SEMBUH DENGAN SET ULSER MULUT SHAKLEE
 

Selain mengamalkan petua dan tips diatas, cara lain yang boleh hilangkan ulser mulut dengan berkesan supaya tidak berulang lagi adalah dengan mengamalkan vitamin shaklee. 

Jom kita ikuti pengalaman Puan Wan Asiah yang kerap mengalami ulser sampai sakit badan suatu ketika dulu dan akhirnya dapat diatasi dengan pengambilan vitamin shaklee secara konsisten.





Assalamualaikum dan salam sejahtera


Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.
.
Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.

Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.


Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.
Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.
Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.
Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.

Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.


Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.


Set Ulser Shaklee yang telah diambil oleh Puan Wan Asiah sehingga bebas ulser ialah:

Energy Soy Protein (ESP)



Esp merupakan sumber protein dari tumbuhan (soya) yang palin senang diserap oleh badan berbanding protein dari haiwan. Esp berfungsi untuk menggantikan sel lama yang rosak kepada sel baru untuk pertumbuhan kulit yang lebih baik.

Vitamin C Sustained Release


Vitamin C yang kaya dengan antioksidan berfungsi untuk meningkatkan imun badan supaya dapat melawan virus dan bakteria yang membawa penyakit. Vitamin C juga berfungsi untuk baikkan luka dengan cepat dan dapat menghapuskan radikal bebas yang merosakkan dinding mukosa mulut bahagian dalam.

B Kompleks


Seseorang yang kekurangan zat besi dan vitamin B12 akan berisiko untuk mendapat ulser. Pengambilan B kompleks boleh mengurangakan risiko ulser dan juga dapat menghilangkan stress.

Jika anda mengalami ulser, usah berlengah lagi untuk dapatkan set ulser shaklee yang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan. Dan yang paling penting jangan biarkan kesakitan yang anda alami mengganggu kualiti hidup anda dan keluarga. Anda mampu mengubahnya.

Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif.

Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
ID No : 987151
SMS/WhatsApp : 0164225314

fbfanpage: santaivitamin


Instagram: shakleebangi_bynida

Kawasan COD: Bandar Baru Bangi-Bukit Mahkota-Impian Putra-Bandar Seri Putra

Pos seluruh Malaysia.










No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...