Kepentingan Landmark Study Kepada Pengamal Suplement

Anda memilih suplement atau makanan kesihatan berdasarkan apa?. Adakah kerana terpengaruh dengan iklan yang sangat menarik minat anda? Atau mengikut trend semasa?.

Dengan membaca label di belakang kotak suplement dan tiada bahan terlarang itu di kira selamat? Itu tidak cukup.

Sebenarnya, sebelum anda memilih untuk mengamalkan apa jenis suplement pun, anda harus pastikan suplement tersebut ada landmark study.


Apakah Landmark Study?

Landmark study ialah sebuah kajian unggul pertama yang mengkaji kesihatan dan risiko pengambilan makanan kesihatan dalam jangkamasa yang panjang. Dan keputusan kajian akan diterbitkan dalam jurnal nutrisi.


Shaklee satu-satunya syarikat yang ada landmark study. Kajian bukan dibuat bukan jangkamasa pendek, tapi mengambil masa selama 20 hingga 30 tahun. 

Kajian ini dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Universiti California, bukan pihak Shaklee jalankan. Jadi tiada isu berat sebelah atau bias. Jadi shaklee telah melantik pihak ke tiga untuk buat kajian ini yang diketuai oleh Dr. Gladys Block, orang yang bertanggungjawab buat piramid makanan.


Keputusan akan tetap di terbitkan walaupun keputusan tidak memihak kepada shaklee.

Risiko besar kepada shaklee jika keputusan tidak memihak kepada shaklee, makan bungkuslah syarikat shaklee.


Kajian di jalankan ke atas 3 kumpulan iaitu:
  • kumpulan pertama- tak ambil apa-apa suplemen
  • kumpulan kedua- ambil suplemen tapi selain suplemen shaklee
  • kumpulan ketiga- yang mengamalkan suplemen shaklee

Keputusan

1. Kumpulan shaklee mempunyai status micronutrient terbaik, maknanya paras nutrisi dalam darah tinggi.


Jadi ini menunjukkan bahawa shaklee sangat tinggi bioavalaible dan penyerapan yang efisyen.
Berbanding dengan suplement lain, tidak dapat diserap dengan efisyen.

2. Kumpulan shaklee mempunyai risiko kesihatan yang rendah. Homocysteine shaklee hanya 6.1 kalau bacaan yang tinggi ialah 15. Homocysteine yang rendah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Carta kedua, triglycerides maknanya kandungan lemak. Pengguna shaklee yang mengambil lecithin membantu mengemulsi lemak dalam darah dan mengurangkan penyakit kolestrol.

Carta yang ketiga HDL- kolestrol baik. Purata pengguna shaklee mempunyai HDL yang tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil suplemen. 

Carta yang keempat-  C-reactive protein yang rendah. C-reactive protein ini berkaitan dengan kerosakan dengan kerosakkan organ. Sekiranya C-reactive yang tinggi menunjukkan badan kita sedang alami penuaan. C-reactive ini akan merosakkan badan kita. 


3. Keputusan yang ke 3, kes penyakit yang sangat rendah. pengguna shaklee menunjukkan peratus yang sedikit berisiko untuk mendapat penyakit diabetis, strok, masalah jantung.


Kumpulan pengguna shaklee merasakan mereka lebih sihat, bertenaga muda positif berbanding dengan mereka tang tidak mengambil suplemen atau mengambil suplemen lain.

Jadi, anda haruslah memilih makanan kesihatan yang telah menjalankan landmark study untuk memastikan makanan kesihatan yang anda ambil betul-betul selamat supaya tidak memudharatkan kesihatan. Dengan mengambil makanan kesihatan yang tidak terbukti selamat, hanya melihat kepada testimoni pengguna semata-mata adalah tidak cukup membuktikan ia selamat.

Sanggupkah anda mempertaruhkan nyawa sendiri, dengan mengamalkan bahan-bahan yang berbahaya? tentu tidak bukan.?

Jadi buatlah pilihan yang bijak kerana keputusan berada di tangan anda. Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan di luar sana yang akhirnya memudharatkan diri anda sendiri.
Apa yang kita makan sekarang adalah insurans untuk diri kita pada masa akan datang. 

Jangan kita tua sebelum waktunya.





No comments:

Post a Comment

Cara Atasi Sakit Lutut dan Selalu Letih dengan Berkesan

Masalah obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan banyak mengundang pelbagai masalah kesihatan. Satu kajian yang dijalankan oleh...