7 Punca Nafas Pendek Yang Wajib Kita Ketahui

Nafas pendek atau shortness of breath merupakan keadaan di mana seseorang itu merasakan tidak cukup nafas yang disebabkan pelbagai faktor. Biasanya mereka yang mengalami nafas pendek di kaitkan dengan masalah jantung, anemia dan juga asma. Gejalanya ini cukup mengganggu aktiviti harian seseorang individu.

Dengan mengetahui punca nafas pendek kita dapat mengatasinya dengan beberapa cara yang boleh membantu.

7 PUNCA TERJADINYA NAFAS PENDEK.

Nafas pendek yang terjadi secara tiba-tiba kerana adanya serangan panik, masalah berkaitan jantung, atau paru-paru. Ini adalah kerana paru-paru dan jantung merupakan organ yang berfungsi untuk  melepaskan karbon doksida untuk menyalurkan oksigen keseluruh tubuh. Sebab itulah jika keua-duanya ada masalah, ia akan mengganggu kelancaran nafas seseorang. 

1. Ganggguan Jantung
Masalah gangguan pada jantung akan menyebabkan nafas menjadi pendek. Untuk lebih jelas lagi samada ia berpunca dari masalah jantung kita boleh melihat kepada tanda-tanda seperti:
  • Penyebab nafas pendek akibat gangguan jantung biasanya turut disetai hilang selera akan, seseorang itu akan rasa mual dan juga mengalami muntah-muntah.
  • Kemudian, pesakit akan mengalami kesakitan pada anggota tubuh iaitu pada dada, tangan, punggung dan kaki.
  • Seterusnya, pesakit akan mengalami batuk-batuk dan ada juga keluar cecair seperti darah ketika meludah.
  •  Dengan melakukan pergerakan atau aktiviti yang ringan, pesakit akan mudah berasa letih.
  •  Dengupan jantung yang tidak normal juga akan membuatkan pesakit tidak nyenyak semasa tidur dan sering tersedar di waktu malam.
2. Gastrik
Penyebab nafas pendek juga berkaitan dengan sistem pencernaan. Hal ini adalah kerana pesakit tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, banyak mengambil makanan pedas dan masam.

Gastrik akan mempengaruhi fungsi paru-paru apabila jumlahnya tidak normal. Secara tidak langsung akan meyebabkan nafas menjadi pendek.

3. Melakukan Aktiviti Berat
Melakukan aktiviti atau kerja berat juga boleh menyebabkan nafas menjadi pendek. Hal ini adalah kerana aktiviti berat memerlukan bekalan oksigen yang banyak. Semakin kuat menggunakan tenaga, semakin banyak oksigen diperlukan.

4. Anemia
Bagi mereka yang mengalami  anemia, nafas pendek adalah sesuatu gejala yang sering berlaku. 
Pengidap juga akan selalu pening, letih, dan kelihatan pucat. Anemia dikaitkan dengan kekurangan sel darah merah di mana berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Apabila sel darah tidak mencukupi, maka pengidap akan mengalami tidak cukup nafas atau nafas pendek.  

5. Asma 
Nafas pendek juga turut berlaku kepada pengidap asma. Pengidap asma berasa nafas menjadi berat. Penyakit asma berlaku disebabkan oleh radang pada salur pernafasan. Penyebab asma biasanya disebabkan oleh alergi kepada makanan yang sejuk seperti rambutan, debu, bulu haiwan dan sebagainya

.6.Tercekik 
Leher yang tercekik akan menyebabkan oksigen susah untuk masuk ke paru-paru sehingga menyebabkan nafas pendek. 

7.  Stress
 Stress atau panik yang berlebihan akan membuatkan seseorang menjadi murung.
Ia juga akan mengganggu sistem pernafasan dan turut mengganggu sistem pertahan tubuh seseorang.

GEJALA NAFAS PENDEK
  • Susah untuk bernafas. Ia berlaku apabila oksigen tidak masuk keparu-paru dengan baik atau sepenuhnya yang akan menyebabkan oksigen tidak dialirkan dengan baik sehingga mengganggu jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ia kan menyebabkan susah untuk bernafas dan nafas menjadi pendek dan berat, sesak nafas.
  • Kejang. Susah untuk bernafas akan menyebabkan tubuh kejang. Walaupun ia tidak sekejang mengalami epilapsi namun ia dapat dirasakan dengan mudah oleh pesakit nafas pendek.
  •  Denyutan nadi menjadi cepat. Jantung akan berdenyut cepat apabila sesak nafas. 
  • Tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi boleh membuatkan nafas menjadi pendek dan berat.  Ia berlaku kerana tekanan di dalam tubuh tidak stabil sehingga jantung agak susah menyesuaikannya.
 CARA MENGATASI NAFAS PENDEK

 Antara cara yang boleh dilakukan apabila seseorang mengalami nafas pendek ialah:

1. Bantuan Oksigen
Jika terjadi sesak nafas yang berpanjagan, cara yang terbaik iuntuk menanganinya ialah memberikan bantuan oksigen ke dalam tubuh terutamnya paru-paru. Hal ini adalah kerana paru-paru sangat memerlukan oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik. 

2. Minum Air dengan Secukupnya.
Air yang cukup penting untuk melancarkan aliran oksigen ke seluruh tubuh dan mengelakkan dehidrasi.
  3. Mengambil Diet yang Seimbang
Pengambilan makanan yang kaya dengan omega-3, makanan yang mengandungi protein dan serat amat diperlukan untuk kesihatan tubuh dan juga orga dalaman terutamanya jantung.  Dengan mengamalkan diet yang seimbang, tubuh akan lebih sihat dan nafas pun terjaga dengan baik.

4. Terapi Senaman Paru-paru.
Anda juga boleh melakukan latihan pernafasan setiap hari sekurang-kurangnya 10-15 minit untuk menguatkan paru-paru anda. caranya tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan biarkan perut bergerak untuk mengeluarkannya. dengan cara ini  paru-paru dapat berkembang dengan baik. 
  5. Hirup Udara Segar
Dengan menghirup uadara segar akan membantu oksigen yang bersih masuk ke dalam tubuh.  Seeloknya sekali sekali anda perlu ke tempat yang berudara nyaman seperti kawasan reakrasi dan pantai yang jauh dari kesibukan kota dan pencemaran udara.

ATASI DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Vitamin memainkan peranan penting untuk menyihatkan badan. Anatar vitamin yang dapat mengatasi masalah nafas pendek ialah:

B Kompleks
B kompleks harus diambil setiap hari. Ia dilengkapi dengan 8 jenis vitamin B penting untuk membantu mengawal sistem saraf supaya lebih tenang. 

Asid folik dan vitamin B12 yang penting untuk menyokong kesihatan jantung, yang penting jika anda mengalami keresahan atau serangan yang menekankan jantung.

Vitamin B1 adalah penting untuk mengawal gula dalam darah yang mempunyai kesan besar kepada keresahan.

Vitamin B3 terlibat dalam banyak proses enzim dan memainkan peranan penting dalam sintesis serotonin.

OMEGA GUARD

Lemak omega-3 didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia berperanan penting dalam mengawal dengupan jantung dan kesihatan jantung lebih stabil.

OSTEMATRIX

Kombinasi suplemen magnesium dan kalsium perlu diambil setiap hari. Shaklee ostematrix iaitu gabungan magnesium dan kalsium yang seimbang untuk kesihatan kita. Ia menenangkan yang menyuburkan sistem saraf dan membantu mencegah kebimbangan, ketakutan, keresahan dan cepat marah.

Ia juga penting untuk perlindungan jantung dan arteri . Pemgambilan ostematrix sebelum tidur mampu membantu dapatkan tidur yang lebih baik.

VITALEA
 
Vitalea difomulasikan dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ia adalah multivitamin berserta iron sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.

Zat besi atau iron  adalah nutrien penting untuk badan manusia. Iron memainkan peranan penting untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke tisu.

Ia bergabung dengan oksigen di dalam paru paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukannya. iron digunakan dalam pembentukan homoglobin. Jadi kekurangan iron boleh menyebabkan nafas pendek.

Jadi dengan pengambilan vitamin yang betul akan dapat mengatasi masalah nafas pendek yang anda alami untuk menjalankan kehidupan yang lebih berkualiti.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.



Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.


Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
ID No : 987151
SMS/WhatsApp : www.wasap.my/60164225314

fbfanpage: santaivitamin

Instagram: shakleebangi_bynida
Kawasan COD: Bandar Baru Bangi-Bukit Mahkota-Impian Putra-Bandar Seri Putra
Pos seluruh Malaysia. 

 
 





No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...