Sebab-sebab Kenapa Perlu Mencuci Baju Bayi yang Baru Dibeli

Tak sabar untuk pakaikan baju baru untuk bayi anda?. Nanti dulu. Seharusnya anda perlu membasuh baju-baju tersebut  sebelum dirasmikan pada bayi kesayangan anda. Namun kita tertanya-tanya perlu ke basuh ia terlebih dahulu kerana nampak bersih je. Baru beli kot. Bau pun harum.

Ada pihak yang mengganggap ia suatu perkara yang melecehkan. Anda harus tukar tabiat buang label dan terus pakaikan pada bayi anda dengan membasuhkan terlebih dahulu. Sanggup anda menjadikan bayi anda sebagai taruhan dek tabiaat anda itu? tentu sekali tidak bukan?

 


Sebab-sebab Perlu Basuh Baju Baru Sebelum Di Pakai

Anda perlu pertimbangkan sebab-sebab di bawah ini sebelum "sayang" bau baru yang masih melekat pada baju dan kelihatan baru itu.

1. Bayi Mempunyai Kulit Yang Amat Sensitif.
Tahukah anda kulit bayi amat sensitif dan halus berkali ganda berbanding orang dewasa?Malah ada sesetengah bayi yang lebih sensitif dari bayi biasa yang mudah terkena masalah kulit seperti ruam, ekzema dan alergi. Bila ia menyerang, memakan masa untuk pulih kembali.

2. Ia Melalui Banyak Proses Kimia
Sudah tentulah sehelai baju berasal daripada sepintal benang, kemudian dijadikan kain, pewarnaa, pemotongan, penjahitan hinggalah kepada proses akhir untuk dijadikan baju. ia melalui proses yang sangat panjanng sebelum ia sampai ke tangan anda. 

Ia mengandungi bahan sebatian kimia yang digunakan hasil campuran pewarna, bahan anti-kedutan dan bahan anti-kulat. antara bahan yang biasa digunakan ialah formaldehyde. penggunaanya yang berlebihan akan menyebabkan keradangan dan lebih malang boleh menyebabkan kanser.

3. Pendedahan Kepada Kuman
Sebelum anda membeli pakaian tersebut, sebenarnya ia telah pun disentuh oleh pelanggan lain yang lebih awal daripada anda.

 Kajian dijalankan oleh Profesor Donald Besito, Seorang Dermatologi dari Universiti Medical Centre Colombia, menjumpai banyak kuman dan bakteria pada sampel baju baru di kedai-kedai. walaupun kebanyakan baju bayi tidak dicuba sebelum dibeli, kuman dipindahkan melalui sentuhan keatas baju-baju tersebut.


Tips Mencuci Baju Bayi

Ketahui tips-tips yang dapat membantu ibu-ibu untuk mencuci baju bayi iaitu:

  • Semasa memilih pakaian yang hendak dibeli, minta stok yang masih dalam lipatan atau yang belum dicuba. Pakaian yang digantung adalah yang paling banyak disentuh dan dicuba oleh pelanggan.
  • Perhatikan label pada pakaian untuk cara mencuci yang paling sesuai.
  •  Jika mahu gunakan pelembut fabric, pilih yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi.


Basuh Baju Bayi dengan Get Clean Laundry

Ya, shaklee juga ada mengeluarkan sabun yang berasaskan bahan semulajadi yang mesra bayi iaitu get clean laundry. ibu-ibu mesti mahukan yang terbaik untuk bayi anda dan tidak mahu kulit halus dan mulus bayi dirosakkan dengan sabun pencuci biasa.


Perbezaan Shaklee dengan Jenama Lain di Pasaran.
  • Selamat. Ia selamat tanpa bahan kimia merbahaya dan klorin. Sesuai dengan semua jenis fabric yang boleh di basuh.
  • Berkesan. Kepekatan yang tinggi. 1 oz memadai untuk cucian muatan sederhana. Ia boleh digunakan pada semua jenis suhu samada air sejuk atau air panas.
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebih berseri dan tidak memudahkan warna pakaian anda.
  • Mesra alam. Ia diperbuat dari bahan semualajdi yang mesra alam. Tanpa fosfat, borat dan nitrat. Tanpa bahan pewarna. Selamat untuk sistem pembentungan.

Sabun basuh pakaian bayi sebeginilah yang kita idamkan untuk bayi kita kan, setuju kan ibu-ibu?. Rumusan bahan-bahan semulajadi di dalam sabun basuh shaklee bukan sahaja dapat membersihkan pakaian dengan baik tetapi ia sama sekali tidak memudharatkan bumi. Kita boleh terus mencuci pakaian dengan terus menikmati angin nyaman dan segar di bumi ini.

Ingat ya, basuh dahulu baju yang baru dibeli sebelum disarungkan pada badan bayi anda. Walaupun ia tidak pernah memudharatkan bayi anda sebelum ini tapi tak salahkan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga?


INGIN PENJIMATAN HINGGA 15-20% JAUH LEBIH MURAH DARI HARGA BIASA?. HUBUNGI SAYA SEKARANG!

KLIK DI SINI UNTUK PENJIMATAN BERGANDA


PENGEDAR SAH SHAKLEE TAMAN IMPIAN PUTRA/ BANDAR SERI PUTRA/ BUKIT

MAHKOTA/ BANGI LAMA/ UKM/ BANGI AVENUE

Wakil Pengedar Shaklee Anda:

Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 987151 ]






No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...