Nak cantik?. Jangan Abaikan 6 Perkara Ini Sebelum Tidur.

"Beautiful skin requires commitments, not a miracle"

Ya, siapa tidak inginkan berkulit cantik dan gebu bukan? Tapi tahap mana komitmen anda untuk mendapatkan kulit dan kekalkan ia sentiasa cantik?. Sebenarnya, kecantikan mencerminkan sikap kita sendiri samada kita peka atau tidak tentang kebersihan dan kesihatan tubuh badan kita.


 Menjaga kecantikan bukan sahaja bermula seawal bangun dari tidur, tetapi ia bermula sebelum kita tidur lagi. Sebab itulah kita disarankan supaya tidur dalam keadaan bersih. Bukan sahaja tidur bakal ditemani mimpi indah, tetapi kulit anda juga bakal beradu dengan sempurna!

 


6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Tidur
1. Gosok Gigi.


Perkara pertama yang anda perlu pastikan sebelum menarik selimut ialah gosok gigi. Ya, gosok gigi sebelum tidur. Membersihkan gigi sebelum tidur bukan hanya untuk memelihara kesihatan gigi dan gusi anda, tetapi ia juga untuk kecantikan. Kan lebih cantik dan macho apabila anda tersenyum manis dengan barisan gigi yang putih dan bersih. Ia bakal menambah kecantikan yang sedia ada pada diri anda.


2. Membersihakan Sisa Makeup di Wajah


Tahukah anda, tidur dengan kesan make up yang tidak dibersihkan akan mempercepatkan proses penuaan sehingga 7 kali lebih cepat?. Ini adalah kerana semasa tidur, kulit akan melalui proses pergantian sel-sel baru dan tentulah memerlukan kulit bernafas dengan baik. Tambahan lagi, jika make up tidak dibersihkan dengan baik, bimbang akan menyumbat pori-pori kulit dan menyebabkan masalah kulit lain seperti jerawat, blackheads dan whiteheads. Ia sekaligus akan memburukkan penampilan anda.

3. Beri Kulit Nutrisi yang Secukupnya.


Sebaiknya, selepas membersihkan make up di wajah, anda sapukan krim malam. Kulit akan melalui proses pemulihan setelah terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat, proses oksidatif disebabkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit dan kulit akan hilang kekenyalan dan elastic. Jadi waktu malam ialah waktu yang terbaik untuk kulit menyerap segala nutrient dari krim malam. Ia bukan sahaja boleh menyuburkan kulit, malah membaiki kerosakan kulit juga.

4. Mengikat Rambut


Ya,  jika anda memiliki rambut yang panjang, sebaiknya ikat rambut sebelum tidur supaya tidak terkena wajah anda. Ini adalah kerana rambut mengandungi banyak minyak dan kotoran yang boleh melekat pada wajah anda. Apabila kotoran dipindahkan pada wajah anda, kemungkinan untuk mendapat masalah kulit adalah tinggi.     

5. Gunakan Bantal yang Empuk dan Gebu


Pemilihan bantal juga perlu dititik beratkan untuk membantu mendapat tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti akan mempengaruhi kesegaran badan pada keesokan harinya.

6. Pastikan Tidur Anda Cukup


Beauty sleep! ya tentu anda pernah dengar. anda mungkin perasan, apabila anda tidak tidur secukupnya ia akan terpamer pada wajah anda. Eye-bag, kulit yang letih dan hilang seri pada wajah. 
kurang tidur menyebabkan salur darah membesar, menyebabkan lingkaran hitam pada bawah mata, kata pakar dermatologi Sonia Badreshia Bansal, MD, dari Universiti California, San Francisco.

Jangan pernah abaikan 6 perkara ini sebelum tidur dan jadikan ia sebagai rutih harian anda!
Jom beauty sleep!

No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...