Masalah Tapak Tangan Berpeluh dan Tips Mengatasinya

Tapak tangan kerap berpeluh boleh mengundang rasa malu dan rendah diri kepada sesiapa yang mengalaminya. Apatah lagi jika bersalaman dengan orang lain, pasti turut menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain.

Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dengan berasa tidak selesa, rendah diri dan hilang keyakinan diri terutamanya semasa berhadapan dengan orang sekeliling.

Bukan itu sahaja, cuba bayangkan pengguli roti atau kuih muih dengan tangan sebegini, agak-agak ada yang nak beli ke tak?.

Selain faktor rendah diri, faktor kebersihan juga perlu dititikberatkan.


Punca Tapak Tangan Berpeluh

Tapak tangan berpeluh sebenarnya berpunca apabila seseorang itu sedang dilanda gemuruh, panik, gementar, teruja mahupun sedang stress. Ia disebabkan oleh kelenjar peluh amat aktif pada 3 bahagian anggota badan iaitu, tangan, dahi dan juga kaki. ia amat berkait rapat dengan sistem gemuruh yang akan mengeluarkan peluh ketika menghadapi tekanan.

Ada individu yang sejak dari lahir mengalami masalah ini dan ada juga terjadi semasa meningkat remaja. Ia dikenali sebagai palmar hyperhidrosis. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating gejala ini boleh dirawat, tetapi ada yang terpaksa menghadapinya sepanjang hidup.


Antara kemungkinan penyebab penyakit ini
  • Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru dan tekanan/stress
  • dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif
  • alahan
  • gangguan emosi
  • faktor genetik

Tips Mengatasi 

Terdapat beberapa tips yang boleh diaplikasikan untuk mengurangkan rasa tapak tangan berpeluh dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri iaitu:

Basuh tangan sekerap mungkin. Terutamanya ketika anda mahu menghidangkan makanan. Basuh sebersih-bersihnya tangan anda dengan sabun dan lap dengan kain bersih. Hal ini adalah kerana peluh anda tidak kering, tapi langkah kebersihan hendaklah terus dijaga dengan sebaiknya.

Gunakan tisu lembap. Penggunaan tisu lembab juga sangat membantu untuk melembutkan tangan anda. Ia amat membantu ketika anda ingin bersalaman dengan seseorang

Guna hand sanitizer. Elakkan menggunakan losyen berasaskan gel petroleum kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

Amalkan minum air kosong. Peluh akan keluar dengan banyak di saat badan anda panas. Jadi untuk turunkan suhu badan, minum air kosong dengan secukupnya.


Atasi Tangan Berpeluh Dengan Vitamin Shaklee

Berikhtiar dengan vitamin shaklee merupakan langkah yang bijak untuk mengurangkan masalah ini:

B Compleks


Semua vitamin B, B12, B6, B5 dan asid folik boleh membantu mengurangkan peluh. Vitamin B boleh mengurangkan peluh kerana membantu badan menyingkirkan sisa toksin darah dan dibuang melalui air kencing. 

Badan yang mengandungi toksin yang tinggi cenderung untuk berpeluh dengan banyak kerana badan akan membuang toksin melalui kulit.

Apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik, badan akan kurang berpeluh

Minum air, makan makanan yang sihat dan mengambil vitamin B boleh mengurangkan beban toksin kepada sistem.


Vitamin C Sustained Release 500mg


Vitamin C boleh membantu meningkatkan sistem imun badan seseorang menjadikan badan lebih kuat untuk menentang angkitan dan juga virus.

Vitamin C juga membanu detoksfikasi badan. apabila toksin dapat dikumuhkan, badan akan kurang berpeluh.


Ostematrix

Kalsium dengan magnesium dapat mengurangkan berpeluh.

Kekurangan magnesium dalam diet seharian boleh menyebabkan bau badan dan berpeluh.

Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama untuk kesan yang optimum.


Jika anda  mengalami masalah di atas, segeralah untuk menanganinya supaya dapat meningkatkan kembali keyakinan diri dan hidup lebih selesa seperti orang lain juga.

Ingin PENJIMATAN BERGANDA 15-20%, jom mulakan langkah yang bijak dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Anda boleh MENDAFTAR DI SINI

PENGEDAR SAH SHAKLEE TAMAN IMPIAN PUTRA/ BANDAR SERI PUTRA/ BUKIT MAHKOTA/ BANGI LAMA./ BANGI AVENUE
Wakil Pengedar Shaklee Anda:
Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 987151 ]
♥ SMS/WhatsApp : 0164225314
♥ fbfanpage: santaivitamin
♥ Instagram: shakleebangi_bynida







No comments:

Post a Comment

kanser hati