Tips Supaya Berbelanja dengan Bijak

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kita telah berada di penghujung tahun 2016, sikit masa lagi kita bakal masuk tahun 2017. Bahang ekonomi dah terasa.Dengan nilai matawang ringgit yang jatuh dan semakin jatuh, harga barang pula semakin rancak naik, apa persediaan kita menghadapi tahun yang penuh cabaran?

Perkembangan ekonomi pada tahun 2016, harga barang makin meningkat, pengambilan pekerja dikurangkan, atau pekerja yang lama/bergaji tinggi dikurangkan atau syarikat-syarikat besar berpindah operasi ke negara-negara lain. itu hanya sebahagian sahaja, banyak lagi kesan yang negatif telah ditanggung oleh rakyat di negara ini. Dan ia memang sangat menyesakkan dada-dada kita semua.

 Oleh sebab itulah kita mesti membuat perancangan yang rapi berkaitan kewangan. 

Dari segi harga barangan yang semakin mahal, kita tiada kuasa untuk mengawal keadaan harga, tapi kita dapat ubah dari segi perbelanjaan kita. kalau harga barang murah pun kita gagal berjimat itu bukan salah harga barang, tapi salah diri sendiri.



TIPS-TIPS BERBELANJA DENGAN BIJAK

Antara tips-tips yang dapat kita praktikkan untuk membantu setiap sen wang yang dapat dibelanjakan dengan bijak ialah:


1) Tetapkan Matlamat
Matlamat adalah sesuatu yang sangat penting untuk merancang perbelanjaan. Contonhya berbelanja secara jimat untuk melunaskan hutang-hutang yang ada dengan cepat. Jadi disini kita dapat realisasikan matlamat kita dengan berbelanja ikut keperluan sahaja. Barulah kita dapat mencapai matlamat kita dengan cepat dan berjaya.


2) Senaraikan Perbelanjaan Untuk Sebulan
Membuat senarai perbelanjaan untuk sebulan dapat memudahkan kita pastikan supaya tiada pembaziran berlaku, berbelanja untuk perluan sahaja dan bukan kehendak. Tambahan lagi apabila membuat senarai perbelanjaan kita dapat lihat dan rancang perbelanjaan dengan lebih baik lagi.

Elakkan daripada menukar barangan kehendak menjadi keperluan kerana ia akan menggugat perbelanjaan kita.


3) Selesaikan Hutang Dahulu
Apabila anda terima gaji, adalah digalakkan supaya mengasingkan perbelanjaan hutang dan liabiliti lain terlebih dahulu. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan hutang dan bil-bil tertunggak. Jika anda gagal berbuat sedemikian, ia akan menjejaskan komitmen anda jika berurusan dengan pihak yang ketiga. Apabila ia telah selesai, baru membuat perancangan untuk lain-lain pula.


4) Beri Duit Kepada Ibu Bapa
Jika hutang bank, kad kredit dan bil-bil adalah penolakan yang wajib untuk setiap bulan, jangan lupa untuk masukkan ibu bapa ke dalam senarai penolakan wajib anda setiap bulan. 

Sedekah merupakan salah satu cara untuk menyuburkan harta, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa sendiri. Jadi jangan lupa hulur-hulurkan kepada ibu bapa anda. Insyaalah berkat wang anda dengan mengembirakan hati kedua ibu bapa.


5) Menabung
Agak susah untuk konsisten. Mula-mula memang kena paksa. Dan percayalah, lama-kelamaan ia kan jadi tabiat semulajadi. Tiada siapa yang boleh membaca masa depan, masa sempit. Jadi jika ada duit tabungan insyaallah ia sangat membantu di kala kita sempit.


6) Pendapatan Sampingan
Dengan kemajuan teknologi masa kini, anda tidak perlu berpanas berhujan, tidak perlu mengetuk pintu rumah orang  untuk membuat pendapatan sampingan. Semua di hujug jari. Untuk permulaan anda boleh menyertai dropship atau perniagaan tanpa modal. Ia sangat membantu untuk melatih anda sebelum mengeluarkan modal sendiri.


Jadi inilah serba sedikit tips-tips jimat cermat supaya dapat berbelanja dengan bijak yang dapat saya kongsikan kali ini. Semoga ia bermanfaat bagi anda yang masih tercari-cari tips untuk berbelanja dengan bijak. Ingat, semua bermula dari diri anda sendiri, bukan orang lain.


No comments:

Post a Comment

kanser hati