Telefon Bimbit Idaman Untuk Bisness Online

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah menjadi trend sekarang online bisness yang makin popular di negara kita. Dari order pakaian, hanbag, makanan hinggalah barang dapur pun dah boleh didapati melalui online dengan mudah. 

Dalam pada itu, makin ramai pula yang tak nak lepaskan peluang untuk buat dua kerja demi menyahut seruan kerajaan. makan gaji, makan gajilah. Tapi tak senang duduk dengan keadaan ekonomi sekarang. Masing-masing mahu menambah sumber pendapatan selain pendapatan yang hakiki.

Yang paling popular ialah dengan memasarkan barangan melalui facebook, instagram. Masalah permintaan yang terlampau tinggi menyebabkan mesej masuk bertalu-talu yang boleh menyebabkan telefon hang. Dan ini perlu kepada pemilihan telefon pintar yang sesuai untuk berbisness.

Dengan itu mama konsikan telefon pintar yang menjadi idaman untuk melancarkan perjalanan bisness. Mama memilih untuk telefon pintar yang dilengkapi sistem android kerana sistem ini ada bermacam-macam aplikasi yang sangat membantu untuk bisness. Tambahan lagi ia adalah lebih murah berbanding telefon pintar jenama apple.


TELEFON PINTAR YANG MENJADI PILIHAN



Mama dan suami memang pengguna tegar telefon pintar yang berjenama samsung kerana mudah untuk dikendalikan dan tak banyak buat masalah berbanding jenama lain. Dan telefon yang menjadi impian tentulah SAMSUNG GALAXY NOTE 7. Ia adalah model yang eksklusif yang telah dilancarkan oleh samsung pada bulan Ogos 2016.


CIRI-CIRI TERBARU 

Kenapa samsung galaxy note 7 ini menjadi idaman?. Ia adalah kerana ciri-ciri istimewa yang ada pada model ini. Iaitu:

1. Ruang penyimpanan yang lebih besar iaitu 64GB.
2. Model galaxy pertama KALIS AIR (IP68 rating).
3. Telefon pertama yang guna GORILLA GLASS 5 (Kekuatan kaca lebih kuat jika terhempas ke lantai walaupun pada ketinggian 5 kaki diatas permukaan yang keras dan kasar.)
4. Model pertama yang direka port USB-C
5. Dilengkapi dengan Iris Scanner (mampu membaca iris mata anda. ini penting untuk tujuan keselamatan).
Teruja bukan. Jadi ia sangat memudahkan kerja-kerja bisness dengan lebih efisyen.


HARGA

Dengan sistem semuanya yang terkini dan baru agak-agak berapa ya harganya?. tak mahal, cuma RM 3319 - 3419 sahaja harga di Malaysia. Fuh, nampaknya mama kena kerja keras lagi demi mencapai telefon pintar impian mama ni. Err atau ada tangan yang ingin memberi dengan ikhlas mama sudi tadahkan. cewaahhh. Bertuahla kan. hi8

Bagaimana pula dengan telefon pintar impian korang semua?. Mesti lagi bes kan. Jom share.


No comments:

Post a Comment

kanser hati