Impian 2017 Tercapai

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah, tahun 2017 telah dilalui dengan penuh cemerlang! Syukur kehadrat Allah kerana apa yang saya impikan pada tahun 2017 telah tercapai. TAHNIAH PADA DIRI SENDIRI!. Tiada yang mustahil sebenarnya. Kun Fayakun. Allah izin jadilah.

 
IMPIAN YANG TELAH TERCAPAI

Normal lah, selalunya apabila nak masuk tahun baru kita pasang impian bukan? Begitu juga saya. Banyak impian yang telah saya senarai penghujung tahun 2016 untuk saya capai pada 2017 telah tercapai. Antaranya ialah:

Hadiahkan Bonda RM1000.00 sebulan.
Walaupun target timing saya lari sedikit tapi Alhamdulillah, akhirnya tercapai. Yang paling menggembirakan apabila dapat tunaikan hajat saya untuk hadiahkan bonda RM1000.00 setiap bulan. Allahuakhbar. Tiada apa yang membahagiakan seorang anak apabila dapat menggembirakan hati ibu kan. Kerja keras saya selama ini akhirnya terbayar! Syukur Ya Allah.

Naik Rank Supervisor
Alhamdulillah! Saya dapat naik rank supervisor pada Mac yang lalu. Berkat doa semua dan usaha alhamdulillah, jalan kejayaan saya dipermudahkan. Ya tak mudah dan ia adalah hasil sokongan semua yang tak putus putus berikan sokongan dan galakan. Terimakasih tak terhingga kepada suami dan anak-anak yang selalu ada dan redho apabila diheret ke majllis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh shaklee. Tak lupa juga kepada bonda dan apak yang tersayang, guru saya yang sangat hebat! tak jemu doakan dan tunjuk jalan, juga pada sideline, korang memang awesome!!

Beli Kereta Idaman
Alhamdulillah. Impian untuk memiliki kereta idaman telah tercapai pada MEI 2017. Subhanallah. Sebenarnya hari-hari saya cakap pada suami saya akan hadiahkan dia kereta idaman pada MEI 2017. Dan ia menjadi kenyataan!. Plan kami dah lama, tapi kita perlu ingat, Allah adalah perancang yang paling baik. Walaupun sedikit lambat tetapi ianya sangat awesome bila dapat gembirakan hati suami. Alhamdulillah.


Bebas Hutang
Hidup dalam bebanan hutang tidak tenang. Seperti yang lain saya juga turut dibebani dengan hutang pinjaman semasa pelajar iaitu ptptn. Ptptn saya menjangkau hampir rm90,000.00. Orang kata lepas belajar boleh beli kereta secara cash. Dan sebenarnya ia sangat menghantui saya, beberapa kali saya telah dibekukan untuk membuat pinjaman akibat pembayaran ptptn yang tertunggak. Dan salah satu matlamat saya join shaklee adalah unutk langsaikan hutang ptptn. Alhamdulillah, kini semakin susut hutang saya dan saya target bebas hutang ptptn penghujung tahun ni.

Rumah Idaman
Setiap kali lewati kawasan perumahan yang saya tinggal sekarang mesti saya beritahu puteri sulung saya, "kakak inilah rumah kita. nanti kita duduk sini tau". Dan puteri saya bersorak gembira. Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa saya. Kami dapat memiliki rumah ini pada JUN 2017. Ia besar dan selesa. Senanglah keluarga nak datang bertandang. Anak-anak pun suka sebab rumah kami ni ada laman untuk bermain. Tidak terhad dalam rumah sahaja. Terharu apabila satu demi satu impian saya dapat dilaksanakan.


Umrah Ziarah
Akhirnya tercapai hajat nak berkunjung ke Baitullah bersama bonda, suami dan anak-anak. Allah telah jemput kami ke Baitullah pada Ogos lepas. Perasaan pertama kali jejakkan kaki di Mekah?. Tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah syukur Ya ALLAH. Hadiah saya untuk bonda, suami dan anak-anak. Moga Allah satukan kami di syurga kelak. Amin

Jika dihitung memang tidak terhitung nikmat yang telah Allah berikan sepanjang hidup, lebih-lebih lagi sepanjang tahun ini. Bila saya tulis satu persatu impian saya penghujung tahun lepas ada juga bisikan kecil, ish boleh ke ni?. Tapi saya tak hiraukan. Rasa tak yakin memang ada tapi kun fayakun. ALLAH KATA JADI, JADILAH.

macamana saya dapat capai semua ni?
senang ja. Nak tahu boleh wasap saya ok.

Saya sangat terharu dan gembira apabila Allah makbulkan doa saya satu persatu. Tiada yang mustahil. Minta dan usahalah sehabis daya sebab apa? sebab ALLAH KITA MAHA KAYA. ALLAH PENTADBIR LANGIT DAN BUMI. ALLAH PEMILIK SEGALA-GALANYA. ALLAH SANGAT SANGAT KAYA!!

Anda ada impian? Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja!..work and pray for it. saya pun orang biasa-biasa sahaja. Tapi saya berani tanam impian dan laksanakan impian saya. KENAPA TIDAK ANDA?


PENGEDAR SAH SHAKLEE TAMAN IMPIAN PUTRA/ BANDAR SERI PUTRA/ BUKIT 

MAHKOTA/ BANGI LAMA. 
Wakil Pengedar Shaklee Anda:
Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 987151 ]
♥ SMS/WhatsApp : 0164225314
♥ fbfanpage:SantaiVitamin
♥ Instagram: shakleebangi_bynida










1 comment:

  1. Semoga anda berjaya bagi 2017 ini. Sama-sama kita kerja impian 2017 ini. Jangan lupa singgah di blog saya tentang REALISASIKAN IMPIAN 2017 http://jywrite.blogspot.my/2017/01/realisasikan-impian-2017.html ...

    ReplyDelete

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...