Idea Recycle Botol-Botol dan Canister Shaklee dengan Unik dan Kreatif

Botol-botol atau canister/balang vitamin Shaklee jangan dibuang ye. Sayang sangat. sebab ia memang boleh direcyle dengan pelbagai kegunaan!. macam-macam idea kita boleh pelbagaikan untuk menghias botol-botol ni. pasti selepas melihat botol-botol shaklee yang telah ditransform ni idea korang lagi gempak untuk menghasilkan kraft yang lagi kreatif.


Kenapa Botol-botol Shaklee Patut diguna Semula?

  • Tahan lasak. Jatuh pun tak pecah


  • BPA free


  • Kedap Udara


  • Menjaga alam sekitar. sesuai dengan motto Shaklee, Always green gittew.



Jom kita tengok, idea-idea yang boleh digunapakai untuk guna semula botol botol ni.


1. Tempat Letak Kuih Raya

Nah, cantik dan kreatifkan? Siapa sangka botol yang kosong bila dihias cantik memang ala-ala barangan vantage dah. cuba kalau balang vantage, mahu beratus harganya. yang ni cincai ja, berapalah agaknya modal kena keluar sebab balang yang telah sedia ada. tinggal tampal bunga tu je. Cukup 6 bolehla letak kuih raya hidang pada tetamu raya nanti.



2. Pasu Bunga

Ya, ini rare sikit. pasu bunga pun cantik juga. pasu bunga sekarang bukan murah taw. Tapi letak bunga terus berseri meja. bole letak di mana sahaja dalam atau rak di luar rumah.


3. Bekas Letak Pen

Sakit mata pen bersepah-sepah. apakata DIY kan balang Performance Drink anda untuk dijadikan bekas letak pen!. bolehlah minta tolong anak-anak buat sekali. pasti mereka teruja kan.


4. Balang Serbaguna

Yang ni serius sangat cantik. bila dihias dengan corak Potrmeirion ni terus nampak mahal dan eksklusif kan. mesti tetamu datang rumah terus terpikat dan tanya awk beli kat oversea ke ni? ha3.


Kalau ikutkan macam-macam idea lagi yang boleh dibuat dengan balang-balang ni contohnya TABUNG DUIT SYILING, TEMPAT TANAM SAYUR, LETAK BENANG JAHITAN, BISKUT, REMPAH RATUS. ikut kreativiti masing-masinglah.

Dan disamping keterujaan transform kepada pelbagai idea-idea yang menarik, ia juga turut memberi faedah kepada aspek kitar semula iaitu:

1. Menjimatkan wang. Dengan menggunakan barangan yang terpakai ini, sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang kita. Jadi sebagai pengguna, kita hendaklah bijak menguruskan wang.

2. Menjaga Alam Sekitar. Semakin sedikit bahan buangan yang dibuang, semakin sihatlah alam sekitar. jadi bumi pun bersih kan.

3. Memupuk sifat kerjasama. Sebaiknya lakukan aktiviti ini bersama pasangan dan anak-anak. mesti mereka teruja kan!

4. Percambahan Idea Kreatif. Semakin banyak otak kita berfikir, semakin bijak lah otak kan. tak delah lemau dan tepuk. sebolehnya bagi galakan untuk anak-anak kita sama-sama mencurahkan idea. mungkin idea mereka lebih kreatif kan.

Ok. dah tahu nak buat apa dengan botol-botol kosong suplement dirumah? Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua. Lepas ni boleh back to bisness. Nak dapat extra income? Boleh hubungi saya. Anda tentukan seberapa angka anda mahu.

PENGEDAR SHAKLEE BANDAR SRI PUTRA, BANGI LAMA, TAMAN IMPIAN PUTRA, KUIS, BUKIT MAHKOTA DAN NILAI. Anda boleh dapatkan suplement anda dengan saya dan CONSULTASI ISTIMEWA LAGI EKSKLUSIF akan DIBERIKAN SECARA PERCUMA!

Wakil Pengedar Shaklee Anda:
Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 987151 ]
♥ SMS/WhatsApp : 0164225314

♥ fbfanpage: santaivitamin



No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...