5 Punca Buasir Yang Kita Perlu Tahu

Assalamualaikum. Hari ni jom cerita tentang buasir. Ramai lagi tak tahu kan.


APA ITU BUASIR


Penyakit Buasir @hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rectum dan dubur.
Bila ia membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membrane disekitarnya membengkak, terasa sakit, pedih dan gatal.

Ia terjadi bila tekanan tinggi diberikan dalam darah dibahagian rectum, menyebabkan dinding vena darah teregang@ memberi dan menonjol.


PUNCA BUASIR 

Antara penyebab utama terjadinya buasir ialah:

Tekanan
Kawasan saluran darah venus dan rektum adalah sangat sensitive terhadap tekanan. Jika tekanan diberikan pada bahagian ini boleh menyebabkan buasir.

Duduk atau Berdiri Terlalu Lama
Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanna, saluran venus membengkak atau terkeluar.

Masalah Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan tekanan yang tinggi untuk dikeluarkan. Ini menyebabkan berlaku tekanan pada saluran venus di bahagian dubur dan menyebabkan ia membengkak dan seterusnya jadi buasir.

Obesity
Berat badan yang berlebihan juga boleh dikaitkan dengan buasir. Ia memberi tekanan yang berlebihan kepada saluran venus.

Kehamilan
Kehamilan juga antara penyebab utama berlaku buasir kepada wanita. Ia disebabkan oleh tekanan daripada Rahim yang sedang membesar. 

Perubahan hormone pada wanita hamil juga menyebabkan otot-otot lebih relax dan sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan. Sebab itulah wanita hamil perlu minum air masak secukupnya untuk mengelakkan sembelit berlaku.

Salah Memilih Makanan
Selalu mengambil makanan pedas dan kurang serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi faktor penyebab buasir. Pesakit perlu mengambil banyak makanan berserat untuk memastikan pembuangan lancar dan tidak berlaku sembelit.

Punca penyebab buasir berlaku telah kita ketahui. Jadi dinasihatkan supaya kita mengambil langkah yang berhati-hati untuk mengelakkan daripada ia berlaku. Kan mencegah itu lebih baik daripada mengubati.





No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...