Sebab Kenapa Perlu Ambil Vitamin


Pernah tak masa nak makan vitamin orang sekeliling heran kenapa kita beria sangat nak makan vitamin bagai. Perlu ke?..kita sihat je.tak sakit pon. Perlu ke ambil vitamin sebagai makanan tambahan?

Ramai lagi yang memang tak tahu, tak nak ambil tahu keperluan ambil vitamin sebagai makanan tambahan dalam seharian untuk tubuh badan sebenarnya. Bagi saya ia sangat penting. Macamana pokok diberi baja untuk segar bugar, begitulah juga badan kita. Jom kita tambah ilmu kenapa perlu sangat ambil vitamin ni.

1. Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian 

Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita dapat dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2. Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Lebih-lebih lagi, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!

3. Zat makanan mudah hilang

Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang

Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.

6. Gaya hidup tidak sihat

Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal

Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.

Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi. Dah tahu kenapa kan? Betapa pentingnya vitamin kepada tubuh kita. Saya sudah, anda bila lagi!

Wakil Pengedar Shaklee Anda:
Harisatun Nida bt Abd Rashid (Nida)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 987151 ]
♥ SMS/WhatsApp : 01123643327







No comments:

Post a Comment

kanser hati