Ketahui Punca dan Cara Atasi Keguguran Rambut Wanita Yang Banyak Selepas Bersalin Agar Tak Botak

Rambut kerap gugur selepas bersalin?. Suami pun turut bising rambut banyak di lantai. Orang tua-tua kata anak dah mula menyembur air liur yang menjadi salah satu punca rambut gugur di kalangan ibu-ibu. Saya pun pernah alaminya. Bangun pagi banyak rambut di bantal. Itu tak termasuk di dalam bilik air, lantai ruang tamu dan di mana sahaja. Nak sikat rambut pun ngeri kalau segumpal rambut tiba-tiba terlekat di sikat kan?.


Tapi betul ke sebab anak dah mula menyembur? Nak tahu? Jom ketahui punca dan cara atasi keguguran rambut wanita yang banyak selepas bersalin agar tak botak.

Punca Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin di Kalangan Wanita
1. Perubahan Hormone.

Sebenarnya, rambut gugur dikalangan ibu selepas melahirkan anak ialah disebabkan oleh perubahan hormone. Semasa mengandung, hormone progesterone dan estrogen adalah sangat tinggi. Hormone-hormone ini akan menyebabkan proses penumbuhan rambut terhenti dalam fasa pertumbuhan. Sebab itu rambut wanita hamil biasanya berkilat dan cantik berseri seri .

Tetapi selepas tiga atau empat bulan melahirkan anak, hormone akan kembali seperti biasa dan ibu ibu akan mengalami keguguran rambut.

Rambut yang gugur dengan banyak menyebabkan rambut tidak sempat untuk tumbuh dan seterusnya akan menipiskan rambut seseorang itu.

2. Tekanan.

Tekanan juga merupakan faktor penyumbang kepada masalah keguguran rambut ini. Rutin wanita yang mempunyai bayi yang masih kecil berubah selepas melahirkan. Mereka perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak yang baru lahir sehinggakan lupa tentang diri sendiri.

Menghadapi tugas-tugas seharian yang sibuk sedikit sebanyak membuatkan mereka mengabaikan kebersihatan dan kesihatan rambut.Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk.

Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.

3. Pola Pemakanan yang Tidak Sihat.

Ibu ibu selepas bersalin kebanyakannya menghadkan makanan-makanan tertentu kerana masih berpantang dan untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum melahirkan anak. Hal ini boleh menyebabkan badan mereka akan dapat kurang nutrisi dari makanan yang amat diperlukan oleh tubuh.

Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

4. Faktor Usia.

Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.

Tips Kurangkan Keguguran Rambut Selepas Bersalin.

Anda boleh amalkan tips di bawah ini untuk mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin iaitu:
  • Potong pendek rambut supaya senang untuk diuruskan.
  • Guna syampu yang diperkaya dengan vitamin B, atau berasaskan minyak kelapa atau pati santan.
  • Gunakan sikat rambut yang lembut.
  • Elakkan menyikat rambut semasa basah.
  • Jangan terlalu kuat mengeringkan rambut yang basah kerana struktur rambut yang mudah rapuh.
  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat, kaya dengan vitamin B, Zink, protin dan zat besi dalam diet seharian.
RAWAT RAMBUT GUGUR DENGAN SHAKLEE.

Sebagai alternative anda boleh amalkan vitamin Shaklee untuk dalaman dan set penjagaan rambut untuk luaran. Antara vitamin yang boleh diamalkan ialah ESP, B kompleks dan Vitalea.

ESP (Energizing Soy Protein).



ESP ialah protin soya yang lengkap dengan 9 asid amino. Protin sangat perlu untuk menguatkan rambut dari dalam dan mengelakkan rambut gugur, rosak dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Selain itu, esp juga bagus untuk membina sel-sel kulit baru dan mengatasi masalah rambut bercabang dan rapuh.

VITALEA.



Vitalea ialah multivitamin tertua di dunia. Ia lengkap dengan nutrisi harian dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting. Vitalea juga mengandungi kandungan zat besi yang cukup. Keguguran rambut dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.

B KOMPLEKS.


B Kompleks lengakap dengan 8 vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Biotin dalam B kompleks adalah satu komponen utama untuk kesihatan rambut. Ia membantu pertumbuhan rambut yang sihat. Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Vitamin 12 di dalam B kompleks juga penting untuk melancarkan perjalan darah pada kulit kepala.

APA KATA MEREKA?




Jika anda mengalami maslaah keguguran rambut selepas bersalin, jangan berlengah lagi untuk dapatkan set rambut gugur shaklee. Jangan terus membelenggu diri dengan masalah yang anda hadapi. Atasilah sekarang sebelum rambut anda menipis akhirnya menjadi botak. Ingat, rambut adalah mahkota wanita!. Hubungi saya dengan mudah, anda hanya perlu klik link di bawah sahaja.

                                                         www.wasap.my/60164225314










No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...