5 Tempat yang Saya Nak Pergi Sebelum Saya Dijemput Ilahi.


Perkara yang saya suka selain mencuba makanan baru ialah melancong. Ia bagaikan terapi minda apabila melihat dunia luar yang tak selalu kita lihat. Dan antara impian saya ialah berkunjung ke tempat-tempat yang teringin sangat nak pergi sebelum saya dijemput ilahi.

MEKAH


Sebelum saya dijemput ilahi, antara tempat-tempat yang saya nak pergi sangat-sangat ialah MEKAH. Saya belum direzkikan lagi untuk mengunjungi baitullah. Hanya dengar dari mulut kawan-kawan dan sanak saudara yang dipilih Allah untuk berkunjung ke sana. Allahuakhabar, dengar cerita pun dah dapat gambarkan tentang betapa bahagianya hati sesiapa yang pernah kesana! Bahagianya tak dapat digambarkan dengan kata!speechless mungkin. Tempat sebaik-baik tempat, teringinnya untuk solat betul-betul dihadapan kaabah. Tapi, saya berimpian lagi, nak kesana dengan ibunda saya, insyaallah. Doakan saya teman-teman. Kenapa dan mengapa memang tak dapat diuraikan. Yang penting saya Berjaya bawak mak saya ke sana!


LADANG BUNGA


Tempat kedua yang saya nak pergi sangat-sangat ialah tempat yang penuh dengan bunga! Perempuan sangatlah sebab suka sangat dengan bunga. Selalu tengok filem hindi kot masa dulu-dulu. Kejap-kejap menari kat taman bunga. Tapi taman bunga nih bialah betul-betul penuh dengan bunga. Seperti di Agassiz Tulip Festival, British Columbia – Kanada, Sunflower Fields, Tuscany – Italia, Lavender Fields, Provence – Prancis, Carlsbad Flower Fields, Los Angeles – Amerika Serikat.


ITALI


Itali , antara Negara terindah di dunia. Bukan itu sahaja, malah ia terkenal dengan keindahan  bangunan-bangunan yang unik  dari peninggalan sejarah romawi yang begitu terkenal. Juga terdapat Kota air yang romantic. Kota berumur ratusan tahun yang mempunyai ratusan terusan yang memang mengagumkan. Ia disebut-sebut sebagai kota terunik dan terindah di eropah. Jarang ada kota terapung di duna ni, tapi anda akan ketemu di itali! Sebelum ini hanya berangan menaiki gondola(perahu) di muzium 3D di langkawi. Kononnya di kota Venice. Ha3.Menyusuri terusan bersama yang tersayang dengan angina sepoi-sepoi bahasa pasti menasyikkan. Banyak lagi tempat yang best di Venice seperti Piazza San Marco, Rialto Bridge, Muzium Santa Lucia dan banyak lg.Ok, masuk list.

KOREA


Nak pergi korea pada musim luruh. Kenapa musim luruh?...sebab megah dengan romantik. Antara tempat yang cantik ialah Pulau nami, Pulau drama winter sonata tu. Ni memang 100% dipengruhi drama korea. Org kata Pulau Nami sentiasa cantik tak kira musim, tapi musim luruhla paling cantik. Sebab dedaun kuning keemasan. Cantik kan!


NEW ZEALAND 


Alamnya berwarna warni!..terbayang keindahan New Zealand dengan padang rumput yang menghijau, gunung ganang yang diselimuti salji, serta laus yang biru luas terbentang. Dengan menonton fiem The Lord of The Ring sudah cukup sebab kenapa saya mahu ke sini!

Semua dah masuk list tempat-tempat yang tringin sangat saya nak pergi sebelum saya dijemput ilahi. Doakan impian saya tercapai ye teman-teman.





1 comment:

  1. Wahhhh.... Menarik tempat bunga2 tu..
    Semoga impian nida tercapai. Aamiiiin.

    ReplyDelete

Cara Atasi Sakit Lutut dan Selalu Letih dengan Berkesan

Masalah obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan banyak mengundang pelbagai masalah kesihatan. Satu kajian yang dijalankan oleh...