Cara Atasi Sembelit Semasa Hamil Agar Tidak Terkena Buasir

Sembelit ketika hamil merupakan perkara biasa yang ramai yang alaminya. Walaupun ia perkara biasa, tetapi ia amat merisaukan, rasa tidak selesa dan yang paling teruk boleh menyebabkan buasir. Banyak punca sembelit berlaku semasa hamil antaranya perubahan hormone, diet yang tidak seimbang, kekurangan pengambilan air, kesan pengambilan ubat dan sebagainya. Jadi, penting untuk ibu-ibu tahu punca serta cara atasi sembelit semasa hamil agar tidak terkena buasir.


Apakah Punca Sembelit ketika Hamil?

Untuk emneglakkan sembelit terus menghantui ibu-ibu, anda perlu mengetahui apakah punca sebenar sembelit ini?. Antaranya ialah:

1. Perubahan Hormone.

Hormon progesterone akan dirembeskan dengan banyak sebaik sahaja persenyawaan berlaku untuk memastikan dinding Rahim tebal untuk menampung kehadiran zigot. Malangnya, hormone ini akan menyebabkan otot lebih relaks termasuklah usus. Pergerakan usus menjadi lambat, air akan diserap balik kepada salur darah.

2. Diet yang Tidak seimbang.

Semasa hamil, kadang-kala ada di antara ibu-ibu yang mengalami morning sickness yang teruk dan tiada selera makan. Ada yang muntah air sahaja. Jadi, kehilangan banyak air akan menyebabkan najis menjadi keras dan sukar membuang.

3. Pengambilan Suplement Zat Besi.

Ada diantara wanita hamil yang terpaksa ambil supelemnt zat besi kerana mempunyai paras homoglobin dalam darah yang rendah. Zat besi sintetik yang dibekalkan oleh pihak klinik mempunyai kesan sampingan iaitu sembelit. Sedikit sahaja zat besi yang diserap oleh badan, dan zat besi yang berlebihan akan ditinggalkan dalam usus. Zat besi jika bergabung dengan makanan akan membentuk seperti tar di dalam usus dan menyebabkan pergerakan najis yang lambat. Ibu boleh menukar zat besi dengan vitamin semulajadi yang mempunyai kadar penyerapan yang tinggi dan tidak menyebabkan sembelit.

4. Pemakanan.

Corak pemakanan yang diambil oleh ibu hamil juga menyebabkan sembelit berlaku. Elakkan mengambil makanan yang diproses seperti nugget, sosej dan sebagainya kerana ia mengganggu usus anda.

Cara Atasi Sembelit Semasa Hamil

Ibu jangan risau, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Anda boleh ikuti cara ini untuk mengurangkan masalah sembelit ketika hamil:

1. Pastikan pengambilan air bersih cukup 3 liter sehari. Kurang minum air menyebabkan najis menjadi keras dan pergerakannya lambat dalam usus untuk dikeluarkan.

2. Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Jadikan amalan memakan sayur dan buah-buahan bukan sahaja semasa hamil, malah sepanjang masa. Serat di dalam sayur dan buah-buahan bertindak sebagai pelawas melembutkan najis untuk menghalang sembelit.

3. Bersenam. Lakukan senaman ringan untuk melancarkan pergerakan usus supaya pergerakan najis keluar lebih cepat. Ibu tak perlu lakukan senaman yang berat dan berbahaya, cukup dengan naik turun tangga dan berjalan-jalan selama 30 minit sehari. Ingat, elakkan dari melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kandungan anda.

4. Elakkan Sifat Bertangguh. Jika anda mahu membuang air besar, lakukan segera. Kerana sifat bertangguh boleh menyebabkan anda rasa malas dan tak jadi untuk membuang. Ia juga agak merbahaya kerana boleh menyebabkan sakit pinggang dan kaki jika melambat-lambatkan proses membuang.

5. Sentiasa Positif dan Tenang. Jika ibu selalu stress, sedih ia akan mengganggu aktiviti harian juga. Kadang-kadang nak membuang pun lupa jiak terlalu melayan perasaan. Lakukan aktiviti yang anda suka supaya sentiasa tenang dan gembira menjalani tempoh kehamilan yang mengujakan!

6. Bantuan Nutrisi Melalui Pengambilan Suplemen. Ibu juga boleh mengamalkan pengambilan supelement semulajadi yang boleh menyokong keperluan nutrisi ibu dan bayi semasa hamil.

SUPLEMENT SHAKLEE BANTU ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL.

Semasa hamil, pengambilan ubat-ubatan perlu dielakkan kerana ia boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan. Sebagai alternative lain, anda boleh mengambil supelemnt semulajadi dari Shaklee yang diyakini selamat, semulajadi dan berkesan.

Antara supplement yang boleh diamalkan ialah:


1. Ostematrix.

Ostematrix Shaklee, bukan sekadar kalsium tetapi ia juga bertindak sebagai melancarkan proses pembuangan. Ia juga dilengkapi dengan magnesium. Magnesium berfungsi untuk mempertingkatkan lagi kuasa penyerapan kalsium. Ostematrix Shaklee membantu untuk mengatasi masalah sembelit dengan.

Ia membantu melembut dan melegakan otot usus dan menyebabkan otot usus menjadi lebih lancer.
Membantu menarik air ke dalam usus. Air di dalam usus akan bertambah dan melembutkan najis.



2. Vitamin C
Vitamin C terbukti berkesan mengatasi masalah konstipasi yang ringan. Vitamin C mempunyai kesan laksatif jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Kesan laksatif ini berkesan untuk individu yang ada masalah sembelit.

Untuk lebih lengkap lagi, anda boleh mengamalkan SET HAMIL SHAKLEE secara konsisten untuk atasi masalah sembelit dan masalah biasa semasa hamil juga seperti hb low, tekanan darah tinggi, mudah penat, loya, berat badan berlebihan dan sebagainya.

Tetapi, harus diingat, risiko sembelit bukan sahaja dialami semasa hamil, tetapi semasa berpantang juga. Tentu ia lebih memeritkan dengan luka bersalin yang masih baru. Sekurang-kurangnya anda dah tahu langkah pencegahan jika ia berlaku.

TESTIMONI SHAKLEE ATASI SEMBELIT




Jadi, jika anda sedang alami sembelit, jangan biarkan ia berlarutan sehingga boleh menyebabkan buasir. Buasir lebih teruk jika terpaksa membuat pembedahan pula. Bertindak dengan cepat untuk dapatkan OSTEMATRIX dan Vitamin C untuk melegakan sembelit anda seterusnya menikmati tempoh kehamilan dengan lebih tenang dan bermakna.

Anda boleh hubungi saya dengan cara mudah, hanya klik link di bawah sahaja. Saya akan guide anda secara eksklusif.

No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...