Bahaya Paraben

Paraben..paraben..paraben..! takut pulak bila terbaca satu artikel pasal bahaya paraben terutamanya bayi. sejak dah jadi mak-mak ni kan, semua nak kena kaji, nak kena ambik tahu produk yang terbaik untuk anak. nak beli shower, krim anak mesti nak kena tahu, kena bebas dari bahan kimia yang bahaya. Salah satunya paraben nih lah. Jom kita tambah ilmu sikit tentang apa sebenarnya paraben ni?..

APAKAH PARABEN? 

Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben,propylparaben, butyparaben,isopropylparaben,yang terdapat dalam alat solek/ kosmetik.

BAHAYA PARABEN 

Paraben ni menyerupai hormone dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki

Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben

Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben yang diambil melaui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.

Sekiranya mempunyai kulit yang sensitive, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitive walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masaalah kulit yang serius.

Saya memang pengguna setia product cosway. Setakat ni guna body and hairwsh, bedak, dan lotion untuk hasya. Memang kurang bau tapi oklah, paraben free.

Nah, jelas lagi bersuluh. Silalah cek balik rangkaian produk yang kita guna sehari-hari. Benda yang boleh elak kita elakkan. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Saya?..saya saying keluarga saya, anda pula bagaimana.




No comments:

Post a Comment

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...