Bahaya Mandi Malam, Mitos atau Fakta?



Bahaya Mandi Malam


Kita sering dimomokkan mandi pada waktu malam bakal mengundang berbagai masalah kesihatan, terutamanya paru-paru berair. Adakah ia sekadar MITOS atau sebaliknya? Mestilah nak tahu kan, sebab zaman sekarang ni main sempat je. Lagi-lagi kalau dah sampai rumah agak lewat. Tak kan tak nak mandi kan?..dengan badan yang melekit. Agak-agak boleh tidur nyenyak tak?

Menurut pakar, Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di sebuah klinik swasta, menjelaskan kajian mandi malam bukan setakat menghilangkan kotoran badan, malah menghilangkan stress setelah seharian menjalankan aktiviti harian.

Penyakit kronik seperti diabetes, kegagalan buah pinggang, hipertensi tak da kaitan dengan mandi malam, tetapi ia berpunca daripada kegagakan sistem dalam badan  untuk berfungsi.

KEBAIKAN MANDI

  • Hilangkan kotoran badan, bakteria dan virus, elak bau badan.
  • Hilangkan stress
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Elakkan penyakit kulit (eczema)
  • Membantu tidur dengan lebih nyenyak

Kenapa masyarakat dulu-dulu melarang keras mandi pada waktu malam?

Mungkin disebabkan oleh faktor keselamatan. Rumah orang dulu-dulu tiada bekalan air paip terus ke rumah masing-masing. Nak mandi kena ke perigi atau sungai untuk mandi. Nak sampai ke sungai atau perigi tu kena lalui jalan yang gelap, semak bimbang ade binatang berbisa ke dipertengahan jalan. Macam-macam boleh jadi.

Maka jelaslah bahawa mandi malam tidak memudharatkan untuk rakyat di Negara ini, lebih –lebih lagi cuaca di Malaysia beiklim tropika panas dan lembab sepanjang tahun, nak mandi pagi ke, malam ke memang tiada masalah. Lepas ni bolehlah mandi tanpa ragu-ragu lagi!

No comments:

Post a Comment

Cara Mudah Hamil untuk Wanita yang Mengalami PCOS

Mengalami PCOS atau Sindrome Ovari Polikistik amat menggerunkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Tunggu dulu, sebenarnya PCOS bukanlah berma...