Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin yang tersekat dalam usus dan tidak berupaya untuk keluar. Ia bukanlah masalah asing yang ramai orang alami, berpunca daripada pemakanan dan juga sistem penghadaman.

Sesetengah orang mungkin senang untuk mengeluarkan angin dalam badan dengan sendawa, kentut dan sebagainya. Tetapi ada juga yang mempunyai masalah tidak kentut dan sendawa.

Sebelum kita ketahui cara-cara buang angin dalam badan, terlebih dahulu kita perlu ketahui punca-punca angin dalam badan terjadi:

Punca-punca Angin dalam Badan

Gas yang terhasil dalam badan kita iaitu karbon dioksida, oksigen, nitrogen adalah gas-gas yang boleh menyebabkan badan kita rasa tidak selesa. Antara punca-punca angin dalam badan ialah:

1. Sistem Penghadaman Terganggu: Ia berlaku apabila terdapat gangguan penghadaman makanan di dalam usus besar yang menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik.

2.Stress: Tekanan atau stress juga boleh menyebabkan badan berangin.

3. Merokok: Aktiviti merokok menyebabkan angin apabila asap disedut dan terus masuk ke dalam perut.

4. Makan produk tenusu: Produk tenusu boleh menyebabkan angin dalam badan apabila laktosa tidak dapat dicerna akibat kekurangan laktose. Asid akan terkumpul di dalam usus.

5. Makan makanan yang "sejuk" : seperti buah nangka, kacang, brokoli, buah pear, epal, bijiran seperti gandum dan sebagainya.

6. Makan banyak makanan berlemak dan bergas. Biasanya boleh di dapati dari fast food.

Tanda-tanda Angin dalam Badan
Anda juga boleh mengesan angin dalam badan melalui tanda-tanda seperti:
  • Rasa letih, lesu dan tidak bertengana
  • Selalu rasa sengal, lenguh dan kebas
  • Tapak tangan/kaki sejuk
  • Mudah menguap atau mengantuk
  • Sukar bernafas
  • Sakit pinggang atau beakang
  • Kulit kering
  • Perut berangin
  • Rasa loya atau sebu
  • Sakit kepala
  • Mudah marah
  • Nafsu seks berkurangan

6 Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan.

Antaranya ialah dengan:

1. Amalkan Vitamin C Setiap Hari


Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imuniti dan daya ketahanan dalam badan untuk badan lebih sihat dan berdaya tahan terhadap serangan virus. Sekaligus ia dapat menghalang badan supaya tidak mudah untuk mengalami gejala angin dalam badan. Berbagai jenis makanan yang mengandungi vitamin c yang boleh diambil seharian seperti buah oren, limau buah kiwi dan sebagainya.

2. Air Halia


Meminum air halia untuk membuang angin dalam badan adalah salah satu cara yang paling popular di kalangan masyarakat. Minum air halia dicampur dengan madu boleh mengatasi masalah angin dalam badan dan sistem penghadaman.

3. Bawang Putih

Bahan dalam bawang putih juga boleh mengeluarkan angin dalam badan. Caranya, bakar dalam 5 ulas bawang putih, tetapi jangan sampai hangus. Makan bawang tersebut dan perlahan-lahan angin akan keluar. Jika anda tidak tahan untuk makan bawang putih, anda juga boleh mengambil pil bawang putih.

4. Air Rebusan Daun Betik


Daun betik mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Salah satunya ialah dapat menghilangkan angin dalam badan. Caranya ialah, ambil 4 hingga 5 helai daun betik dan rebus. Anda boleh meminum air rebusan daun betik semasa suam.

5. Minum Sup Panas


Minum sup panas boleh memanaskan badan, badan rasa sedap dan tak sejuk. Anda boleh minum sup ayam panas jika rasa tak sedap badan.

6. Bersenam


Tahukah anda, bersenam juga boleh membuang angin dalam badan, melancarkan pengaliran darah, mengeluarkan peluh dan badan rasa lebih sihat?.

Cara Buang Angin dengan Vitamin Shaklee
Walaupun bahan-bahan yang telah tersedia ada di dapur, kadag-kadang dalam keadaan tertentu ia merumitkan. Bayangkan jika kita berada di luar kawasan, bermusafir dan sebagainya. Tentu amat susah bukan. Jadi, antara alternatif lain ialah dengan mengamalkan rangkaian vitamin shaklee yang mampu membuang angin dalam badan dengan mudah. Antaranya ialah:

1. Vitamin C: Vitamin bukan sahaja terkenal dengan vitamin kecantikan, malah ia juga diperlukan untuk meningkatkan sistem imun badan seseorang. Apabila daya tahan badan lebih kuat, badan juga dapat hindari dari serangan virus dan sebagainya.

2. Papermint Gingerplus: Papermint gingerplus shaklee mengandungi 4 bahan utama yang terkenal untuk membuang angin dan baik untuk sistem penghadaman. Halia bagus untuk memelihara sistem penghadaman, dan menyamankan perut. Begitu juga pudina menyokong kesihatan sistem usus dan memberi kelegaan.

3. ESP 
Esp merupakan protein tumbuhan yang boleh meneutralkan asid dalam perut seterusnya membantu membuang angin yang berlebihan dalam badan. Pengalaman sendiri selepas minum ESP angin senang keluar, sendawa tak berhenti. Badan rasa ringan sangat.

4. Garlic Kompleks
Ia adalah ekstrak bawang putih yang terkenal untuk membuang angin dalam badan, menguatkan imun dan sebagai antibiotik semulajadi. Saya percaya, tak semua orang "ok" untuk menelan bawang putih mentah-mentah. Dan ini adalah penyelamat untuk anda!

Jadi, mudah sahaja kan cara buang angin dalam badan paling berkesan?. Takkan nak selamanya mengalami badan berangin sampai sakit-sakit badan dan mengganggu aktiviti harian kita?. Jom nikmati setiap detik kehidupan dengan lebih bermakna. Hubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan set buang angin anda sekarang!. Konsultasi eksklusif akan diberikan jika anda membuat pesanan vitamin melalui saya. 

Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: www.wasap.my/0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE


Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.


Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.







Cara Meningkatkan Stamina Bagi Mereka yang Selalu Letih

Stamina memang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian bagi melancarkan segala kerja. Badan yang mempunyai banyak stamina akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian. Selain itu juga, ia memberikan lebihan tenaga untuk melakukan bermacam aktiviti, tak kiralah aktiviti bersama keluarga atau di pejabat. 

yang paling penting, ia memudahkan anda untuk melakukan aktiviti senaman atau bersukan. Jangan tunggu tua baru nak bersukan. Lakukan sekarang! Jadi, apakah cara untuk meningkatkan stamina ? Jom ikuti cara meningkatkan stamina bagi mereka yang selalu letih.

CARA MENINGKATKAN STAMINA
Antara cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan stamina ialah:

1. Berlari.

Kita selalu tengok para atlet yang sentiasa banyak tenaga macam tak pernah habis. Salah satu rahsia mereka ialah dengan berlari. Berlari dapat meningkatkan stamina seseorang. Dengan berlari setiap hari, jantung akan dilatih secara berterusan dan semakin kuat. Anda tak perlu lakukan larian seperti atlet. Latih berlari setiap hari dengan jarak tertentu. Jika anda lakukan secara konsisten setiap hari, tentu stamina badan anda akan meningkat.

2. Berbasikal


Melakukan aktiviti berbasikal juga boleh membantu meningkatkan stamina. Seperti juga berlari, anda perlu lakukan dengan jarak tertentu dan konsisten.

3. Jogging

Jogging adalah satu aktiviti yang sangat popular di kalangan masyarakat. Ia mempunyai berbagai manfaat kepada kesihatan badan. Antaranya ialah dapat membakar lemak, menguatkan tulang, otot dan juga meningkatkan stamina. 

4. Mengangkat Berat

Ramai yang berpendapat, aktiviti sukan angkat berat hanya untuk atlet sahaja. Sebenarnya, angkat berat juga boleh menguatkan otot dan meningkatkan stamina seseorang. Jangan terkejut apabila terlihat ada diantara wanita yang melakukan angkat berat ketika berada di gym.

4. Berenang


Berenang bukan sahaja dapat melatih fleksibliti pada bahagian tubuh tertentu seperti pada bahagian bahu, punggun dan juga leher, malah ia juga boleh meningkatkan stamina seseorang. 

5. Berlari di Tangga


Ramai juga yang melakukan aktiviti ini, dengan tuurn dan naik tangga untuk meningkatkan stamina dan dapat melatih otot kaki. Anda boleh lakukan secara konsisten.Stamina anda juga akan meningkat.

6. Berehat


Selepas melakukan aktiviti anda juga perlu berehat secukupnya untuk jana semula tenaga dan rehatkan otot. Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan banyak perkara sehinggakan lupa untuk berehat. Cukup dengan miliki tidur yang berkualiti 7 hingga 8 jam sehari untuk mendapat tubuh yang lebih segar dan bertenaga.

CARA MENINGKATKAN STAMINA DENGAN VITAMIN SHAKLEE
Selain melakukan aktiviti diatas, pengambilan vitamin juga penting untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang cukup untuk terus berfungsi dengan baik. Antara vitamin yang dicadangkan ialah Vivix, CoqTrol-Plus, ESP, B Kompleks, Vitalea dan juga Performance Drink.

1. Vivix Shaklee: Vivix memberikan tenaga kepada pusat janakuasa sel yang utama iaitu mitokondria. Apabila sel bertenaga, badan juga akan lebih sihat dan lebih bertenaga. Ia juga sesuai diamalkan untuk kesihatan yang menyeluruh.

2. CoqTrol Plus: Lebih banyak coq10 dalam badan, lebih banyak tenaga dihasilkan dan dibekalkan ke seluruh tubuh dengan cekap. Ia juga memberikan tenaga kepada jantung yang bekerja untuk mengepam darah kepada seluruh badan.

3. Energyzing Soy Protein (ESP): ESP adalah protein yang berkualiti tinggi. Tugas utama protein ialah memberikan tenaga kepada sel dan otot supaya lebih bertenaga dan tak letih. Ia juga memberikan rasa kenyang lebih lama untuk menukarkan makanan kepada tenaga secara perlahan-lahan. 

4. B Kompleks: Ia adalah dilengkapi dengan 8 vitamin B lengkap termasuk B6 dan juga B12 yang penting untuk kesihatan badan. Ia membantu untuk badan bertenaga, mengelakkan stress dan bersemnagat dalam membuat aktiviti harian.

5. Vitalea: Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dilengkapi dengan zat besi yang membantu menghasilkan seldarah merah, mengelakkan anemia dan meningkatkan hb. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium, fosforus, Vitamin D dan vitamin C yang sangat diperlukan untuk kesihatan tulang.

6. Performance Drink: Perforance Drink ialah minuman isotonik  bebas gula. Ia bersifat isotonik, iaitu mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya, ia mudah diserap dan dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah dan kesannya anda akan lebih bertenaga dan kurang penat!.

Jadi apa tunggu lagi?. Jom oder shaklee anda sekarang untuk jalani kehidupan yang lebih produktif dan sentiasa bersemangat!. Jom hubungi saya seperti di bawah:

Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: www.wasap.my/0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE


Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.




Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/kebaikan-performance-drink-shaklee-bebas-karbonat-kurang-gula/
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/kebaikan-performance-drink-shaklee-bebas-karbonat-kurang-gula/

Cara Atasi Sakit Lutut dan Selalu Letih dengan Berkesan

Masalah obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan banyak mengundang pelbagai masalah kesihatan. Satu kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati orang dewasa yang obes berisiko mendapat sakit jantung dan darah tinggi  4 kali lebih tinggi berbanding perokok yang mempunyai berat badan yang normal. 
 
 
Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga berisiko mati awal dek kerana pelbagai masalah kesihatan yang terpaksa dihadapi. Antara masalah lain yang terpaksa dihadapi ialah sakit lutut dan selalu letih dalam menjalani kehidupan seharian. Tentu ia banyak mengganggu dan rasa tak selesa. Jom kita ikuti pengalaman Encik Abdul Latif yang mempunyai masalah berat badan berlebihan yang membuatkan beliau selalu sakit lutut dan selalu letih. Bagaimana beliau berjaya berjaya mengatasi kedua-dua masalah ini?. Jom baca selanjutnya.
 
[BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN, MASALAH SELALU LETIH DAN SAKIT LUTUT DAPAT DIATASI] 
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya Abdul Latif bin Sarpin, suami kepada Fitriyatul Asyiqin. Berumur 31tahun dan merupakan seorang penjawat awam. Saya ingin kongsikan testimoni pengalaman saya sendiri bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan saya yang dulunya mencecah 96kilogram kepada 87kilogram sekarang.
 
SELALU PENAT DAN SAKIT LUTUT MEMBUATKAN BELIAU TEKAD UNTUK MENGAMBIL SUPLEMEN SECARA KONSISTEN.

Ketika berat badan saya 96kg dahulu, saya seringkali cepat berasa penat, letih dan kurang stamina dan kadang kala sakit lutut selalu datang menyerang ketika saya bersukan. Saya sedar ini sedikit sebanyak berkait dengan masalah berat badan saya yang berlebihan. Isteri saya ada juga mengesyorkan saya untuk mengambil suplemen tapi saya tidak konsisten dengan pengambilan suplemen ini. Sampailah satu tahap apabila saya merasakan saya perlu buat sesuatu untuk atasi masalah berat badan saya ini apatah lagi saya selalu penat dan sakit lutut juga kerap datang. Dan saya nekad untuk cuba konsisten mengamalkan apa yang isteri saya nasihatkan. 
 
BUKAN AMALKAN SUPLEMEN SAHAJA, MALAH BELIAU MENJAGA MAKAN JUGA
 
Alhamdulillah isteri saya sangat komited dan sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa mengambil suplemen ini dan dalam masa yang sama menjaga pemakanan dan juga sentiasa ingatkan saya untuk melakukan senaman. Saya juga menjaga waktu makan saya yang mana pada waktu malam,saya kurangkan pengambilan makanan yang berat terutamanya karbohidrat dan kurangkan pengambilan minuman manis.
 
Ini merupakan antara suplemen yang saya amalkan untuk fokus atasi masalah berat saya, rasa letih dan kurang tenaga juga untuk atasi sakit lutut saya. 
 
1. Lecithin, Alfalfa, Omega Guard, Herb-Lax dan Ostematrix untuk membantu proses penurunan berat badan saya juga membantu atasi masalah sakit lutut saya kerana saya juga aktif bersukan. 
 
2. Vivix,CoqTrol Dan Bcomplex untuk atasi masalah saya yang selalu penat terutamanya ditempat kerja untuk berikan tenaga dan stamina kepada saya cergas sepanjang hari. Ianya juga membantu berikan tenaga kepada saya ketika melakukan workout atau senaman.
 
BERAT TURUN 9KG DALAM MASA 6 BULAN
 
Alhamdulillah dari berat badan saya ketika bulan December 2017 dahulu 96kilogram kini berat terkini saya mencapai 87kilogram dan insyaAllah saya akan konsisten amalkan cara hidup yang sihat dan amalkan suplemen Shaklee ini untuk dapatkan kembali berat badan ideal saya. Syukur sangat saya kini merasa lebih sihat dan fit berbanding dahulu dan sekarang boleh aktif bersukan kembali. 
 
Terima kasih Allah juga buat isteri tercinta,

Terima kasih Shaklee .Dan inilah Shaklee Effect Saya! 💪
 
ANTARA SUPLEMENT YANG DIAMALKAN OLEH EN LATIF IALAH:
 
SET KURUS SHAKLEE
 
1. Lecithin:  Membantu mempercepatkan penurunan berat badan, sebagai pemecah lemak, meningkatkan metabolisme badan, merendahkan bacaan kolestrol. Ia juga mengandungi lecitin dan choline yang menghalang lemak berkumpul. 

2. Alfafa: Bekalkan serat yang menyerap lemak yang dipecahkan oleh Lecithin. Ia juga bertindak sebagai agen detox untuk mengeluarkan toksin yang mengganggu dalam badan.

3. Omega Guard: Bertindak memecahkan lemak di bawah kulit, di dalam salur darah dan hati, lemak yang menyaluti di luar organ. Ia juga membantu mengawal selera makan dan membakar lemak kepada tenaga.

4. Herblax: Bantu masalah penghadaman dan pergerakan usus yang lebih sihat, detox usus dengan menyingkirkan lemak dan lendir pada dinding usus kemudian dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
 
SET TENAGA
 
1. Vivix: Resveratrol dalam vivix berfungsi meningkatkan tenaga dalam Mitokondria, iaitu pusat janakuasa sel di dalam badan kita. 
 
2. CoQTrol: Memberi tenaga kepada sel untuk menjalankan fungsinya untuk mengalirkan tenaga yang berterusan kepada organ-organ dalam badan.
 
SET SENDI/SAKIT LUTUT
 
1. Omega Guard: Omega 3 yang terkandung dalam omega guard berfungsi sebagai antiradang yang mengelakkan rasa sakit dan kebas pada lutut.

2. Ostematrix: Ia adalah kalsium yang dilengkapi dengan vitamin D dan magnesium yang merehatkan otot-otot, mengelakkan kekejangan atau cramp pada anggota badan.

3. B Kompleks: Ia adalah vitamin B yang dilengkapi dengan 8 vitamin B utama diperlukan oleh badan. Ia berfungsi untuk menukarkan makanan kepada tenaga dalam badan, mengelakkan stress dan melancarkan peredaran darah.

Semua orang ada peluang yang sama untuk miliki berat badan idaman. Takkan selamanya mahu miliki badan yang obes yang mengundang pelbagai penyakit?. Inilah masanya untuk anda berubah. Jom hubungi saya untuk konsultasi secara percuma!
 
 
Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: www.wasap.my/0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE


Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.



 
 

Punca dan Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan!

Badan rasa berangin, mula rasa loya, pening dan nak muntah. Tapi tersekat. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung akibat daripada angin ya...